Saturday, September 27, 2008

Ku wakafkan diriku untuk da'wah...







Ini adalah gambar sebahagian anak-anak didikku yang dahagakan ilmu pengetahuan, semoga aku mampu menyentuh hati-hati mereka dengan sentuhan iman dan kasih sayang dan gambar pokok-pokok kegemaranku. Aku rasa tenang memerhatikan proses tumbesaran pokok-pokok ini.
Walau bagaimanapun menanam sebutir biji benih ke dalam tanah dan menunggu ia membesar dan mengeluarkan buah rasanya jauh lebih mudah dari menanam sebutir iman ke dalam hati seorang manusia walaupun seorang yang bergelar manusia itu telah dikurniakan akal untuk memikirkan dan memilih yang terbaik untuk dirinya. Itulah antara cabaran yang paling hebat untuk dilalui oleh mereka yang mendambakan hidupnya di jalan da'wah. Berapa ramai anak-anak yang tidak berpuasa di bulan ramadhan yang hanya datang sekali dalam setahun apa lagi solat yang perlu ditunaikan 5 waktu dalam sehari. Kita bukan berhadapan dengan golongan minoriti yang tidak berpuasa apa lagi bersolat tetapi tuntutan agama ini seoalah-olah tidak sinonim lagi bagi golongan majoriti manusia. Itulah yang dibayangkan di dalam sebuah hadis Rasulullah bahawa Islam itu dagang dan akan kembali dagang maka beruntunglah sesiapa yang tetap di jalan ini. Seorang dai itu harus terasa asing, harus terasa sukar, harus terasa sunyi kerana Islam yang dibawanya dianggap asing oleh ramai manusia. Tetapi ingatlah pada janji Allah bahawa Allah pasti menolong orang yang menolong menegakkan agamanya di muka bumi ini...maka aku wakafkan diriku untuk da'wah walau bertapa sukar jalan yang harus aku lalui kerana aku yakin Allah membeli jiwa-jiwa orang beriman itu dengan syurga. YaWafi Lailahailallah.

Friday, September 26, 2008

Indahnya Berkasih Sayang Berdasarkan Iman...


As eidul fitri is just around the corner and it is the time to call it a day, everybody comes forward and asks forgiveness from each other for the previous sins if any.

I just cannot imagine if I have to work in the tense condition as I have to spend my time for about 8 to 9 hours at the working place. I need a really conducive working environment so that I can really produce a high quality end product. Everyday should be a new, fresh and soothing situation. Everything is really needed to be revived otherwise how could a worker give out the best talent of craftsmanship he or she ever possessed. The human relationship is the top priority to be maintained. Superior to worker and worker to worker relationship should be well linked.

Today, I feel so grateful that everyone relieves one's feeling by giving his or her best hand, hug and confession to each other. This once a year occasion is really a revitalized the human relationship, what more if it could be done once a month, once a week or everyday...it is just a very positive impact towards the conducive working environment. I hope heart to heart relationship should strengthen the working organization. Perhaps this is a major breakthrough and a good sign of the victory of Ramadhan that welcomes the light of eidul fitri, InsyaAllah.

Minal A'idina Wal Faizin Wa Kullu 'Aamin Wa Antum Bi Khayr.

Thursday, September 25, 2008

Tinggallah Aku Bersama Beban Rindu Yang Tak Tertanggung...Ramadhan Yang Berlalu

Gambar ini diambil semasa majlis berbuka puasa sempena solat hajat untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki PMR dan SPM tidak berapa lama lagi...Semoga mendapat puasa yang berkat dan kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan, Ameen.

Sila baca seterusnya...

Sedar atau tidak, tinggal beberapa hari lagi Ramadhan kan meninggalkan kita. Apa perasaan kita dan bagaimana perjalanan Ramadhan kita pada kali ini, lebih baik dari tahun-tahun yang lepas atau semakin merudum prestasinya?Mari kita meninjau beberapa klasifikasi Muslim di sepanjang bulan ini:

Pertama, orang yang menanti kehadiran Ramadhan dengan suka cita, bekerja keras menyempurnakan ibadah-ibadah wajib dan sunah dengan meneladani Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam (SAW).

Kedua, orang yang memasuki bulan Ramadhan dan keluar darinya dengan tanpa perubahan dan tidak bertambah darinya kebajikan apa pun.

Ketiga, orang yang tidak mengenal Allah kecuali pada bulan ini. Ia dengan khusyu melakukan ibadah dan beramal saleh. Namun bila Ramadhan usai, ia akan kembali kepada ‘habitat’-nya semula.

Keempat, orang yang di bulan ini hanya menahan lapar dan dahaga saja, namun tetap melakukan kemaksiatan.


NB: Maaf, meminjam tulisan di atas dari blog: http://usrahkeluarga.blogspot.com/2008/09/muhasabah-di-hujung-ramadhan.html

Wednesday, September 24, 2008

Survival...and the Tree of Life

Ini adalah gambar pokok kelapa yang aku tanam di luar pagar rumahku...This is the first time it bears fruit. Coconut tree is considered as The Tree of Life in Philippines as this tree is
known to have many uses, from its roots to tips (leaves), from culinary to non-culinary.


Setiap kali nak keluar rumah pokok kelapa ini mesti mencuri tumpuan sebab bunganya banyak, segar kekuning-kuningan dan kerap pula muncul di celah-celah dahan kelapa tetapi inilah satu-satunya buah yang terus membesar. Dah ramai orang yang aku tanyakan kenapa jadi begitu??? Ini adalah diantara jawapan dan solution yang diberikan:
  • Kurang baja...tabur garam keliling pokok...aku dah tabur beberapa kampit garam.
  • Banyak serangga yang makan bunga...kena sembur racun...aku dah berkali-kali sembur racun organik dan ada beberapa kali racun kimia.
  • Tanah tak subur...kena letak tanah hitam...aku dah tabur beberapa kampit tanah hitam
  • kurang baja...masukkan garam di celah-celah dahan...aku dah masukkan garam di celah-celah dahan

Semua suggestions aku dah lakukan cuma ada satu jawapan yang sungguh menyentuh hati aku yang sentiasa tak berpuas hati ini...Pada suatu petang ada seorang penjual minuman susu kultur datang ke pagar rumahku dan sambil aku membeli minuman tersebut dia sempat menegur pokok kelapa aku itu...aku mengambil peluang bertanyakan perkara yang sama. Dia mengatakan kepada aku bahawa aku beruntung kerana masih ada buah yang survive kerana katanya pokok kelapanya yang menghasilkan buah buat kali pertama langsung tak ada satupun yang survive...kini barulah aku sedar bahawa benarlah seperti yang digelarkan oleh orang Filipina pokok kelapa ada lah pokok kehidupan...pokok yang memberikan banyak kegunaan. Walaupun aku mungkin tak dapat mengutip banyak hasilnya pada kali pertama ia mengeluarkan buah, tetapi pokok kelapa ini telah memberikan aku sebuah pengajaran...Learn the meaning of survival...The lesson that I have learned from the tree of life. So, sekarang setiap kali aku keluar dari rumah seperti ketika aku hendak keluar ke tempat kerja, pokok kelapa tersebut terus mencuri perhatianku tetapi kini perhatianku adalah perhatian yang positif...aku belajar walaupun dari sebiji buah kelapa...SUBHANALLAH for Allah is The Greatest and ALHAMDULILLAH for Allah has shown me the precious lesson that I cannot learn from the book. Terima kasih juga kepada penjual susu kultur, bukan saja aku dapat susu kultur aku juga mendapat peringatan yang baik darinya.

Thursday, September 18, 2008

Saya ada Tuhan dan nabi Isa aje cik gu...

Gambar ini aku ambil semasa Language Camp baru-baru ini...menggambarkan kemesraan antara dua sahabat yang ada kaitan sedikit sebanyak dengan tulisan aku di bawah.

Pagi ini aku disapa dengan mesra oleh seorang pelajar India perempuan "Good morning teacher, how are you", aku membalas sapaannya dengan penuh kasih sayang..."I'm fine, thank you and how are you?"..."I'm not ok teacher..." aku sedikit hairan apa yang membuat dia rasa tak ok..so I was like a solicitor with her client, keep on asking why? and why?...Rupanya dia tak ok sebab semua orang tak mahu berkawan dengannya. My advice was, "Find one is enough but she must be a very good one"...she answered me..."Tak payahlah teacher...saya ada Tuhan dan nabi Isa dah cukup...saya benci semua orang..." Rupanya dia penganut agama kristian...cuma aku sempat menjelaskan kepadanya bahawa hubungan dengan Tuhan dan nabi adalah sesuatu yang sangat mulia tetapi kita tidak boleh membenci sesama manusia, kerana Tuhan menjadikan manusia itu untuk saling kenal mengenal, berkasih sayang dan membina hubungan yang baik antara satu sama lain, kalau dalam istilah Islam Hablunminallah dan Hablunminannas...hubungan dengan Allah dan hubungan dengan sesama manusia yang perlu dihayati supaya hidup kita menjadi seimbang, bagaimana kita boleh disayangi oleh Tuhan kalau premis atau falsafah hidup kita membenci orang lain sedangkan Tuhan sendiri menyuruh kita saling mengenali, memahami, berkasih sayang....selesai menerangkan itu dia berkata lagi kepada aku "Nabi Isapun Islamkan teacher?"...aku terkesima sebenarnya dengan pertanyaan itu tetapi aku cuba menerangkan kepadanya dalam bahasa yang paling mudah supaya dia tidak keliru..."Betul Salasmerry, tetapi Nabi Isa adalah nabi yang dipilih Allah sebelum nabi Muhammad, apabila Nabi Isa sudah menyelesaikan tanggungjawabnya yang diamanahkan oleh Allah pada zamannya, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit dan Nabi Muhammad pula diangkat menjadi Rasul bersesuaian dengan zamannya pula dan Nabi Muhammad adalah nabi terakhir dan tiada lagi nabi selainnya sehingga hari kiamat...ajaran yang dibawa oleh nabi Muhammad adalah melengkapkan semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi lain yang sebelumnya dan ajaran tersebut bersesuaian diguna pakai hingga sekarang dan sehingga hari kiamat. Segala peraturan hidup ada ditulis lengkap di dalam Al-Quran. Kesimpulannya...Allah itu Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Dia Maha Tahu mengapa Dia turunkan Nabi Muhammad dan mengangkat Nabi Isa...kita manusia ini mengapa tidak mengikut apa yang telah disuruh oleh Tuhan....??? Salasmerry mengangguk-anggukkan kepalanya tanda faham...Salasmerrypun meminta diri dan kamipun berlalu, aku ke staffroom dan Salasmerry mungkin balik ke kelasnya kerana tadi kami berjumpa di koridor Pusat Sumber Sekolah...Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepada Salasmerry... Ameen.

Tuesday, September 16, 2008

17 Ramadhan 1429H

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Amat Menyayangi, Allah telah menyediakan satu bulan yang sangat istimewa buat hambaNya. Kini sudah masuk hari ke-17 umat Islam berpuasa. Dan Ramadhan juga telah beralih fasa dari fasa Rahmah ke Fasa Maghfirrah, marilah kita bersama-sama memohon kempunanNya.

Gambar ini ku ambil semasa di dalam perjalanan dari rumah ke tempat kerja(13 September, 2008). Keseluruhan langit kelihatan seperti yang terdapat di dalam gambar...SubhanaAllah.

Saturday, September 13, 2008

Absence Makes the Heart Grow Fonder

SubhanaAllah...praise be to Allah for all His great bounties bestowed upon us. Be it in a form of physical well being, mental state, emotional feeling and spiritual endeavours...We must be grateful to Him. A bird in the hand worth two in the bush...be satisfied with what we already have rather than scheme how we can get more of something. Try to appreciate
others as no rose is without a thorn...it is good to forgive and forget except the lesson that we must learn. The weak can never forgive. Forgiveness is the attribute of the strong...Absence makes the heart grow fonder...ENJOY THE FESTIVE SEASON OF RAMADHAN...RAMADHAN KAREEM.

Thursday, September 11, 2008

Garden of Virtue

Gambar ini diambil semasa aku berada di luar perkarangan salah sebuah Istana Sultan Brunei; dalam salah satu PNSJ aku ke Brunei Darul Salam.
“ Sebuah buku yang diletakkan di dalam perpustakaan boleh dibaca oleh seorang individu sahaja. Tetapi seseorang muslim yang sejati adalah buku yang boleh dibaca oleh semua orang. Ke mana sahaja dia berjalan maka dia sebenarnya adalah dakwah yang bergerak.”
Petikan Kata As-Syahid Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslim.Imam al-Banna dalam mendidik para ikhwan banyak menekankan pembawakan sahsiah muslim yang benar. Inilah salah satu tujuan perutusan Baginda Rasul SAW yang agung, iaitu menyempurnakan Akhlak yang karimah.Bukan mudah untuk berakhlak dengan akhlak yang baik. Semua ini perlu diproses dengan satu didikan yang berterusan dan dipantau dengan didikan tarbiyah imaniyah. Ia bukanlah keperibadian yang berpura-pura. Tetapi ia lahir dari hati yang melalui satu proses Rabbani yang bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.Inilah dakwah yang bergerak. Da’wah bil hal adalah dakwah yang secara tidak langsung yang akan melekat dan memikat. Ia umpama da'wah tanpa suara. Akhlak ini membawa keindahan Islam dan kasih sayang dalam masyarakat.

Namun, hari ini kita kehilangan keperibadian yang menepati apa yang dikehendaki oleh Islam. Ayuh kita, perbaiki diri dan hati. Ketahuilah sahabat-sahabat, perkara terpenting pada masa ini adalah proses pembaiki diri menuju taqwa.Salam Ramadhan Kareem. Jadikan Ia medan untuk membaiki diri! Tarbiyah Fi Aidikum Fi Aidikum Faqad.

NB: Maaf, meminjam tulisan di atas dari blog http://brohamzh.blogspot.com/

Tuesday, September 2, 2008

Caring Makes You A Better Person And The World A Better Place










Al-Quran memberi penekanan kepada umat Islam supaya memperhebatkan dana amal jariah kerana nyata dana itu memberi kelebihan kepada umat Islam. Dalam al-Quran Allah membandingkan bahawa orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah sama seperti sebiji benih yang tumbuh dan menerbitkan tujuh tangkai. Setiap tangkai pula menerbitkan lagi seratus biji. (Al-Baqarah: 261)
Ketika mengulas lebih lanjut pengertian amal jariah atau sedekah, Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah bersabda “setiap anggota manusia harus bersedekah setiap hari, mendamaikan orang bersengketa adalah sedekah, menolong seseorang mengangkat barang ke dalam kenderaan adalah sedekah, kata-kata manis adalah sedekah, setiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah dan menjauhkan bahaya yang mengganggu lalu lintas adalah sedekah. (Riwayat : Bukhari dan Muslim)

Congratulation...A Wonderful Friend, Sister In Islam







Kenangan buat sahabat yang dekat di hati dan dekat di mata,
namun jauh dari pandangan!

Assalamualaikum, sayang!
Pesan Al-Ghazali ..
Yang dekat itu MATI
yang jauh itu MASA
yang besar itu NAFSU
yang berat itu AMANAH
yang indah itu SOLAT
yang mencuci rohani dan jasmani itu PUASA
marilah kita berdoa semoga amalan kita pada bulan Ramadan ini dirahmati dan diberkati ... Insya Allah.
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA!- Kak farah (Nurfarah Lo binti Abdullah/NFLA)
Recieved Kak farah's e-mail this evening with the wonderful pictures of her Big Day...CONGRATULATION for being confered an Advanced Degree of Philosophical Doctor (2008) from the University of Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. I'm so proud of you my dear. I hope it will be a spearhead to enjoin goodness in this world and reap the benefit in the hereafter. I hope your hard work and perspiration would always inspire me. May Allah bless you, me, our families, our friends and all the believers and may Allah also strengthen our faith and brotherhood throughout the way. Ramadhan Kareem, Ameen...

Monday, September 1, 2008

A LOOK THROUGH YOUR WINDOW...



The Johari Window is named after the first names of its founder, Joseph Luft and Harry Ingham. It is a useful framework for exploring and extending our self-awareness. It will help us to recognize our own strengths and weaknesses both in terms of our own perceptions of ourselves and how other people perceive us. I would rather like to associate it with my job as a teacher as it may help me to improve my learning and teaching activities.

1-Public Self (Public Arena): This is our public front, the one we show to our students and our colleagues. How do you come across? Have you ever asked for any feedback? first impressions can particularly important here.

2-Private Self (The Blind Spot): Sometimes other people will see you differently from the way you see yourself and you may be unaware of this. Check how others see you can give you useful information to make an improvement.

3-Hidden Self (The Private You): There are something you naturally wish to keep to yourself, particularly in a work context. However, if you are too much of a closed book, other people may see you as unwelcoming or disapproving. Equally, being inappropriately open can unsettle a working relationship.

4-Unknown Self (Area of Potential): This is the are of unknown potential. The aim must be to increase your self knowledge and reduce this hidden area.

QUALITY MAKES PERFECT (7): Cik Embun Mandi Pagi


SEVEN SERVICE QUALITY GAPS:

CIK EMBUN MANDI PAGI

MANDI PAGI SETIAP SELASA

SETIAP SELASA SUNGGUH DAHAGA

SUNGGUH DAHAGA EMPAT CAWAN

CENDOL ENAK CENDOL PULUT

CENDOL ENAK ENAK ENAK

ENCIK POT MANDI PAGI...

Kalau dah banyak sangat untuk diingat macamana nak ingat. Semasa kita parking kereta di dalam ribuan kereta lain macamana nak ingat kita park kereta kita di mana...tentu ada kaedah-kaedah tertentu macamana nak ingat kan? Kalau tidak puaslah kita mencari kereta kita bila selesai tugas. Aku tengah cuba mengahafal 7 service quality gaps sebab nanti nak terangkan pada supervisor, kaedah story telling ini aku rasa berkesan, sekarang aku dengan mudah dah ingat ketujuh-tujuh service gaps itu...Alhamdulillah.

Ini adalah salah satu kaedah mengingat dalam proses pembelajaran...meaningful story telling