Thursday, September 23, 2010

Pagi Tadi...

Pagi tadi...
Semasa saya bersedia ke tempat kerja saya terdengar ceramah dari Ustaz Zahazan tentang orang yang mengambil amanah tetapi tidak menjalankan amanah itu dengan sempurna akan ditanya Allah nanti tentang amanahnya. Peristiwa itu digambarkan oleh Allah semasa Nabi Muhammad melakukan israk dan mikraj. Baginda terlihat orang yang memikul kayu api dan kayu api itu digunakan untuk membakar dirinya sendiri akibat tidak menjalankan amanah sebagaimana yang diamanahkan.
Pagi tadi...
Semasa saya dalam perjalanan ke sekolah saya mendengar cd lagu Maher Zain Track ke-10 (tak silap saya) tentang dia mengajak kita membuka hati kita untuk melihat bertapa kebesaran Allah dan Maha Agung ciptaanNya seperti, matahari, bulan, bintang dan segala planet yang mengorbit mengikut track perjalanan masing-masing...bertapa agung ciptaan Allah.
Pagi tadi...
Semasa saya di dalam office seorang salesman datang kepada saya menjual buku Bahasa Inggeris yang disusun dalam bentuk volume yang dikeluarkan 2 bulan sekali. Bukan saya hendak berceritakan berkenaan bukunya yang informatif itu tetapi berkenaan salesmannya itu seorang bukan beragama Islam memuji Nabi Muhammad dengan 10 ciri yang patut diikuti oleh semua orang bukan sahaja orang Islam kerana ciri-ciri yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Dari dia saya dapat berkongsi ilmu.

Tuesday, September 21, 2010

PPDHS

Bukan saya hendak mendedahkan keburukan orang lain cuma hendak membela diri.

Ini kali kedua PPDHS menganiaya orang seperti saya. Pertama pada tahun 2004 yang lalu kedua pada tahun 2010. Sebagai orang teraniaya saya hanya mampu menadah tangan memohon pertolongan dari Allah supaya merahmati saya dan memberkati hidup saya dunia dan akhirat.
Ya Allah, kurniakan hambaMu ini rezeki yang halal dari tumpahan keringatku bukan dari tumpahan keringat orang lain. Ya Allah limpahi hidupku dengan taufik dan hidayahMu dan jangan Engkau letakkan walau sebesar zarah kecintaanku terhadap dunia yang bersifat sementara ini. Ya Allah jauhilah aku dari kejahatan syaitan, jin dan manusia. Ya Allah hanya padaMu aku mohon pertolongan dan hanya padaMu aku mohon petunjuk yang benar dan hanya padaMu aku serahkan segala urusan yang tidak mampu aku lakukan. Amin Ya Rabbal Alamin.

Monday, September 20, 2010

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN FROM PENGKALAN KUBOR WITH THE BLESSINGS

SELAMAT HARI RAYA PERTAMA EIDUL FITRI SEMOGA DIBERKATI ALLAH KEHIDUPAN INI DI BAWAH RAHMAT DAN KASIH SAYANGNYA YANG KEKAL ABADI...AMEEN.
(From left to right: Abdul Fatah(shy and quiet boy); Saadah Kamaliah(sweet); Abdul Muhaimin (happy go lucky); Abah; Mama; Hasbullah (); Rabiatul Adawiyah (caring); Muthana (squatting).

Wednesday, September 8, 2010

Ramadhan Kareem....Allahu Akram

Hanya sehari lagi umat islam akan menyelesaikan rukun islam ke-3 pada tahun 1431H ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang dahulu dan semoga bertemu lagi Ramadhan yang akan datang, InsyaAllah...Ameen.

Acap...

Cucu yang jauh di mata dekat di hati...

Tum tum mukut,
Mukut dalam cupak.
Mana tikus menyorok?
Menyorok celah ketiak...

Biasanya akhir sekali kita akan geletek sikit ketiak kanak-kanak tersebut menyebabkan mereka tertawa disebabkan geli...begitulah teknik tradisional bergurau dengan kanak-kanak...seronok!

Friday, September 3, 2010

Kenapa Perlu Melurus dan Merapatkan Saf

1- Meluruskan saf adalah sebahagian daripada kesempurnaan solat.

1-1 Hadisth Riwayat Muslim menerangkan saf yang paling afdal ialah saf yang rapat dan lurus
1.2 Hadith Riwayat Muslim juga menyatakan "Ratakanlah olehmu saf-saf itu dan jangan kamu berselisih
(sebahagian ke hadapan dan sebahagian ke belakang) dan jangan juga ada hati-hati yang berselisih.

1.3 Abu Daud juga ada menyatakan di dalam riwayat hadithnya " Janganlah engkau semua membiarkan saf
kamu berselisih dan hati kamu berselisih.

2- Saf patut dirapatkan sepanjang solat dikerjakan. Jangan waktu awal sahaja saf rapat dan lurus tetapi diakhir solat menjadi renggang dan tidak lurus.

3- Tiada langkah yang paling dekat selain daripada langkah untuk merapatkan saf.

4- Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan sebahagian antara kamu.

5- Kemenangan di dalam perang adalah hasil daripada latihan yang diperolehi di dalam solat umpamanya meluruskan dan merapatkan saf.

6- Semasa di dalam solat ikutilah pergerakan imam dengan betul dan jangan ketinggalan begitu jauh perbuatan fi'li dan qauli. Apabila imam bertakbiratulihram kamupun bertakbiratulihram, apabila imam membaca maka kamu diam dan mendengarkan bacaannya, apabila imam rukuk kamu hendaklah rukuk, apabila imam sujud hendaklah kamu sujud. Latihan ini dapat mendisiplinkan umat islam semasa melakukan aktiviti lain pula.


Wednesday, September 1, 2010

Pengajaran Daripada Ramadhan Yang Kian Menghilang...





Ramadhan 1431H ini memberi saya kesempatan menunaikan solat terawikh dibanyak tempat. Di tempat sendiri iaitu di rumah, di surau dan di masjid, di surau MRSM Pengkalan Hulu, Perak DR, di surau Pengkalan Kubor, Kelantan DN, di rumah ayah di kampung DSDRP. Dari semua lokasi yang dijejaki-ramai lagi yang tidak faham maksud sebenar meluruskan dan merapatkan saf. Perkara yang simple kalau dipraktikkan dengan betul akan diberkati solat berjemaah itu tetapi ramai yang tidak memahaminya atau sengaja tidak mahu ambil peduli kerana sikap kita memang begitu iaitu kurang mahu bersatu padu dan kurang mahu lurus dalam segala pekerjaan. Maka tinggallah saf dalam keadaan individunya terpisah antara satu sama lain sedangkan yang hendak dijadikan ibadah itu solat berjemaahnya. Kalau mahu solat berjarak solat aja di rumah tak menyusahkan jemaah lain. Atau kalau kita memang jenis buat apa jua pekerjaan bengkang bengkok buat aja sendiri-sendiri. Saya menyeru diri saya sendiri dan para jemaah lain supaya bersatu hati dan lurus dalam apa jua pekerjaan supaya ianya menjadi ibadah dan diberkati...Amin.
Walau bagaimanapun saya hendak mengucapkan tahniah kepada anak-anak di MRSM; mereka faham erti merapat dan meluruskan saf di dalam barisan solat berjemaah. Agar mereka ini nanti pulang ke kampung masing-masing dapat menjelaskan kepada ibu-bapa, jiran-jiran, kawan-kawan dan sesiapa jua kepentingan meluruskan dan merapatkan saf dalam solat berjemaah.