Wednesday, January 26, 2011

Peringatan buat diriku yang lupa

(Gambar di sebelah ialah gambar masjid sultan di Singapore)

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.




Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Monday, January 24, 2011

Perjalanan pulang ke rumah yang melegakan...



Rambutan merupakan salah satu jenis buah-buahan yang sangat saya gemari. Selain dari rasanya yang sangat manis dan enak, rambutan mempunyai banyak pengajaran....


Apabila sampai di rumah dan parking di hadapan rumah saya menoleh ke arah pokok rambutan saya yang berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun. Ia mengingatkan saya jarak waktu tersebut juga merupakan jarak waktu saya menetap di rumah saya. Saya seronok makan dan berkongsi rasa dengan jiran-jiran.
Pengajaran kedua ialah sering kali buah rambutan ini menjadi sasaran perbuatan mencuri budak-budak nakal yang lalu di hadapan rumah saya. Saya tak marah cuma saya mendoakan mereka bahawa jika mereka makan buah rambutan saya, saya mendokan berkat buah rambutan itu kenakalan mereka berkurangan atau terhapus terus dan mereka akan mendapat hidayah dan taufik serta bertaubat bersebabnya dengan izin Allah.
Pengajaran ketiga...rambutan adalah sebahagian kurniaan Allah, saya patut mensyukurinya. Kalau ianya hilang dicuri, biarkanlah kerana orang yang mencuri mungkin belum mendapat hidayah dan taufik oleh itu mereka sangat memerlukannya.

Begitulah saya mengambil pengajaran dari buah rambutan untuk melegakan keputusan yang saya ambil. Saya tidak menyesalinya kerana hikmah yang saya pelajari dari buah rambutan dan semoga Allah memberi saya kekuatan walau dalam apa jua keadaan yang saya hadapi kerana siapalah saya tanpa pertolonganNya.
Kepada Allah aku memohon keampunan dan perlindungan dan kepada mereka yang pernah ku jajah pemikirannya, aku mohon kemaafan atas segala kesilapan; kerana bukan niatku menjajah pemikiran tuan-tuan dan puan-puan. Kerana niatku hanyalah satu! iaitu mengadabkan insan untuk mengenal siapa Pencipta kita.
Dialah Tuhan penegak langit dan bumi serta segala isi di dalamnya dan Dialah Allahu Rabbi, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya, Dialah Tuhan Pemberi cahaya di langit dan di bumi serta segala isi di dalamnya. Moga kita kelak kembali menemuinya dalam keadaan dia redha kepada kita Amin............I rest my case.

Wednesday, January 5, 2011

Guru kita...

Alat ini digunakan untuk membersihkan dan mengasingkan padi daripada sampah sarap yang terkumpul semasa padi dituai di sawah. Cara manual yang digunakan oleh petani di zaman dahulu. Sekarang sudah ada mesin penuai yang siap mengasingkan kekotoran tersebut.

Saya sebenarnya nak menulis tentang pemerhatian saya terhadap kerjaya yang saya ceburi ini dan bukan kerjaya petani seperti di dalam intro di atas. Apabila saya bertukar-tukar pendapat dengan seorang kawan dari New Zealand; beliau mengatakan guru dipandang tinggi di New Zealand dan gaji guru di sana sangat tinggi dan kerjaya ini sangat high profil. Dengan rakan dari Australia pula kerjaya guru memerlukan sekurang-kurangnya master degree walaupun guru tersebut berada di primary school. Semasa saya mendengar taklimat dari wakil sebuah sekolah di Singapura; guru-guru mereka diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti master degree atau PHD degree dengan cara membawa masuk pensyarah dari Universiti di seluruh dunia semasa cuti sekolah dan mengajar guru-guru tersebut waktu cuti sekolah. Masa cuti bagi guru-guru tersebut dipenuhi dengan program menambah khazanah ilmu di dalam diri mereka. Tujuannya supaya guru-guru lebih berfikiran luas kerana yang mereka hendak didik itu adalah "future leaders", menurut pandangan mereka.

Semua input dari rakan-rakan luar saya itu membuat saya teruja sekiranya perkara yang sama dapat berlaku di dalam kalangan guru kita. Saya masih ingat semasa saya belajar di peringkat master, ada rakan-rakan yang terpaksa bergaduh dengan pengetua kerana hendak pergi menuntut ilmu pada hari Sabtu. Saya pernah menasihatkan Penolong Kanan saya supaya memberi kelonggaran kepada penuntut-penuntut ilmu kerana darjat orang menuntut ilmu ini tinggi di sisi Allah. Di sisi Allah dia tinggi apalagi di sisi kita. Sudah bertahun NUTP memperjuangkan supaya tangga gaji guru yang mempunyai master di naikkan tetapi hingga sekarang, cadangan tinggal cadangan. Bukan saya bermaksud mengatakan ilmu itu boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kita nak menggambarkan bertapa pentingnya ilmu itu dan motivasi perlu diberikan dalam apa jua bentuk bagi menggalakkan guru-guru mencintai ilmu pengetahuan. Di samping itu orang yang menuntut ilmu ini tergolong dalam fisabilillah dan berhak mendapat wang zakat menggambarkan bertapa sukarnya seseorang yang menuntut ilmu dan bertapa mulianya juga menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Duduk dalam majlis ilmu juga digambarkan oleh Rasulullah sebagai duduk di dalam salah satu taman di antara taman-taman syurga, mengapa kita tidak berusaha mengambil peluang itu atau sekurang-kurangnya memberi laluan mudah kepada orang-orang yang hendak menuntut ilmu.

Saya tak pasti kalau pandangan saya ini tepat tetapi kalau diperhatikan guru-guru kita ini hanya ramai mengupgradekan dari segi kenderaan, rumah kediaman dan pakaian. Sistem yang ada membentuk mereka jadi demikian. Tak salah mengupgrade perkara-perkara tersebut tetapi ilmu pengetahuan juga perlu diberi keutamaan untuk diupgrade. Pihak yang mempunyai authority pula perlu memikirkan bagaimana caranya membantu guru-guru ini mengupgradekan ilmu pengetahuan mereka. Mungkin salah satunya memberi recognition kepada guru-guru yang mempunyai master dan PHD tanpa membiarkan ilmu yang ada itu tidak digunakan. Selain itu menyediakan ruang mereka mencurahkan kembali ilmu yang ada, contohnya syarat sekolah kluster ialah guru-gurunya mesti ada master atau PHD. Contoh lain, syarat menjadi Pengetua mestilah mempunyai PHD dan sebagainya. Wallahualam...sekadar pandangan dan tidak berniat menyentuh mana-mana peribadi.

Tuesday, January 4, 2011

A Call From Mr. Hasreen...

Saja tulis kat sini supaya ingat bila Hasreen buat panggilan berkenaan beberapa maklumat. Terima kasih banyak buat En. Hasreen kerana sangat perihatin dan penuh rasa tanggungjawab.
Itulah rasanya lebih senang berbuat baik kepada orang daripada berbuat tak baik kepada orang. Mengapa saya cakap begitu?
Pertama:
Bila kita berbuat baik kepada orang lain, memang Allah dan RasulNya suka kepada kita-ia merupakan sunatullah.
Kedua
Kehidupan kita sendiri rasa tenang dan bahagia sebab tak susah-susah nak fikirkan macamana nak buat tak baik kat orang lain.
Ketiga
Bila buat baik kat orang lain kita tak rugi satu senpun tapi kalau kita buat tak baik kat orang lain banyak perkara yang kita rugi, wang ringgit, tenaga, masa-maklum bila kita asyik memikirkan bagaimana nak buat tak baik, banyak penyakit yang akan datang bila banyak penyakit banyaklah duit yang keluar-berbuat baik sebaliknya adalah merupakan terapi kesihatan kepada kita malah memanjangkan umur dan kehidupan kita bertambah berkat lagi, insyaAllah.
Keempat
Bila kita buat baik orang juga akan suka dan sayang kat kita..itu fitrah manusia, jadi mengapa melanggar fitrah itu. Malaikatpun suka, bila dia suka dia akan catat yang baik-baik sahaja buat kita.
Banyak lagi kebaikan yang kita akan dapat, ini hanya beberapa kebaikan yang saya catatkan. Saya menyeru diri saya dan semua manusia supaya berbuat baik dan jauhkan kemungkaran supaya Allah redha dan sayangkan kita. Kalau kita tak dapat redha Allah, susah kita dunia dan akhirat, nauzubillahiminzalik.

A letter from Kak Farah...

Between You and Nurfarah Lo
Nurfarah Lo December 31, 2010 at 11:40pm Report

Assalamualaikum.Semoga sahabatku sihat walafiat dan dalam lindungan Allah selalu. Mohon maaf for the late reply. Meskipun jarang berhubung, namun akak tetap mengikuti perkembangan Syida.. melalui FB of course! haha! Wonder where you are.. TM @ PH? Wherever you are, I could see that you're very happy and contented with your life right now. Glad for you... you do deserve it.
So tahun depan mengajar di mana? Stay put in SMKAP @ ikut abang ke PH? Regarding pertanyaan Syida tentang IPG, you can always call up Bahagian Sumber Manusia, KPM @ IPGM at Cyberjaya. Di sesetengah IPG, ada walk in interview. Itu pun kalau kita tahu IPG mana yang ada kekosongan.
Kalau akak jadi Syida, rasanya akak akan stay di sekolah .. mohon untuk jadi guru pakar. Kerja di IPG agak stressful, esp now that the working hour is from 8-5. Meskipun waktu mengajar kurang berbanding di sekolah, tapi kerja remeh-temah + mesyuarat bertimbun-timbun.. but that of course depends on what sort of teacher/lecturer we aim to be. Anyway, let me not deter ... Whatever it is, the decision is still yours.
Till then, may I be the first to wish you "Happy New Year 2011" and also not fogetting.. "HAPPY BIRTHDAY!!" My regards to Cikgu Pa.. bila nak perkenalkan ye?

Saturday, January 1, 2011

TERIMA KASIH SEMUA...

Salam...
Kepada semua sahabat-sahabat, rakan-rakan dan kaum keluarga yang telah mendoakan saya pada hari lahir saya ini; saya mengucapkan jutaan terima kasih dan saya juga berdoa semoga Allah sentiasa memberkati kehidupan kita semua sama ada di dunia dan juga di negeri sana.
Juga kepada suami tersayang dan anak-anak...terima kasih kasih yang tak terhingga juga kerana memberikan kebahagian buat diri ini...Kepada Allah aku bersujud syukur di atas rahmat dan kasih sayangNya.
This is dedicated to all...
MAY YOUR WISHES BLOOM LIKE FLOWERS IN SPRING
MAY YOUR LIFE SHINE LIKE A SUMMER SUN
MAY HEALTH AND WEALTH SHOWER IN YOUR LIFE LIKE WINTER SNOW
AND ALL YOUR WORRIES DROP LIKE AUTUMN LEAVES
MAY THE LOVE OF ALLAH AND HIS BLESSING BE FOREVER WITH US...AMIN