Wednesday, December 30, 2009

Hati Tak Bergetar

Seorang pemimpin tidak akan berjaya menjadi pemimpin yang berkaliber sekiranya dia tidak membina dirinya dengan sifat-sifat kepimpinan.
Pemimpin itu sendiri yang mesti membentuk dirinya menjadi pemimpin. Seorang individu agak sulit untuk menjadi pemimpin sekiranya dia memiliki sifat-sifat berikut:

1. Mementingkan diri sendiri
Orang yang begini menganggap ’status lebih penting dari jenis pekerjaan’

2. Berlengah-lengah
Orang yang suka melambat-lambat atau menangguh-kan kerja, orang-orang begini akan sentiasa memberi pelbagai alasan untuk melengahkan kerja atau untuk mengambil keputusan.

3. Kebiasaan yang sukar diubati (status quo)
Orang yang berfikir bahawa kebiasaan-kebiasaan yang sukar hendak diubati adalah suatu yang biasa. Sikap mi boleh menjadi pendorong utama kepada kegagalan.

4. Mengingati kisah-kisah lalu
Mereka yang sentiasa hidup dalam kejayaan masa lalu akan tinggal dalam angan-angan untuk memperoleh kembali keadaan seperti itu semula.

Kalau anda mahu melatih diri untuk menjadi pemimpin anda mestilah:

1. Sanggup melakukan apa yang anda ingin lakukan.
Untuk melatih diri jadi pemimpin cuba tidak ter-pengaruh dengan keputusan majoriti. Orang yang suka pada keputusan majoriti biasanya akan memuaskan orang lain dan kadang-kadang terpaksa mengenepikan diri sendiri. Untuk melatih diri menjadi pemimpin anda tidak seharusnya terikat dengan keputusan pemimpin. Ada masanya idea yang ditentang oleh majoriti ada kebaikannya. Orang yang berhasrat untuk menjadi pemimpin perlu dapat melihat kebaikan dari idea yang ditentang.

2. Sanggup cuba membentuk personaliti walaupun sulit.
Orang yang ingin jadi pemimpin perlu bercita-cita tinggi untuk jadi pemimpin. Perlu memilih azam yang kuat dan mengamalkan sikap bekerja kuat. Semangat mendorong diri sendiri harus datang dari dalam diri. Dorongan begini akan menolong mengatasi perasaan takut. Orang yang mempunyai dorongan dalam diri yang kuat tidak akan takut menghadapi dugaan.

3. Pengetahuan
Seorang pemimpin sebaik-baiknya mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam dalam bidang yang diceburinya. Pengetahuan yang luas boleh membantunya membuat keputusan yang bijak dan pertimbangan yang wajar.
4. Kemampuan untuk merancang
Kemampuan merancang projek pembantu bawahan adalah modal yang penting untuk mendapat pengikut. Keupayaan merancang juga menggambarkan kewibawaan dan daya mengawal pengikut sehingga pengikut dapat menurut arahan kita secara sukarela. Pemimpin yang baik mengutamakan ciri yang baik yang ada dalam diri pengikutnya, tidak berat sebelah dan membuka peluang orang bawahan menyampaikan pendapat dan pandangan.

5. Daya imaginasi
Seorang yang ingin menjadi pemimpin perlu mempunyai daya imaginasi yang positif dan membina. Ia harus mampu menjadi pelopor, penyelidik, pencipta dan jaguh. Daya imaginasi yang baik akan membolehkan seseorang menyelesaikan masalah secara paling baik dan paling efektif. Daya imaginatif dapat dipupuk dengan banyak membaca, mendengar dan menimba pengalaman peribadi yang baru dengan positif tidak menolak idea yang dikemukakan secara terburu-buru walaupun ia kelihatan kurang sesuai ketika itu, tetapi mungkin berguna pada masa hadapan.

6. Kuasa pemutus
Setiap sesuatu keputusan yang diambil itu haruslah berasaskan sumber pengetahuan yang boleh dipercayai. Keputusan perlu dibuat tanpa emosi. Keputusan itu mestilah keputusan yang terbaik dirasakan oleh pemimpin walaupun ada pendapat yang mengatakan keputusan itu kurang baik. Membuat keputusan memerlukan ketegasan, keyakinan dan keberanian dari dalam diri. Proses utama membentuk personaliti pemimpin ialah pengetahuan, kebijaksanaan, keadilan, kemuliaan, keakuan dan terhasillah kepimpinan agung. Pemimpin-pemimpin agung akan menilai sesuatu dalam kehidupannya secara paling agung. Misalnya seorang ahli falsafah agung, Earl Nightingale telah mengemukakan beberapa perkara paling agung dalam kehidupan:

i. Hari paling agung ialah: Hari ini.
ii. Permainan terbaik ialah: Bekerja.
iii. Kekeliruan terbesar ialah: Kehidupan.
iv. Keanehan teragung ialah: Kematian.
v. Pekerjaan terbaik ialah: Pekerjaan yang anda sukai.
vi. Kesilapan terbesar: Putus asa.
vii. Sifat yang paling hina: Keangkuhan.
viii. Keperluan teragung: Akal budi.
ix. Orang yang paling berbahaya: Pendusta atau penipu.
x. Bandar terbaik: Tempat di mana anda memperoleh kejayaan.
xi.Ciptaan paling menakutkan: Peperangan.
xii. Orang paling tidak peramah: Pengeluh.
xiii. Guru terbaik: Seseorang yang mendorong semangat ingin belajar untuk anda.
xiv. Kegagalan paling buruk: Jiwa yang kehilangan semangat.
xv. Perkara paling mudah, murah dan bodoh dilakukan ialah: Mencari kesalahan.
xvi. Orang paling bijak: Seseorang yang selalu membuat apa yang difikirkan betul.
xvii. Orang paling menjemukan: Orang yang terus bercakap walaupun sudah menyatakan pendiriannya.
xviii. Teman paling digemari: Seseorang yang tetap menerima anda seadanya.
xix. Perasaan paling keji: Iri hati pada kejayaan orang lain.
xx. Pengalaman paling memuaskan: Menjalankan kewajipan anda terlebih dahulu.
xxi. Tindakan terbaik: Ketenangan fikiran dan adil dalam pertimbangan.
xxii. Keberkatan paling baik: Kesihatan yang baik.
xxiii. Hukum salam teragung: Sebab dan akibat.
xxiv. Perjudian paling besar: Menganggap harapan sebagai kenyataan.
xxv. Perkara paling mesti dimiliki dalam hidup: Rasa diperlukan.
xxvi. Peluang yang terbaik: Ialah yang satu lagi.
xxvii. Kemenangan terbesar: Kemenangan atas diri anda sendiri.
xxviii. Kecacatan terbesar: Mementingkan diri sendiri.
xxix. Kehilangan terbesar: Hilangnya keyakinan pada diri sendiri.
xxx. Kerugian terbesar: Kebolehan dan bakat yang tidak digunakan sepenuhnya.
xxxi. Perkara-perkara teragung: Cinta kepada keluarga, rumah tangga, kawan-kawan, jiran dan tanah air yang memberikan kebebasan.

Kesilapan paling membodohkan:
1. Tidak mahu membetulkan kesalahan yang telah dibuat semalam.
2. Beranggapan semua orang yang telah berjaya mempunyai bakat istimewa.
3. Tidak mempunyai semangat untuk menukar fikiran.
4. Mengharapkan nasibnya berubah.
5. Mengatakan ini tidak boleh dilakukan.
6. Membelanjakan wang untuk perhiasan yang tidak berharga.
7. Memikirkan yang dia boleh hidup tanpa Tuhan.

Kecelakaan paling agung dalam kehidupan:
1. Tidak mempunyai dorongan diri untuk berjaya.
2. Tiada matlamat hidup yang nyata.
3. Sikap dan pemikiran yang negatif.
4. Mempunyai gambaran diri sendiri yang sangat negatif.
5. Takut menghadapi kegagalan dan kritikan.
6. Berserah sepenuhnya kepada takdir.

Kerana dan akibat:
1. Kerana dirimu tidak matang, anda dihina.
2. Kerana dirimu lembut, anda dibakar
Oleh itu, jadilah seperti batu, jadilah intan, sebab orang yang berjuang gigih dan berpegang teguh, alam ini akan bercahaya untuknya. Dan apabila kita sudah sanggup mengambil kepastian dan tidak dipengaruhi oleh angan-angan maka akan dapat mengendalikan fikiran.
Sepuluh petua untuk meningkatkan kejayaan:
1. Berusaha untuk mempelajari segala-gala pengetahuan yang baik.
2. Bersedia mendengar dan menerima kebenaran tentang diri anda.
3. Bersedia memikul tanggungjawab sepenuhnya tentang kejayaan dan kegagalan kita.
4. Bersedia bekerja sekurang-kurangnya 60 jam seminggu.
5. Bersedia menghadapi masalah dan mencari penyelesaian.
6. Menolak jalan mudah dan mencari jalan singkat.
7. Tidak terlibat dalam hal-hal yang remeh-temeh atau keji.
8. Berterus-teranglah terhadap perhubungan kita dengan orang lain.
9. Menyerahkan jiwa raga tanpa memikirkan balasannya.
10. Yakin yang tujuan anda benar dan membawa nilai yang besar bagi orang yang menerimanya.

INGATLAH orang yang tahu ialah orang yang tahu apabila dia tahu apabila dia tidak tahu dan…

SEDARLAH kadangkala nasib kita seperti bola, ditendang ke sana, ditendang ke sini. Walau bagaimanapun, bola inilah yang akhirnya ke jaring gol.
Anda boleh jika:
1. Jika anda fikir anda telah kalah sebelum berjuang, pastilah anda akan kalah.
2. Jika anda fikir anda tidak berani, memanglah anda seorang pengecut.
3. Jika anda fikir anda mencapai kemenangan tetapi tidak berdaya melakukannya, itu petanda yang anda telah hampir pada kegagalan.
4. Jika anda fikir yang anda akan tewas, sememangnyalah anda akan tewas.
5. Jika anda fikir anda akan diperbudak-budakkan demikianlah akan terjadi.
6. Jika anda berfikiran jauh untuk mencapai kedudukan tinggi, anda harus mempunyai keyakinan diri sebelum mahu mengecap sebarang kejayaan.
7. Perjuangan hidup ini bukan hanya terletak pada kekuatan dan kepantasan sahaja, tetapi pada hakikatnya manusia yang berjaya adalah mereka yang berfikiran `BOLEH’ melakukan apa yang dicita-citakannya – anda sepatutnya begitu. Dipinjam dari:

Sunday, December 27, 2009

Strategi Melakarkan Perubahan


Umat islam baru sahaja menyambut maal hijrah...hari ini genap sepuluh hari kita yang duduk di dalam sinaran iman melalui bulan muharram ini. Jika kita menyingkap sejarah, banyak peristiwa-peristiwa penting sejarah islam yang berlaku di dalam bulan ini. Kita perlu mengambil iktibar dari semua peristiwa itu untuk melalui hari-hari yang baru ini agar ianya memberikan kita motivasi yang tinggi untuk terus menambah iman dan taqwa kita kepada Allah s.w.t.

Pernahkah kita berazam untuk melakukan sesuatu yang baik atau meninggalkan sesuatu yang tidak baik tetapi akhirnya azam tinggal azam. Islam ada menggariskan banyak panduan bagaimana kita boleh kekal istiqamah dalam usaha kita. Salah satu strategi yang dianjurkan kepada kita ialah dengan mengambil langkah pertama selama 40 hari untuk sentiasa mengikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t. InsyaAllah kita akan mendapat istiqamah dari Allah untuk kita meneruskan usaha amal yang ingin kita laksanakan itu. Amin.

Saturday, December 5, 2009

Malim Nawar-Sungai Tengi-Batang Kali

Gambar Hiasan....gambar masjid baru di tepi sungai di tengah Bandar DiRaja Kelang, diambil dari bilik hotel semasa berkursus.
Hari ini menghadiri 3 majlis perkahwinan. Alhamdulillah, syukur kepada Allah, segalanya dipermudahkan cuma tersesat sikit-sikit tu biasalah kerana pergi ke tempat yang pertama kali kita pergi sebab peta dalam kad kahwintu tidak begitu detail. Walaupun jarak ketiga-tiga tempat agak jauh tetapi segalanya berjalan seperti yang dirancang. Saya merancang, Allah merancang tetapi perancangan Allah itulah yang lebih baik. Sebelum memulakan perjalanan saya solat sunat duha terlebih dahulu, serta memohon kepada Allah dipermudahkan urusan saya serta diredhainya aktiviti saya menghadiri semua majlis tersebut seterusnya diterima menjadi ibadah kepadaNya, Ameen...
Di ketiga-tiga majlis tersebut saya mempelajari beberapa perkara tentang persamaan dan perbezaan dari sudut adat resam, budaya, norma, persekitaran fizikal dan kekeluargaan. Persamaan yang jelas dan nyata ialah ketiga-tiga pasangan pengantin kelihatan begitu ceria dan gembira dihari bahagia mereka. Perbezaan adalah dari cara mereka berpakaian, makanan yang dihidangkan, cara percakapan dan banyak lagi.
Itulah keindahan yang Allah ciptakan di dunia ini iaitu kepelbagaian. Bayangkan sahaja sekiranya semuanya sama, mungkin saya tidak akan menghadiri ketiga-tiga majlis tersebut sebab saya sudah mengetahuinya dari majlis pertama yang saya hadiri. Dari perbezaan yang Allah ciptakan itu saya dapat berkenal-kenalan dengan orangnya, budayanya, persekitaran fizikalnya dan bermacam lagi. Namun begitu dalam perbezaan saya masih boleh melihat persamaan. Titik persamaan itulah yang perlu kita cari supaya perbezaan yang ada tidak membuatkan kita mendabik dada.
Namun orang Barat suka sangat pada konsep "Dare to be different". Contohnya apabila semua negara kuasa besar telah bersetuju dengan sesutu isu, tiba-tiba Amerika menggunakan kuasa vetonya dengan memberi pemikiran yang berbeza tentang isu tersebut sedangkan dia tahu perbezaan pendapat itu boleh menimbulkan beberapa masalah tetapi sengaja tidak mahu mencari persamaan, konon dare to be different....
Akhirnya saya mendoakan semua pasangan pengantin yang majlis mereka saya hadiri agar mendapat kebahagian di dunia dan di akhirat dan juga saya mengucapkan tahniah dan syabas kerana anda semua sedang berusaha melengkapkan sebahagian dari agama kamu. Lengkapkanlah dengan sempurna kerana kamu sudah diberi peluang untuk melakukannya. Jangan kerana perkahwinan kamu semua leka, sebok dengan anak-anak dan segala urusan lalu misi melengkapkan sebahagian dari agama itu tinggal menjadi konsep sahaja di dalam kehidupan perkahwinan kamu.

Friday, December 4, 2009

Musim Kenduri Kendara

Kisah ini saya petik dari blog:
Saya tertarik dengan kisah di sebalik cinta orang biasa lalu saya pastekan di sini.
Ass Wr Wb, Semoga bermanfaat...... baik utk yang melamar ataupun yg dilamar, ataupun bagi yang sudah berumah tangga......Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ...... Kerana Dia Manusia Biasa .. Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.
Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan.
Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya.
That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur."Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini. "Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur.""Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu.
Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.."Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati."Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya.
Begini isi surat itu:
Kepada Yth ......... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik sayaAssalamu'alaikum Wr WbMohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.
Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ................ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa.
Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.
Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan..
Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa.. Cinta saya juga biasa saja.Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.
Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah.
Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini.
Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb.
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan."Kenapa kamu memilih dia.......?""Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.""Maksudnya?""Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin."Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing."Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya."Gik.....?" "Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.Maka semua menjadi indah.Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.Jadi, bagaimana dengan cinta? Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam

Wednesday, December 2, 2009

Kita Yang Mana...

Kata As Syahid Syed Hassan Al Bana, manusia ini ibarat sedang berada di dalam rumah yang terbakar.
  • Ada segolongan yang sedar rumah terbakar dan cuba keluar untuk mBulleted Listenyelamatkan diri dari bahang panas api kebakaran.
Ada segolongan lagi yang sedar rumah sedang terbakar, cuba keluar untuk menyelamatkan diri dan juga cuba menyelamatkan orang lain, mengejutkan orang lain yang sedang lena tidur supaya bangun untuk sama-sama keluar dari rumah tersebut.
Ada segolongan lagi yang tidak sedar rumah sedang terbakar, tidur dengan lena sekali sehingga tidak mengetahui apa yang sedang berlaku.
Golongan yang pertama ialah golongan yang berbuat kebaikan tetapi hanya untuk dirinya sendiri sahaja. Golongan yang kedua ialah golongan yang selain membuat kebaikan untuk dirinya sendiri juga golongan yang keluar ke medan dakwah bagi mengajak orang lain sama-sama berbuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran. Sementara golongan yang ketiga ialah golongan yang langsung tidak mengetahui apakah matlamat hidup di atas muka bumi ini. Marilah kita sama-sama bertanya serta menyemak semula diri kita; kita berada di dalam golongan mana?