Saturday, February 21, 2009

Berhutang Menurut Pandangan Islam (Sebagai panduan)

Keadaan umat Islam menjadi memilukan apabila, aktiviti berhutang menjadi asas kehidupan masyarakat hari ini, ia mungkin tidak pelik bagi mereka yang tidak berkemampuan, tetapi ia telah menjadi kaedah dan teknik yang terbaik (sebagaimana didakwa) bagi mencapai keuntungan dan mengekalkan kekayaan sesebuah syarikat atau individu. Maka lahirlah ramai individu yang berkemampuan untuk membuat pembayaran secara tunai, tetapi masih lagi suka berhutang dalam membeli kereta dan rumah. Hujah mereka mudah sahaja dalam hal ini, iaitu jika bayar tunai maka kita akan RUGI, RUGI dan RUGI. Inilah satu fenomena kurang sihat yang telah di anggap sihat oleh masyarakat hari ini. Ia berpunca daripada kurangnya maklumat berkenaan bahaya hutang dalam keadaan berkemampuan.

Dalam konteks semasa, kita dapat melihat bagaimana ramainya peminjam-peminjam yang enggan membayar hutang pengajian, rumah, kereta, syarikat mereka, ada juga yang lebih rela di gelar muflis asalkan tidak perlu membayar jumlah hutangnya yang menimbun. Ia kelihatan enak untuk tidak membayar hutang di dunia, tetapi ia pasti akan menjadi malapetaka di akhirat.Mari sama-sama kita mempelajari pandangan Islam dalam hal hutang ini.
Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)Lebih buruk lagi apabila terdapat sesetengah individu yang meminjam dengan niat untuk tidak memulangkan kembali.
Sebagaimana Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله
Ertinya : Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )
Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :

اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"
Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, whaai Rasulullah?;
Baginda menjawab: "Jika seseorang berhutuang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhar, 1/214 )
Terdapat juga dalam sebuah hadith lain :Ertinya : Ya Allah, aku berlindung dari kekufuran dan hutang, Mendengar itu seseorang bertanya, " Apakah engkau menyamakan kekeufuran dengan hutang wahai Rasulullah?; "Benar" Jawab Rasulullah" ( Riwayat An-Nasaie, 2/316 ; Ahmad, 3/38; Al-Hakim berkata Sohih dan disepakati oleh Az-Zahabi; Menurut Albani : Dhoif)
Berlandaskan dalil-dalil di atas jelaslah kepada kita bahawa aktiviti berhutang ini adalah kurang sihat menurut pandangan Islam. Justeru, kita sewajarnya menjauhinya semampu boleh. Beberapa cadangan di bawah perlu difikirkan demi memastikan tanggungan dan beban hutang kita dikecilkan, ia seperti berikut :-

KAD KREDIT: Jauhkan diri dari menggunakan kad kredit. Selain isu-isu riba yang begitu hampir dengan kad kredit, ia juga amat menggalakan hutang secara berlebihan. Malah jika seseorang ingin menggunakannya, adalah amat di nasihatkan agar digunakan untuk memudahkan urusan di saat-saat yang benar-benar terdesak. Selain itu, adalah lebih baik juga menggunakan "Charge Card" atau "Debit Card" sahaja. Jauhkan diri dari ketagihan penggunaan kad kredit.

PINJAMAN PERIBADI: Ini satu lagi jenis produk yang boleh mengakibatkan penyakit ketagihan duit di kalangan masyarakat. Perlu di sedari bahawa seluruh jenis pinjaman peribadi secara konvensional adalah di haramkan oleh Islam dengan sepakat seluruh ulama. Cuma, hari ini, terdapat beberapa Bank Islam dan perbankan Islam yang menawarkan Pinjaman (pembiayaan) peribadi secara Islam. Sebagai makluman, tidak semua bank Islam menawarkannya kerana produk ini berlandaskan konsep "bai inah" ( jual dan beli semula antara dua pihak yang sama). Konsep ini amat konterversi dan di tolak oleh kebanyakan ulama timur tengah, bagaimanapun ianya di terima oleh ulama Malaysia dan Brunei. Apapun, pada kebiasaannya, kadar yang di kenakan adalah tinggi. Oleh itu, penggunaannya tanpa keperluan yang amat mendesak juga perlu dikurangkan atau dihapuskan terus demi mengurangkan beban hutang yang ditanggung.

PERUMAHAN DAN KERETA: Dua item ini mungkin keperluan yang asas bagi kebanyakkan individu. Bagi saya, seeloknya, hutang peribadi kita eloknya di hadkan kepada dua jenis ini sahaja. Itupun, mestilah menilai kemampuan kewangan dengan sebaiknya agar tidak mendedahkan diri kepada bahaya ketidakmampuan membayar hutang. Sebarang pinjaman kereta dan rumah secara konvensional adalah disepakati haramnya oleh seluruh ulama dunia.

UMRAH DAN HAJI SUNAT (KALI KEDUA): Haji sememangnya wajib bagi umat Islam yang berkemampuan fizikal dan kewangan. Bagaimanapun, yang wajib hanyalah sekali sahaja. Justeru, umat Islam perlu memahami ‘priority' atau "awlawiyyat" di dalam pengendalian wang peribadi. Menurut Islam, menggunakan wang yang diperuntukan untuk ke umrah dan Haji kali kedua adalah lebih baik dan besar pahalanya untuk disalurkan bagi melupuskan pembayaran hutang peribadi yang bertimbun-timbun itu. Malangnya, ketidak fahaman kebanyakan umat islam hari ini menyebabkan mereka kerap mendahulukan sesuatu yang kurang penting berbanding yang lebih penting.
*Ustaz Zaharuddin Abd. Rahman merupakan pakar dalam bidang kewangan Islam dan aktif menulis buku dan artikel.

Berbudi dengan tanah...

Tiada rugi berbudi dengan tanah...syukur Ya Allah kepada Engkau yang telah menghidupkan tanam-tanaman dan mengeluarkan buah-buahan yang segar, manis lagi lazat, Maha Suci Engkau wahai Tuhanku Yang Maha Pemurah.

Pengalaman Di Jogjakarta, Indonesia

6 Februari, 2009...semasa menunaikan solat musafir aku memohon doa kehadrat Allah semoga perjalanan ini akan mejadi ibadah buatku sambil mempelajari hal yang baru serta dapat menimba pengalaman yang berguna di dalam perjalanan ini...Jogjakarta adalah destinasiku, selamatkan Ya Allah perjalanan kami ini.
Dari paras "eye-view" di tingkap pesawat, aku sudah dapat mengagak bahawa kota Jogjakarta juga mempunyai struktur penduduk yang agak padat. Sampai di Bandara Internasional Adipsut Jipto, kami disambut mesra oleh dua orang sahabat Jogja. Jogja terkenal dengan jolokan Kota Pendidikan kerana terdapat begitu banyak universiti (universitas) di sana termasuk universiti yang terkenal iaitu Universitas Gadja Mada. Di kota ini banyak sekali motorsikal digunakan sebagai pengangkutan oleh penduduknya terutama sekali oleh para penuntut universiti-universiti yang terdapat di sana.
Schedule semasa di Jogjakarta:
1-Menginap di Hotel Kusuma yang terletak di Condong Catur selama tiga malam
Hotel tiga bintang yang selesa dilengkapi dengan satu katil puteri dan satu single bed, kipas, aircond, tv, water heater dan sarapan pagi selama menginap.

2-Tempat-tempat yang sempat disinggahi:
  • Shopping Complex untuk makan dan membeli-belah
  • Gunung Merapi di Kaliurang (masih aktif dan kali terakhir meletuskan pada tahun 2006).
  • Istana Karaton-Indonesia tidak lagi diperintah oleh pemerintahan beraja namun istana ini masih merupakan kediaman Raja Karaton yang kesepuluh yang masih hidup dan istana ini dibuka untuk kunjungan para pelawat mengetahui warisan sejarah peninggalan Raja Karaton.
  • Pekan Bantul yang terkenal dengan barangan kulit.
  • Pasar-pasar yang menjual hasil kerja tangan penduduk tempatan.
  • Pasar menjual pakaian terutamanya batik Indonesia.
  • Candi Borobudur-Walaupun pada asalnya merupakan binaan yang digunakan oleh penganut agama Budha tetapi sekarang ianya telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai harta warisan dan dibuka kepada para pelawat untuk melihat sendiri binaan tersebut.

3-Makanan terkenal di Jogja:

  • Nasi Gudeg-nasi biasa berlaukkan nangka, telor dan jangat dimasak cara tertentu yang langsung tidak sama dengan Malaysia, rasanya agak manis.
  • Nasi Padang-dari Padang namun ada dijual di Jogja.
  • Pecal Leleh-lebih kurang sama dengan pecal yang terdapat di Malaysia yang dimasak oleh orang Jawa di Malaysia.
  • Bakpia Patuk (Pia-pia)-seakan-akan sama dengan tart Malaysia rasanya.
  • Pelbagai jenis kuih-muih tapi yang uniknya orang Jogja makan kuih berulamkan cili api hijau
  • Bakso
  • Dll

Satu yang harus kita berhati-hati ialah walaupun layanan yang diberikan sangat istimewa dan terasa mesra tetapi mereka masih mengharapkan tip dari pelancong...kemesraan tidak bererti persahabatan.

Mentari Kehidupan

Kala senja itu tiba
Kutermenung sendirian
Terasa diriku ini jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini kusedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dari-Mu
Memandu hamba-Mu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurga-Mu
Dan Kau tunjuki dengan hidayah-Mu
Hanyalah pada-Mu kuhadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hamba-Mu ini
Yang kian terumbang-ambing
Di dalam arus duniawi
Kuberdoa kepada-Mu
Memohon limpah rahmat-Mu
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Tuesday, February 3, 2009

Nasyid or Anasheed


Nasyid is a form of religious singing based on Islamic teachings, stories and so on. It used to be more in the Arabic tune but nowadays Nasyid is sung to newer musical tempo to suite taste of current listeners. Professor Margaret Sarkissian has published a paper entitled "Religion never had it so good": Contemporary nasyid and the growth of Islamic popular music in Malaysia, in the Yearbook for Traditional Music, vol. 37, pp. 124-152, 2005.


Anasheed are Islamic songs that usually are sung with no musical instruments in the background. Anasheed use only drums. Sometimes anasheed are used with the (aahaat), used in keyboard or with the human voice. Islamic Nasheed are often popular in the Islamic World and the Arab World. The material and lyrics of Anasheed reflect on Islamic beliefs, history, and religion. They have a dramatic and serious tone, and not a playful, pump-up style music. They are very popular among Arabs and Muslims. Religous Muslims also enjoy listening to anasheed.