Sunday, November 30, 2008

Teruja dengan keindahan alam dari skyway...

29/11/2008, Genting Highland, Pahang.

Meninjau dari cermin skyway aku begitu teruja dengan keindahan alam ciptaan Allah. Hutan hujan tropika yang meliputi kawasan persekitaran Genting Highland menyejukkan pandangan mata. Lembut basahkanlah lidahmu memuji kebesaranNya...

Di musim percutian ini tentu sekali ramai
di antara ibu bapa yang membawa anak-anak pergi bercuti. Walau di mana sekalipun kita pergi, sebagai ibu bapa, kita harus ingat apakah tujuan utama percutian yang kita rancangkan itu. Kita semestinya mahukan percutian tersebut sesuatu yang menjadi ingatan yang abadi buat kita dan juga anak-anak. Oleh itu kita seharusnya memurnikan objektif percutian kita itu sebagai suatu ibadah. Apabila ianya dirancang dari sudut ibadah, tentu sekali langkah pertamanya kita memasang niat bahawa tujuan percutian kita itu kerana Allah. Rujuk semula apa yang terkandung di dalam doa bermusafir yang diajarkan oleh Rasulullah. Latih anak-anak mengerjakan solat jamak dan qasar agar mereka tetap merasakan kepentingan solat itu walau di manapun mereka berada dan di samping itu dapat merasakan kelonggaran/hadiah yang diberikan oleh Allah semasa seseorang bermusafir. Ajak anak-anak sering berdoa kerana katakan kepada mereka bahawa doa orang yang bermusafir itu sangat dimaqbulkan oleh Allah. Ajarkan juga mereka menghayati keindahan alam semulajadi ciptaan Allah, agar supaya mereka akan sentiasa dapat merealisasikan keindahan, kecantikan dan kebersihan di dalam kehidupan mereka. Pendidikan melalui penghayatan akan menjadi lebih berkesan. Dalam keadaan bergembira, anak-anak lebih mudah menerima pendidikan. Ajarkan sebanyak mungkin kepada mereka menerusi percutian yang kita rancangkan itu. Selamat Bercuti...





Friday, November 28, 2008

Mengingat Nama dengan Kaedah DG48

TAJUK:
CARA MUDAH MENGINGAT NAMA PELAJAR DENGAN MENGGUNAKAN K
AEDAH “DG48”

ABSTRAK


Kajian ini dijalankan untuk mencari satu cara mudah bagaimana seorang guru boleh mengingat nama-nama pelajar dengan cepat. Ramai guru mempunyai masalah yang besar untuk mengingat nama-nama pelajar dalam masa yang singkat. Apabila seorang guru itu sukar untuk mengingat nama pelajar-pelajarnya maka sukar bagi mereka untuk mewujudkan serta membina hubungan yang baik dan lancar dengan pelajar-pelajar mereka. Secara tidak langsung kegagalan membina hubungan baik ini boleh menjejaskan pencapaian akademik pelajar. Malalui kajian yang telah dijalankan didapati guru berasa lebih yakin, seronok dan selesa sekiranya mereka dapat mengingat nama-nama pelajar di dalam kelas mereka kerana ini dapat membantu meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya perhubungan yang baik di antara guru dan pelajar dapat menambahkan motivasi kepada para pelajar untuk belajar dan memahami isi pelajaran. Hasil temu bual dengan guru-guru yang terlibat, mereka mendapati kaedah DG48 ini sangat mudah untuk digunakan dan guru-guru tersebut dapat mengingat nama-nama pelajar dalam masa yang singkat dan ada pula guru yang dapat mengingat kesemua nama-nama pelajar mereka di dalam masa dua hari sahaja berbanding satu hingga tiga bulan sebelum ini.

Thursday, November 27, 2008

Ibrah Fi Makah Al Mukaramah

Dengan namaMu ya Allah aku memohon pertolonganMu untuk mencatatkan sedikit pengalamanku di dada blog ini, semoga ianya dapat dijadikan iktibar, pengajaran dan panduan serta jauhilah aku dari berkata-kata yang dusta, riak, takabbur atau membangga-banggakan pengalamanku ini. Ameen...

Kini musim haji (1429H) tiba lagi, sudah dua musim berlalu aku masih belum menulis mengenai pengalaman aku ke sana... moga kali ini Allah bagi aku kekuatan untuk mencoretkan serba sedikit buat iktibar, pengajaran dan panduan dari pengalaman tersebut terutamanya buat diriku sendiri dan juga para pembaca blog sentuhan rasa hati ini semuanya. InsyaAllah perkara yang paling penting yang harus kita tanamkan ialah niat kita untuk ke sana seterusnya diikuti dengan usaha kita...insyaAllah apabila kedua-dua perkara ini berjalan seiring segalanya yang sukar akan dipermudahkan, segala yang jauh akan diperdekatkan, yang sedikit akan diperbanyakkan dan segala yang pada awalnya tidak kita sangka akan menjadi nyata semuanya...SUBHANALLAH. Dekatkanlah diri kita kepadaNya katakan keinginan dan hasrat kita...insyaAllah kita akan dijemput menjadi tetamuNya, tetamu yang Maha Agung. Perjalanan ke sana bukan sekadar perjalanan fizikal tetapi ianya disertai dengan jiwa. Kedua-duanya perlu dihidupkan sekali barulah terasa nikmat berpergian, barulah redha diperjalanan...tidak pernah terasa nikmat bermusafir selain bermusafir untuk menjadi tetamu Allah. TAHUN 1427H merupakan tahun yang menjadi kenangan yang cukup indah buat diriku kerana aku telah diizinkanNya menjadi tetamuNya. Dalam usia 40 tahun (berpandukan kalendar masehi) aku bertolak dari Malaysia dan aku menyambut kelahiranku yang ke-41 semasa aku berada di bumi Mina...mengingatkan aku bertapa banyak telah aku nikmati rezeki kurniaan dariNya...dan bertapa banyak pula dosa-dosa yang telah aku lakukan, semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosaku dan terimalah aku dari kalangan hambaMu yang bertaubat, kurniakan aku haji yang mabrur...begitulah harapan bagi semua orang yang pergi menunaikan rukun yang ke-lima ini......Cukup sekadar pembuka bicara, dilain ketika bersambung lagi.

Lupakan Dua Perkara dan Ingat Dua Perkara...Pesanan Luqman Al-hakim











Luqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya bahawa kita perlu melupakan dua perkara tetapi perlu mengingat dua perkara...apakah yang dimaksudkan oleh Luqman Al-Hakim itu...

Dua perkara yang perlu dilupakan ialah:
1-Kebaikan yang pernah kita lakukan terhadap orang lain
2-Kejahatan yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita
Dua perkara yang perlu sentiasa ingat ialah:
1-Ingatlah Allah SWT
2-Ingatlah akhirat negeri yang kekal abadi.
....................................................
Petang tadi aku ke rumah Shirine untuk menziarahi sahabat yang telah lama aku kenali ini...aku sedikit terharu apabila di dalam perjalanan aku ke sana tiba-tiba aku terdengar tazkirah dari radio Pahang Fm...Apabila kita berpergian untuk menziarahi sahabat kita, sepanjang perjalanan kita ke sana sehingga kita kembali semula ke rumah kita, seolah-olah kita memetik buah-buahan di taman-taman syurga selama berpergian itu...alangkah indahnya ganjaran yang kita terima sekiranya kita menziarahi sahabat kita dengan disertai niat yang ikhlas. Selama berada bersama sahabat kita itu khabarkanlah berita yang menggembirakan, elakkan berkata-kata perkara yang keji kerana bayangkan sahaja kita sedang memetik buahan yang lazat disyurga...apakah yang lebih baik dari ganjaran tersebut...SUBHANALLAH.

Sunday, November 9, 2008

Being A Muslim...










I always contemplate my role being a muslim. I am so scared that I could not fulfil my role being a muslim. What answer should I supply in front of the Al Mighty Allah during the Day of Judgement.
As the Prophetic tradition goes, ‘A true Muslim is he who desires for others what he desires for himself” and so if we want others to respect us for who we are, then we must do the same.
Another inspired Hadith which states that ‘the best people are those who are useful to others’.

Propagating Islam is the most important role every muslim should handle but with extra care.
We can still use the standard method of Dawah (preaching) from the Minbar (a sort of raised couch) This practice can be traced back to the time of the Prophet Muhammad (PBUH) when he used to deliver his sermons leaning on the trunk of the tree that was part of the Masjid-e-Nabawi (Mosque of the Prophet).

But because of the fact that Islam is such a progressive, dynamic religion, this means that there are many other methods of spreading Islam. Just think of the way of life of Islam, which consists of the commands of Allah shown to us by the Prophet Muhammad (PBUH) as the product, and the Dawah of Islam as the advertising used to ‘market’ that product.

Islam is not about ‘narrow-mindedness’ and tunnel vision - no. Islam is about Unity and that means that we should never look down upon others or frown upon something new just because we do not understand it. As the saying goes, what we do not understand, we fear.
Therefore, it is conduct unbefitting of a Muslim to belittle the efforts of any other Muslim who is trying to propagate Islam.
As long as it does not fall into the category of Bid’ah (Innovation) and is in line with the practices of the great Prophet Muhammad (PBUH), then we should all make Dua (supplication) that Allah accepts the effort and makes it a means of spreading Hidayah (guidance) throughout the four corners of the world.

Let’s propagate! And Allah knows best. (Taken from Hidayah Blog)

Tuesday, November 4, 2008

Kawan-kawan janganlah ajak aku ke jalan "belok-belok"

Semasa ustazah mengajar sebuah kelas yang nakal tentang makna surah Al-fatihah aku berada tidak jauh dari mereka...aku turut sama menumpang belajar. Apabila sampai kepada ayat yang ke-6, ustazah bertanya mereka...apa maksud ayat tersebut...maksud sebenar ialah "Tunjukilah kami jalan yang lurus" tapi ada pelajar yang terkenal nakalnya menjawab...tunjukkan kami jalan yang lurus jangan jalan yang belok-belok...walaupun jawapannya tidak tepat dari sudut lughatul arabiahnya tapi aku harap pelajar ini benar-benar faham tentang maksud jalan yang lurus dan bukan yang belok-belok itu...bukan sekadar melawak begitu...

Rupanya semalam menuntut ilmu hari ini aku diuji secara praktikalnya...tut...tut...mesej dari handphone aku berbunyi seawal pagi..."kak...tolong punch untuk saya, saya lambatlah hari ini..." Aku ada beberapa orang kawan yang suka ajak aku jalan belok-belok...sedangkan aku sendiri bila terpaksa terlambat aku akan biarkan sahaja punch card aku dicatat dengan dakwat merah...kawan-kawan dengarlah rintihanku...janganlah ajak aku ke jalan belok-belok...lihatlah kepada keberkatan rezeki yang akan kita terima itu, biarlah punch card kita terpalit warna merah janganlah kita memalitkan warna hitam di dalam hati kita...aku sayang pada kalian semua dan sayang aku tulus dan ikhlas...bukan kasih sayang yang superficial yang belok-belok...

Saturday, November 1, 2008

Kaitan Highway Phobia dan Zikrullah...

Malam tadi pukul satu baru aku boleh melelapkan mata...mengenangkan beberapa perkara. Biasanya jika aku tak boleh menyelesaikan masalah aku akan cuba sedaya upaya mencari jawapannya. Kebiasaannya aku akan mencari segala jawapan dari satu laman web ke satu laman web. Sebenarnya masalah highway phobia yang aku highlightkan dalam beberapa entry yang lepas masih menjadi tanda tanya kepada aku mengapa ianya berlaku selain dari fakta psychology yang dikemukakan oleh ahli perubatan moden. Aku sebenarnya tidak berpuas hati dengan solution supaya mengambil ubat untuk menghalang ardenaline dikeluarkan, tentu ada cara Allah sudah tentukan untuk mengatasi masalah sebegini. Alhamdulillah semasa bergerak dari satu laman web ke satu laman web aku terjumpa artikel dari laman web ini: http://nasoha.blogspot.com/ dan aku pasti ia mempunyai kaitan dan mungkin juga jawapan kepada permasalahan yang sedang aku hadapi....Ya Allah ampunilah dosa-dosaku yang terlalu banyak melupakanMu...aku berjanji dihadapanMu untuk berusaha sentiasa mengingatiMu walau dalam apa jua keadaanku...terimalah aku Ya Allah.

Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Aku telah bertemu denganmu saat ramadhan yang lalu...


Taubat Seorang Hamba...












Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang kulakukan
Oh tuhan maha kuasa
Terima taubat hamba berdosa
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah (3x) taubatku ini

chorus:
Telah aku merasakan
Derita jiwa dan perasaan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redhamu ya tuhan
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah (3x) taubatku ini

Di hamparan ini kumeminta
Moga taubatku di terima
Ku akui kelemahan diri
Ku insafi kekurangan ini
Ku kesali kejahilan ini
Terimalah (3x) taubatku ini

Keindahan Alam Ciptaan Yang Maha Agung...


http://www.youtube.com/watch?v=zsYCdIJ4qkw