Wednesday, December 29, 2010

Syukurku...

Apa iktibar yang boleh diambil dari pokok betik ini? Pokok betik ini kekurangan daun...syukur walau dalam keadaan kekurangan kerana ramai lagi orang yang jauh kurangnya dari kita.
Alhamdulillah, syukurku kerana telah banyak tugas di sekolah telah dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyiapkan buku pengurusan, pelan strategik dan mengendalikan mesyuarat kurikulum.
SEBAGAI PERINGATAN:
Perancangan untuk tiga tahun berikutnya ialah:
1-Memantapkan SAP-HEADCOUNT untuk membantu pelajar
2-Memantapkan LADAP untuk menyemarakkan semangat (memotivasikan) guru mengajar
3-Mengenali latar kehidupan pelajar melalui PERSONALITY TEST DAN TALENT TEST
4-Melaksanakan program INTERVENSI
5-Memantapkan proses PENYELIAAN bagi membantu guru melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan

Tuesday, December 14, 2010

SEIRI...SEITON...SEISO...SEIKETSU...SHITSUKE

Salah satu aktiviti atau konsep yang patut kita perkenalkan pada ahli keluarga di dalam rumah atau di tempat kerja

SEIRI/SISIH/SORT
Mengasing atau membuang barang-barang yang tidak diperlukan di rumah atau tempat kerja secara sistematik.

SEITON/SUSUN/SET IN ORDER
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan (Tempat untuk semua dan semua berada di tempatnya)

SEISO/SAPU/SHINE
Membersih dan memeriksa bahagian di dalam rumah atau di tempat kerja secara berkala supaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai dan peralatan.

SEIKETSU/SERAGAM/STANDARDISE
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan dalam rumah atau di tempat kerja dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.

SHITSUKE/SENTIASA AMAL/SUSTAIN
Shitsuke denotes a commitment to maintaining the practices of the first four S steps. It is the commitment not just to 5S methodology, but to a process of continual improvement known as kaizen. 5S can only be effective if it is a continual daily process by which all work is conducted. All strategies and methods fail without commitment.
Reinforcing and maintaining the four steps through shitsuke sustains positive growth and increased safety and efficiency.

Thursday, December 9, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Gambar kapal di sebelah ini bukanlah gambar Kapal Van Der Wijck. Ia adalah gambar kapal construction di Tambak Johor yang sedang menjalankan aktivitinya di sana dan gambar ini saya ambil semasa saya menginap di M-Suite berhadapan dengan Tambak Johor.
Entri kali ini saya cuma memetik beberapa perenggan dari novel Pak Hamka Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck untuk ketenangan jiwa dan minda saya sendiri dan sekiranya ada pembaca yang sudi berkongsi, apa salahnya. Buku yang mengupas tentang persoalan cinta yang dianugerahkan Allah kepada makhluk-Nya.
....."Kalau ada kepercayaanmu demikian. Maka Tuhan tidaklah menyia-nyiakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, ingat dia sewaktu kita senang, supaya Dia ingat pula kepada kita di waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap, jangan takut menghadapi cinta. Ketahuilah Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pula yang menjadikan hati dan memberikannya cinta. Jika hati kau diberi-Nya nikmat pula dengan cinta sebagaimana hatiku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut Tuhan kembali. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimkan-Nya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang gersang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. tetapi jika ia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi"
Memulakan pembacaan di PH dan menamatkanya di BJ ( 1- 3 Muharram 1432)

Friday, December 3, 2010

Matapelajaran Sivik Tahun Depan...

Antara objektif matapelajaran sivik diperkenalkan di sekolah ialah:

1-Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.


2-Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warga negara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.


3-Objektif Kemahiran:
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Semua objektif yang dikemukakan ini adalah sangat baik dan jika guru-guru boleh mendidik semua pelajar supaya lebih berfikiran sivik (civic mindedness) dengan menekankan perkara-perkara yang penting berlaku setiap hari seperti sikap suka kepada kebersihan, sikap tidak mementingkan diri sendiri, sikap berhemah di jalanraya, sikap sayang kepada harta awam, sikap parking dengan teratur, sikap suka berbaris dan sebagainya. Tetapi perkara ini telah menjadis kudis dalam negara kita kerana sikap orang-orang yang tidak mempunyai pemikiran sivik, suka-suka hati buang sampah, suka-suka hati di atas jalanraya, suka-suka hati potong queue, suka-suka hati parking dan pelbagai suka hati lagi....Alangkah mulianya guru-guru sekiranya boleh mengubah sikap pelajar-pelajar kita agar mereka tidak mewarisi penyakit kudis yang sudah menular di dalam negara kita ini. Alangkah indahnya masyarakat dan negara kita jika kita hidup dalam keadaan tenang, bersih, sopan, aman, damai....pastinya bahagia dunia dan akhirat.