Saturday, April 30, 2011

Mengimbau pada satu detik kenangan, lalu aku terpujuk dengan janji Allah

Dalam bersendirian aku duduk merenung kekalutan dan kerakusan jiwa-jiwa yang hancur dimamah cinta dunia. Inilah penyakit yang disebut oleh Rasulullah penyakit yang paling merbahaya melebihi tahap bahayanya kanser, kanser dan kanser yang melanda manusia akhir zaman. Kerana cinta dunia manusia hilang harga diri, kerana cinta dunia manusia hilang pertimbangan, kerana cinta dunia manusia hilang peradaban, kerana cinta dunia manusia hilang budi dan bahasa, kerana cinta dunia manusia hilang ukhuwah yang dibina sekian lama, kerana cinta dunia manusia hilang rasa hormat kepada orang lain, kerana cinta dunia manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri. Kerana cinta dunia manusia sanggup menggadaikan syurga membeli neraka. Sepatutnyalah Allah menggambarkan bertapa bahayanya penyakit ini. Jauh di sudut hati aku berdoa agar penyakit ini pergi sejauh mungkin dari kehidupan aku. Aku termanggu lagi seketika mencari jalan penyelesaian dan aku teringat pendekatan yang diambil sewaktu Rasulullah pertama kali mengajak manusia kembali beriman kepada Allah ialah menyentuh dan mencanai hati-hati yang mati supaya hidup dan bangkit semula untuk beriman kepada Allah. Ada hati yang luarbiasa dan hanya perlukan sedikit masa untuk dihantar ke bengkel jiwa untuk diproses menjadi putih bersih itulah hati Saidina Umar Al-Khatab, ada hati yang elok kemudian rosak kembali dan ada hati yang langsung tidak boleh diperbaiki. Mengapa natijahnya tidak sama? kerana hati adalah milik Allah, Dialah Yang Maha membolak balikkan hati manusia, Allah memilih siapa yang dikehendakiNya. Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya. Ya Allah, pilihlah hati-hati kami ini walau telah banyak rosaknya di sana-sini agar engkau proses menjadi suci. Wahai diri yang hina kerana cinta dunia marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah dan ingatlah janji Allah kepada hati yang kembali beriman kepada Allah.

"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka di dalam (syurga) itu ialah salam. Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit"



Sunday, April 24, 2011

Thank you Allah...




Thank you Allah that You has disclose many things today, the one I'm not sure and the one I'm not clear. I seek the most priority in my life is Your forgiveness and please guide me along my life in this world not to victimize others. Give me strength to overcome any bad circumstances and I seek protection only from You the unmagined hell fire. There is no one God except Allah, the Most Merciful the Most Gracious. My life and death is for You Ya Allah. Show me the right path and protect me from any evil doers and evil doings. Amin Ya Rabb.

Thursday, April 21, 2011

MACAM-MACAM ADA

Kesejahteraan iman akan datang dari hati yang sejahtera juga. Hati ibarat raja di dalam sesebuah negara. Jika raja tidak sejahtera maka banyak perkara lain yang tidak sejahtera. Begitulah hati ini. Sebagai raja hati perlu sejahtera supaya anggota tubuh badan yang lain turut sejahtera dan natijah dari ksejahteraan hati serta anggota tubuh badan yang lain akan menghasilkan insan yang beriman dan beramal soleh. Saya sendiri sedang mencerap peranan hati serta anggota tubuh badan yang lain. Kalau tidak banyak kejadian di sekolah hari ini yang mengingatkan siapa saya maka mungkin saya akan terus leka. Pagi-pagi lagi terdapat 5 missed call sewaktu saya memepertemukan cikgu latifah dengan pelajar-pelajar geografinya. panggilan tersebut didapati untuk memberitahu saya berkenaan ketidakpuasan hati tentang markah prestasi kemudian saya melayani tetamu yang datang dari USA berkenaan dengan GENYES dan perkara terakhir sekali saya mengantar pelajar ke hospital kerana SAFETY FIRST. Semua perkara itu mengingatkan saya bahawa saya untuk terus mencerap hati supaya terus sejahtera dan sentiasa beriman kepada Allah. Saya tidak berdaya tanpa pertolongan dan bantuanNya. Allah bantulah hambaMu yang lemah ini...AMIN.

Tuesday, April 12, 2011

INFORMATION PROCESSING THEORY AND ADVANCE ORGANIZERS

Masalah masakini di sekolah: 1- Pengajaran kurang berkesan 2- Kurang berkesan tentang repertoire of teaching skills

Demi Masa

Saya sedang mengikuti kursus di IAB tentang Model Pengajaran. Selain daripada mempelajari perkara baru, kursus ini adalah untuk saya refresh semula tentang teori model-model pengajaran yang telah dipelajari semasa di universiti dulu. Antara pengasas teori yang digunapakai idea mereka ialah Cooper, Dunn and Dunn, B.F Skinner. Tujuan kursus ini adalah untuk pentadbir sekolah memahami sendiri semua model yang ada bagi dugunapakaikan oleh guru-guru semasa sesi pembelajaran supaya bersesuaian dengan kelompok pelajar yang ada di dalam kelas dan akhirnya pelajar itu dapat memahami apa yang mereka perlu pelajari dan melakukan perubahan kelak.