Saturday, August 29, 2009

Pengajaran Dari Musibah Yang Menimpa...


Semalam masuk hari yang ke-tujuh umat Islam menyambut Ramadhan, ini bermakna semalam juga merupakan hari ke-tujuh aku menikmati cuti penggal kedua persekolahan. Aku cuba sebaik mungkin mengatur jadual harianku supaya aku boleh menyiapkan semua tugas apabila menjelangnya persekolahan minggu hadapan iaitu pada 1 September 2009. Maklumlah banyak perkara yang perlu aku selesaikan; menduduki peperiksaan PTK, tutoring, menyiapkan semakan trial paper PMR, duty di sekolah as partly of the administrators, menyiapkan tesis PHD ku, menziarahi bapa dan keluargaku, servis kenderaan, menyelesaikan urusan pembayaran bil-bil dan apa yang lebih penting dalam kesibukan itu aku ingin menghayati Ramadhan ini sebaik mungkin dan biarlah segala kesibukan yang aku lalui itu diterima oleh Allah sebagai ibadah dan aku diredhaiNya. Bukan selalu aku boleh mendapatkan pakej Ramadhan beserta pakej percutian begini. Walau bagaimanapun di antara aktiviti yang penting juga ialah menemui supervisorku diuniversiti. Perjumpaan beserta perjalanan tentu sahaja memakan masa sehari. Kalau hari biasa sukar untuk aku mendapatkan kesempatan ini. Maka ku rancang sebaik mungkin jadual cuti ini. PTK sudah, tutoring sudah, duty sudah, ziarah sudah, servis kenderaan sudah, semakanpun hampir selesai dan aku menetapkan Jumaat adalah untuk aku ke universiti. Selesai terawih aku menyiapkan segala keperluan untuk menemui supervisor, aku memang tidak suka berjumpa supervisor dalam keadaan tangan kosong, segalanya perlu dirapikan. Selain dari dokumen belajar aku masukkan juga purse, handphone dan camera digital ke dalam briefcase kerana aku selesa nampak simple sebagai seorang student. Tiga barang tersebut adalah barang yang memang biasa ada di dalam handbag aku.
Pukul 7.15 aku bersedia dengan memanaskan enjin kereta dan pukul 7.30 aku sudah bersedia untuk bergerak. Waktu di luar sunyi sepi ditambah dengan hujan rahmat yang turun. Aku masuk ke dalam kereta dan mengundurkan kereta, memberhentikan kereta semuat jarak boleh menutup pagar dan semasa turun dari kereta aku sudah memastikan tiada kenderaan lain yang akan lalu di situ kerana aku sedikit menghalang perjalanan orang. Akupun keluar kereta dengan memakai topi kebun yang purposely aku letak dalam kereta untuk elakkan basah hujan, untuk menutup dan mengunci pagar. Dan waktu itulah aku ternampak 2 orang lelaki yang bermotorsikal lalu di belakang keretaku dan terus ke hadapan dan dalam 10 meter mereka berpatah semula. Akupun setelah selesai mengunci pagar bersedia semula memasuki kereta untuk bergerak ke destinasi. Duduk sahaja aku di dalam kereta aku terdengar orang membuka pintu kereta sebelah seat penumpang...tahulah aku ada orang cuba untuk merampas briefcase aku...aku bergelut mendapatkannya tetapi gagal....larilah penyamun itu berserta iman yang telah tercabut dari hatinya...malang sungguh mereka kerana mengejar harta dunia dengan membuang iman...nauzubillahiminzalik.
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Tidak akan berzina seorang pelacur semasa berzina jika dia beriman, dan tidak akan minum khamar (arak) ketika meminumnya jika beriman dan tidak akan mencuri seorang pencuri jika dia beriman" (Riwayat Bukhari & Muslim)
Dengan kejadian tersebut aku membatalkan perjalananku untuk berjumpa supervisor sebaliknya aktiviti aku bertukar kepada menemui polis, menemui pegawai pendaftaran, jurugambar, pegawai JPJ dan pegawai bank. Membuat panggilan dan menerima panggilan telefon.
Kejadian tersebut memberi aku terlalu banyak pengajaran walau bagaimanapun....aku redha cara Allah mendidik aku dibulan ramadhan ini.
Antara pengajarannya ialah:
(i) Perlu berhati-hati walaupun di tempat yang kita anggap selamat;
(ii) Berhati-hati dan mengelak lebih baik dari mengubati
(iii) Jangan panik walau dalam apa jua keadaan
(iv) Pantas menyelesaikan masalah
(v) Tahu menyelesaikan masalah
(vi) Jangan lupa berdoa di atas tiket orang yang dizalimi
(vii) Orang yang dizalimi, doanya makbul
(viii) Semak juga diri sendiri, mungkin kejadian ini sebagai kifarah dosa kita dan ambil peluang merasa berdosa dan bertaubat kerana Allah sangat suka dan sayang kepada orang yang bertaubat
(ix) Sedari/perihatin kepada orang yang simpati dengan kita dan hargai orang yang sanggup membantu kita
(x) Bersyukur kepada Allah kerana menurunkan musibah kerana sebenarnya Allah hendak mendidik kita.
Walau bagaimanapun banyak juga komen yang mengatakan kenapa aku tidak mengejar penyamun tersebut dengan kereta...I am nobody to revenge. The two snatchers have done a lot of sins and among them are:
(i) They were stealing
(ii) They were preventing someone from knowledge seeking
activities
(iii) Misuse the physical strength given by Allah
(iv) Cowardly fought with weak people
(v ) Did bad deeds on the most blessed day of Friday
(vi) Did bad deeds in the most blessed month of Ramadhan
So with all their sins, it is not me to revenge, let Allah punish them in which Allah punishment is much more severe... Amin.
I just pray to Allah to bless me with a very high quality faithful life as a muslim and to them I pray to Allah to transform thier hearts to return all my things and do repentence and become good believers and do no harm to other people... O Allah please do not let them survive on this earth by putting difficulties on others...Amin.
Alhamdulillah, my prayer recited throughout my terawih prayer has been answered...after coming back from surau there were kind and beautiful hearted people came to my house to return some of my things threw by the unscrupulous snatchers at the roadside. Thank you Allah, You have answered my prayer, a prayer by a victim is promised to be highly regarded...thank you Allah. I pray to get back all my things. Amin.
Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan SELAMAT MENGHAYATI RAMADHAN kepada semua umat Islam terutamanya mereka yang sempat singgah di blog yang tidak seberapa ini, semoga kita semua dirahmati Allah dan mendapat keberkatan dariNya di bulan Ramadhan ini, Amin.

Alam Menjelang Ramadhan (1)

Monday, August 24, 2009, 6:48:21 AM
(Tarikh dan masa menurut rekod Kamera Digital.)

Hobi yang aku paling suka melakukan ialah mengambil gambar-gambar alam semulajadi termasuk langit. Gambar ini aku ambil semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja pada tarikh dan masa yang tertera di atas. Keindahan langit ketika menjelangnya Ramadhan seolah-olah melaungkan kalimat "Ahlan Ya Ramadhan, Ramadhan Kareem"
Aku memanjatkan doa dan harapan semoga pertemuan dengan Ramadahn kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa aku menjadi insan yang diredhai kehadirannya di mukabumi yang sangat bersifat sementara ini. Kagum aku pada langit kerana dapat dengan megahnya menunjukkan keindahan dan kecantikannya membuatkan aku berfikir bertapa Maha Agung pula Pencipta langit. Agar seorang manusia seperti aku yang serba serbinya kurang ini dapat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh mulia dan barakah ini selari seperti permohonan doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu demi mencapai kualiti ibadah yang paling tinggi. Layakkah aku mencapai ketinggian sedemikian? Ya Allah berikan aku keberkatan Ramadhan Mu, redhai kehidupanku, ampuni dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, jiran-jiranku dan berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka yang sering sahaja melakukan kejahatan selama hidupnya dimuka bumiMu ini Ya Allah serta kembali bertaubat kepadaMu...Amin.

Tuesday, August 18, 2009

Pra-Ramadhan


(Gambar: Fajar menyinsing di lokasi Darul Quran berhadapan dengan SMK Ampang Pecah)



RAMADHAN AKAN MENJELANG

Apa Persediaan Kita?
Bulan Ramadhan hampir tiba. Ramadhan adalah tetamu agung umat Islam, yang membawa keampunan, rahmat, kebajikan dan berkat. Kelebihannya mendorong minat menambah amal ibadat.Biasanya kita akan gembira menyambut mana-mana tetamu yang akan mengunjungi kita, bahkan akan terlebih dahulu membuat persiapan sambutan yang selayaknya. Begitulah dengan ketibaan bulan Ramadan ini. Umat Islam yang sebenar pasti akan gembira menyambutnya, dan akan mengalu-alukan dengan membuat berbagai persediaan yang bersesuaian sebagaimana amalan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulama salafussalih ketika menyambut kedatangan tetamu mulia itu.Berikut ini dicatatkan beberapa perkara yang perlu diketahui dan diamalkan berhubung dengan bulan Sya'ban sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan yang akan menjadi tetamu kita.
1. Bergembira dan Berdoa
Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan bulan-bulan agung. Bulan Rejab disebut baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai bulan Allah, Sya'ban sebagai bulan baginda dan Ramadhan sebagai bulan umat Islam.Sabda baginda: Maksudnya: 'Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umat ku'.(AI Jami'al-Shaghir: 2-9) Salah satu daripada ketiga-tiga bulan itu, ialah bulan Sya'aban telah dinisbahkan baginda kepada diri baginda dan ini membawa pengertian bahawa keagungan bulan Sya'ban bertambah kerana ia disandarkan kepada manusia yang paling agung dan mulia. Bahkan dalam satu riwayat Nasa'i dari Aisyah disebutkan bahawa bulan Sya'ban termasuk bulan yang paling disukai Nabi. Dalam bulan ini Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, memperbanyak puasa sunat.Manakala bulan Ramadhan adalah bulan yang dinisbahkan kepada umat baginda, iaitu umat Islam, penisbahan Ramadhan kepada umat Islam adalah sebagai simbolik kepada masa dan peluang umat Islam untuk beramal dan melipat-gandakan usaha yang berkebajikan di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan al-Quran diturunkan, di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari seribu bulan dan lain-lain kelebihan lagi. Maka tujuan dari simbolik ini, umat Islam melipat-gandakan ibadah di dalamnya dan supaya menyambut ketibaannya dengan suka dan gembira, berdoa dan mengharap supaya sampai ke Ramadhan yang mulia. Sehubungan dengan kegembiraan menyambut Ramadhan ini, At-Thabrani dan lain-lain meriwayatkan dari Anas Radiallahu'Anh, bahawa Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebelum tiba bulan Ramadhan, mulai dari masuk bulan Rejab, baginda sering berdoa. Diantara doa baginda itu ialah: Maksud: 'Ya Allah berilah keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan'. Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam juga mengembirakan para sahabatnya sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan mulia ini.Perkara ini pernah diceritakan oleh Salman al-Farisi sebagaimana yang diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, bahawa apabila tiba akhir bulan Sya'ban Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberikan khutbah kepada para sahabat yang antara lain mengandungi beberapa panduan dan dorongan untuk memperbanyak amal ibadah dalam bulan Ramadhan.Panduan dan dorongan yang diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ini membuatkan para sahabat merasa gembira menyambut ketibaan bulan Ramadhan mulia ini.
2. Puasa Sunat
Salah satu kegiatan ibadah yang perlu dilakukan dalam bulan Sya'ban ialah memperbanyak puasa sunat, sama ada puasa sunat khas Sya'ban, puasa sunat lsnin dan Khamis ataupun puasa sunat kadha.Perkara ini telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagaimana hadis'Aisyah: Maksudnya : 'Daripada 'Aisyah Radiallahu 'anh, katanya : Aku tidak pernah melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyempurnakan puasa dalam satu bulan, melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihat baginda dalam mana-mana bulan lain lebih banyak berpuasa melainkan dalam bulan Sya'ban. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)'. Banyak lagi hadis-hadis yang memperkatakan bahawa puasa sunat yang paling banyak dilakukan baginda ialah dalam bulan Sya'ban. Di samping sebagai menyambut ketibaan bulan Ramadhan, baginda pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmat puasa yang dilakukan baginda dalam bulan Sya'ban. Baginda bersabda: Maksudnya: 'Bulan Syaban yang berada diantara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa'. Di antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam termasuklah puasa sunat kadha yang tidak sempat dilakukan baginda sempena sesuatu yang sudah lepas masanya.Berkata lbnu Hajar, ketika mengulas perkara ini: Ertinya: Adalah baginda Sallallahu Alaihi sallam apabila luput daripadanya mana-mana amalan sunatnya, baginda akan mengkadhanya, seperti sunat-sunat yang ada dalam sembahyang dan sembahyang malam. Begitu juga apabila masuk bulan Syaban dan baginda mempunyai baki puasa sunat yang belum dilakukan, baginda akan mengkadhanya dalam bulan Syaban itu'. Dalam perkara puasa sunat di dalam bulan Sya'ban ini, mengikut pendapat yang muktamad adalah boleh berpuasa sunat walaupun sudah pertengahan bulan Sya'ban tetapi puasanya itu bersambung dengan hari-hari sebelumnya, yakni dia telah berpuasa sunat mulai sebelum masuk pertengahan Sya'ban. Adapun berpuasa sunat sebelum masuk pertengahan bulan Sya'ban saja tidak dipertikai keharusannya.
3. Mengkadha Puasa
Wajib Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib dikadha pada bila-bila masa, tetapi bulan Sya'ban pada tahun berkenaan merupakan masa atau pcluang terakhir buat tahun itu untuk mengkadha puasa Ramadhan yang tertinggal. Maksud peluang terakhir disini ialah bagi mengelakkan membayar fidyah, kerana jika sudah masuk bulan Ramadhan kedua, sedangkan puasa Ramadhan tahun yang sebelumnya belum dikadha, maka disamping kewajipan mengkadanya, wajib pula mengeluarkan fidyahnya.Bagi sesiapa yang masih belum mengkadha puasa Ramadhan tahun lepas, eloklah mengambil kesempatan mengkadhanya pada bulan Sya'ban ini agar tidak terkena wajib membayar fidyah. Sehubungan dengan perkara wajib mengkadha puasa Ramadhan bagi wanita wanita yang sedang berhaid di bulan Ramadhan, 'Aisyah Radiallahu'anh pemah memberi keterangan kepada Mu'azah al'Adawiah yang antara lain berbunyi: Maksudnya: 'Maka kita diperintahkan mengkadhapuasa (kerana kedatangan haid) tidak disuruh mengkadha sembahyang yang tertinggal semasa kedatangan haid)'.(Hadis riwayat Muslim). Dan bagi 'Aisyah sendiri yang' tidak sunyi dari menerima tabiat semulajadi wanita itu, mengambil inisiatif mengkadha puasanya yang tertinggal di bulan Sya'ban sebagaimana dalam hadis : Maksudnya: 'Daripada 'Aisyah, katanya:Saya mempunyai puasa Ramadhan yang tertinggal, dan saya tidak berupaya menggantinya melainkan dalam bulan Sya'ban".(Hadis disepakati Bukhari dan Muslim). Dalam satu keterangan disebutkan 'Aisyah tidak berupaya mengkadha puasanya dengan segera kerana kesibukannya melayan baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebelum masuk bulan Sya'ban. Bagaimanapun apabila bulan Sya'ban muncul barulah dia berkesempatan mengkadha puasanya, kerana pada bulan (Sya'ban ini baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sudah mulai sibuk hendak menyambut bulan Ramadhan dengan berpuasa sunat. Fidyah Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana melambat-lambatkan mengkadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan berikutnya.Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya.Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya melakukan puasa.Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang dikandung atau bolch mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang baik kepada anak yang menyusu.Sesiapa tidak mengkadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk Ramadhan berikutnya tanpa 'uzur syar'i.Khusus bagi sebab yang keempat ini, maka bagi sesiapa yang telah terlanjur melambat-lambatkan kadha puasa Ramadhan, padahal ia boleh mengkadha puasanya itu dengan tiada 'uzur sehingga masuk Ramadhan lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengkadhanya sebanyak hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu hari.Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga mud begitulah seterusnya.Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum dikadha fidyahnya berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud sehinggalah dikadha dan begitulah seterusnya.Jadi bagi sesiapa yang belum mengkadha puasa Ramadhannya, eloklah mengkadhanya dalam bulan Sya'ban ini bagi mengelakkan fidyahnya berganda lagi.Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan mengkadha puasa Ramadhan,adalah wajib bertaubat tidak akan meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengkadhanya jika tidak ada 'uzur syar'i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa'uzur adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa, 'uzur, wajiblah dikadha dengan segera, dan jika dilambat lambat mengkadha nya tanpa 'uzur hukumnya adalah haram.Orang Yang Sudah MeninggalOrang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana 'uzur syar'i seperti sakit atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu 'uzur atau halangan yang dibenarkan syara'.Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengkadhanya, namun dia tidak mengkadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti puasanya dan tidak sahhukumnya,kerana puasa itu dikira ibadah peribadi yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.Berkata Imam Nawawi:Ertinya: 'Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana 'uzur syara'), kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka dia tidak wajib membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas berupaya mengkadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut Kaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya'. (Minhaj at-Thalibin: 77).Oleh : Haji Mohd. Nur Lubis bin Abdul Razak Dipetik dari: Jabatan Mufi Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri Negara Brunei Darussalam

Saturday, August 8, 2009

Thank you...




I'm very grateful to Allah and special thanks goes to all doctors, nurses, attendants and everybody who has given the kind heart to my father who was admitted from 29 July to 03 August 2009 at Raub District Hospital. He is recovering now and pregress very well, Alhamdulillah. May Allah bless all of us with good health because health is very important in our life.