Wednesday, April 22, 2009


Ada empat perkara yang berharga dalam diri manusia dan dia boleh hilang dengan empat perkara juga.

Adapun yang berharga itu ialah...Akal, Agama, Malu dan Amal soleh. Maka....

1. Akal boleh hilang disebabkan marah.
2. Agama boleh hilang disebabkan dengki.
3. Malu boleh hilang disebabkan tamak.
4. Amal soleh boleh hilang dan terhapus disebabkan suka menceritakan keburukan orang lain.

Manusia akan menghadapi empat penarikan antaranya:-
1. Malaikat pencabut nyawa akan menarik rohnya.
2. Para ahli waris akan menarik hartanya.
3. Ulat akan menarik tubuhnya.
4. Orang yang dimusuhi @ dianiayai akan menarik barang kepunyaannya di hari kiamat iaitu AMALNYA.
Dari Ali r.a yang bermaksud: Sesungguhnya amalan yang paling sulit adalah empat macam:
1. Memberi maaf pada waktu marah.
2. Suka memberi pada waktu susah.
3. Menjauhi yang haram pada waktu sunyi.
4. Mengatakan yang hak kepada orang yang ditakuti atau kepada orang yang diharapkan sesuatu darinya.
Dari Hatim Al-Asom yang bermaksud: Empat perkara yang hanya diketahui oleh empat jenis orang akan nilainya iaitu:
1. Nilai masa muda hanya diketahui oleh orang tua-tua @ orang lama).
2. Nilai kedamaian hanya diketahui oleh orang yang pernah ditimpa bencana@musibah.
3. Nilai kesihatan hanya diketahui oleh orang-orang sakit.
4. Nilai kehidupan hanya diketahui oleh orang-orang yang telah mati.

Saturday, April 18, 2009

SMK Bestari Ampang Pecah On Air...Eduweb TV

TELL THEM WHY...Change is easier to take when people can see a rationale behind it

Jika sesebuah organisasi hendak kekal di dalam usaha perniagaannya ia haruslah melakukan perubahan, dan perubahan adalah sesuatu yang menakutkan. Ramai orang melihat perubahan sebagai suatu ancaman. Bagi mereka perubahan adalah pemusnah kepada kebiasaan dan keselesaan dan sesuatu yang dianggap tidak menyeronokkan. Walau bagaimanapun keselesaan adalah musuh kepada kegemilangan. Lebih buruk lagi ianya boleh melumpuhkan sesebuah organisasi.
Seorang penyelaras syarikat penerbangan pernah memberitahu bahawa ramai juruterbangnya mati disebabkan mereka kekal terlalu lama di dalam kapal terbang yang sudah menurun keupayaannya. Mereka lebih suka kepada kebiasaan di kokpit daripada payung terjun yang asing bagi mereka walaupun sebenarnya mereka mengetahui kokpit boleh menjadi perangkap yang membunuh sedangkan payung terjun boleh menjadi penyelamat kepada kehidupan.
Banyak perniagaan telah runtuh kerana orang-orang di dalamnya memilih kebiasaan walaupun mereka tahu cara lama itu berisiko tinggi serta menempa kehancuran. Oleh yang demikian perubahan merupakan kemestian.
Walau bagaimanapun kunci kejayaan kepada sesebuah perubahan ialah:
1- Melakukan perubahan tersebut secara terancang. Jika perubahan dirancang dengan baik dan di bawah kawalan, warga di dalam sesebuah organisasi yang terlibat akan merasa stabil walaupun berada di dalam suasana perubahan dan cara ini adalah lebih meyakinkan.
Perubahan terancang perlu melalui tiga peringkat:
(1.1) Pelembutan (Softening)
Semasa proses pelembutan para pekerja harus membuang habit lama
(unlearn old habits).
(1.2) Pembentukan(Reshaping)
Semasa proses pembentukan, cara-cara baru perlu disemai.
(1.3) Penstabilan(Restabilising)
Semasa proses penstabilan, cara baru yang di semai harus menjadi habit
yang baharu.
2- Pemimpin organisasi juga perlu menerangkan sebab-sebab mengapa perubahan harus dilakukan. Perubahan lebih mudah dilakukan sekiranya orang boleh nampak rasional di sebalik perubahan tersebut.
3- Pemimpin organisasi juga perlu mengurangkan ketakutan warga organisasi untuk berubah dengan cara membuat jangkauan awal dengan mengenalpasti perkara yang mungkin berlaku apabila perubahan akan diperkenalkan. Ini boleh meminimakan risiko.
4- Berikan pula peluang kepada warga organisasi membuat jangkaan daripada perubahan tersebut dengan melakukan perubahan dengan cara langkah demi langkah, jangan memberi kejutan dan jangan memberi amaran kerana orang akan terkejut, apabila terkejut orang boleh jadi marah, melatah dan langsung beranggapan negatif kepada perubahan tersebut maka berhati-hatilah.
5-Para pekerja sama ada di peringkat pertengahan atau bawahan perlu tahu bahawa pihak pengurusan memberi sokongan sepenuhnya kepada sebarang perubahan. Jika mereka harus belajar perkara yang baru, mereka berhak mendapat jaminan dan sokongan dari pihak pengurusan, dan tidaklah nanti mereka dipersalahkan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan.
6- Pihak pengurusan juga perlu memberi galakan dan penghargaan kepada mereka yang berjaya melakukan perubahan. Ini juga merupakan satu rangsangan kepada kejayaan sesebuah perubahan.
7-Sepekara lagi ialah apabila ingin melakukan perubahan, para pekerja seharusnya diberi peluang melalui "pilot project" atau "trial runs" yang bermaksud fasa percubaan sebelum "going live" atau sebelum melakukan perubahan yang sebenar.
8- Seterusnya sebagai pengurus kita mungkin akan mendapati segelintir pekerja yang begitu cepat menerima perubahan dan sangat positif pencapaian mereka di dalam melakukan perubahan, jadikan mereka ini model atau contoh kepada pekerja-pekerja lain.
9-Akhir sekali...organisasi yang berjaya ialah organisasi yang sentiasa mencari jalan untuk menginstitusikan perubahan. Apabila warga di dalam organisasi tersebut telah terorientasi untuk berubah dan terdidik secara berkesan terhadap perubahan itu, organisasi tersebut akan mempunyai masa depan yang cerah dan akan mempunyai jangka hayat yang lebih panjang. InsyaAllah...
Gambar: Ambillah iktibar dari gelagat rusa masuk kampung; kerana tidak berilmu tentang kampung itu, tidak biasa dengan suasana sekitarnya...rusa tidak dapat menerima suasana baru itu dengan tenang lalu jadilah seperti rusa masuk kampung...terlari-lari di dalam ketakutan kerana tidak terbiasa dengan perubahan

Sunday, April 12, 2009

Muhasabah Diri yang Sering Alpa...

E-mail yang diforwardkan oleh seorang sahabat sesuai buat renungan dan muhasabah diriku dan sekelian pembaca blog ini (Gambar salah sebuah sepanduk sempena sambutan maulidurRasul peringkat sekolah).
Telah Berlalu dari tahunmu:
1. Ada 1700 peluang kewajiban shalat berjamaah. Ia sama dengan 6018 rakaat. Ada peluang 5300 rakaat sunnat rawatib dan witir, ada peluang 420 rakaat qiyamullail, tarawih dan tahajjud..Berapa banyak peluang di atas yang kamu lakukan secara berjamaah? Berapa kali anda shalat berada di barisan bertama? Seberapa besar tingkat kekhusyuanmu dalam shalat-shalat itu? Adakah semua peluang diatas mendekatkanmu kepada Allah SWT?
2. Ada peluang 92 hari untuk berpuasa Isnin dan Khamis, 30 hari peluang berpuasa ayyamul bidh, 9 hari peluang berpuasa Dzil Hijjah, 1 hari puasa Tasu’a dan 1 hari Asyura. Berapa hari anda telah isi peluang-peluang itu dengan berpuasa? Berapa banyak anda telah memanfaatkan fadhilah-nya?Ingatlah bahwa kekasih kita, yaitu Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada satu hari di mana seseorang mengisinya dengan berpuasa fi sabilillah kecuali dengan satu hari itu Allah SWT akan menjauhkan wajahnya dari neraka sebanyak 70 tahun”. (HR. Bukhari [2840] dan Muslim [1153])
3. Ada peluang 12 kali khatam Al-Qur’an, adakah engkau telah menyempurnakannya? Dan melakukan tadabbur terhadapnya? Sedangkan satu kali khatam sama dengan 305 juta kebaikan!
4. Ada peluang 130,000 sedekah wajib yang dapat engkau pergunakan, sebab Rasulullah SAW bersabda: “Setiap ruas manusia ada peluang sedekah, setiap hari di mana matahari terbit ..”. (HR Bukhari [2707,2891, 2989], Muslim [720, 1009]).Adakah engkau telah menunaikan dan memenuhinya? Atau mengupayakannya semaksima mungkin atau mendekati maksima? Atau adakah engkau telah bertekad dan berniat?
5. Dzikrullah, “Beruntung sekali bagi seseorang yang menemukan banyak istighfar dalam lembaran amalnya”.
6. Ada peluang 50 liqa’ tarbawi yang bersifat pekanan, yang dengan liqa’ ini engkau dapat merealisasikan prinsip: “mari berkumpul untuk beriman sesaat”, belum lagi liqaat besar .. seberapa sering engkau komitmen dengannya? Hal-hal positif apa saja yang engkau berikankepada saudara-saudaramu dan kepada dakwahmu dalam liqa’-liqa’ itu?
7. Ada 350 hari di mana engkau dapat melakukan da’wah ilallah, melakukan amar ma’ruf dan nahi munkar, sementara kekasihmu, yaitu Rasulullah SAW menjelaskan keutamaannya kepadamu: “Siapa yang menyeru kepada hidayah, maka untuknya pahala hidayah itu dan pahala orang-orang yang mengamalkannya sampai hari kiamat”. (HR Muslim[2674]). Beliau SAW juga bersabda: “Sungguh, jika Allah SWT memberi hidayah kepada satu orang laki-laki karena kamu, maka itu lebih baik bagimu daripada dunia dengan segala isinya” (HR Ibnu Mubarak dalamkitab Az-Zuhd wa ar-Raqaiq [1354])(1).
8. Ada peluang 50 pekan/minggu di mana engkau dapat merealisasikan silaturrahim dan mengunjungi kerabat, birrul walidain, mengunjungi orang sakit dan memenuhi berbagai hajat kaum muslimin …Berapa banyak engkau dapat menemukan amal-amal ini? .. berapa banyak amal-amal ini yang engkau lakukan secara ikhlas karena Allah dan tidak tercampur oleh syahwat nafsu atau kompetisi dengan orang lain, atau mengejar popularitas atau gegap gempitanya media, atau ikut-ikutan kepada sufaha (orang-orang yang bodoh dan tidak memperhitungkan akhirat)?
Kemudian, coba kamu lihat amal yang sudah kamu lakukan, berapa besar size (ukuran)-nya? Berapa berat timbangannya, berapa banyak pengaruhnya? Bandingkan antara kebaikan dan keburukanmu? Lalu lihat, berapa banyak kebaikan yang kamu tinggalkan dan berapa pula yang kamu dapatkan? Ingatlah kepada ucapan Ibnu Mas’ud RA: “Saya tidak pernah menyesali sesuatu yang seperti penyesalanku kepada suatu hari di mana matahari terbenam yang menjadi pertanda ajalku berkurang sementara amalku tidakbertambah”?!
Wallahu a’lambishowab.
Penulis asal: abi sabrina

Wednesday, April 1, 2009

Soft Launch of the Rural Smart School Showcase Programme...SMK Ampang Pecah



Picture1: Soft Launch Banner
Picture2: My beloved principal Pn. Hjh. Hamidah binti Saman (pink veil) during the photography session with the Chief Executive of MDec and all the vendors (who will supply and equip the school with the SMART School facilities).
Picture3: My principal, ICT Coordinator (maroon veil), who has put countless effort into a realization of the SMART school programme (Pn. Saemah) and the blogger- we were at the Cyberview Lodge Resort, Cyberjaya for the soft launching.


I personally feel grateful to Allah that He has bestowed my school among the thousands school with this valuable title of Sekolah Bestari. It is very rewarding as my school will be fully furnished with ICT infrastructure and my hope is it could enhance the inner spirit of the school community to teach and learn harder than before.
The below article is taken from: http://perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009

Program sekolah bestari diperluas
CYBERJAYA: Selepas 88 sekolah dipilih untuk program sekolah bestari, Kementerian Pelajaran akan memperluaskan rancangan ini kepada 15 sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara.Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation Sdn Bhd (MDeC) Datuk Badlisham Ghazali berkata nama sekolah-sekolah itu dijangka diumumkan bulan depan.Beliau berkata dua sekolah, Sekolah Menengah Ampang Pecah, Kuala Kubu Baru, Selangor dan Sekolah Kebangsaan Felda Palong 14, Gemas, Negeri Sembilan adalah antara 15 sekolah itu yang menjadi sekolah contoh.
Antara faedah yang diperoleh oleh dua sekolah ini termasuk komputer notebook, hubungan Internet tanpa wayar (Wi-Fi) dan WiMAX."Kita nak buat showcase sebab kita tahu mungkin di sekolah-sekolah luar bandar ini ada masalah lain seperti bekalan elektrik yang tidak terjamin."Kita mahu kaji bagaimana kita sebenarnya boleh mengatasi atau mengurangkan masalah ini dan manfaatnya. Jika kementerian bersetuju mungkin mereka akan membenarkan lebih banyak pelaksanaannya," katanya pada majlis prapelancaran program ini di sini hari ini.
BernamamyMetro: 31 Mac 2009
Dicatat oleh guru_cikgu di 16:32
Label: kemudahan/bantuan/kerjasama