Monday, June 15, 2009

Cairo - Madinah al Munawarah - Mekah Al Mukaramah (26 Mei 2009 - 9 June 2009)

















Syukur kepada Allah kerana telah menjadikan perjalanan umrah ini sesuatu yang mudah, selamat, berpengisian, berpengalaman dan menambahkan ilmu pengetahuan, Alhamdulillah. Nikmat yang amat sukar digambarkan dengan perkataan membuatkan aku terus merindui rumahMu itu ya Allah. Jemputlah aku lagi untuk menjadi tetamuMu walaupun aku tahu tetamuMu ini adalah insan yang banyak dosanya tetapi dengan rahmat dan kasih sayangMu aku masih mahu terpilih menjadi tetamuMu ya Allah. Amin.

Tempat-tempat yang sempat disinggahi di dalam perjalanan umrah kali ini ialah:







  • Mumbai (Transit selama 30 minit dalam perjalanan pergi dan 45 minit dalam perjalanan balik)



  • Mesir (Melewati dan menikmati keindahan Sungai Nil, melawat masjid-masjid yang mempunyai banyak kesan sejarah, merasai kesegaran jus buah-buahan segar dan manikmati makanannya yang enak)



  • Iskandariah (Menelusuri pantai laut Meditranean, melawat kubu Sallehuddin Al Ayoubi)



  • Jedah (Menikmati keindahan bandar Jedah, Masjid terapung dan laut Merah, membeli belah)



  • Madinah Al-Munawarrah (Beribadah di Masjid Nabawi, raudhah, menziarahi kubur para syuhadak di Bukit Uhud, bersolat di masjid-masjid yang bersejarah, melawat kilang membuat al Quran, membeli-belah).



  • Mekah Al-Mukarramah (Beribadah di Masjid Al-Haram, bertawaf, bersai; menziarahi kawasan-kawasan bersejarah awal Islam, singgah di ladang unta, ke Jabal Rahmah, ke Muzdalifah, Arafah dan Mina; bermiqat di Tanaem, Jakranah dan Hudaibiyyah; Melawat muzium Majid Nabawi dan Masjid Al-Haram; membeli-belah).