Alhamdulillah, Allah telah pilih kita duduk dalam islam. Itulah nikmat terbesar yang Allah telah kurniakan kepada kita. Nilai nikmat iman tidak ada bandingannya. Kita sudah berada di jalan yang betul maka aku mengajak diriku dan seluruh saudara seiman denganku supaya melakukan semua kerja islam ini betul-betul. Tidak ada gunanya jika kita berada di atas jalan yang betul tetapi tidak menghayatinya dengan betul-betul. Janganlah kita mengambil yang kita suka sahaja mengikut selera nafsu kita. Tidak wujud istilah main-main di atas jalan ini. Hatta apabila bermainpun kita perlu bermain betul-betul. Tidak timbul bermain main-main. Ada segolongan manusia tidak berada di atas jalan yang betul tetapi mereka melakukan sesuatu dengan betul-betul. Mereka berniaga betul-betul, penuh strategi, penuh daya usaha, menjaga pelanggan dengan betul-betul walaupun mereka tidak betul. Yang terbaik di sisi Allah ialah kita berada di jalan yang betul dan melakukannya betul-betul (bersungguh-sungguh) walaupun dihujung usaha gigih kita itu kita serahkan kepada Allah akan natijahnya. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menetapkan kita sentiasa di atas jalan yang betul dan kita melaluinya dengan betul-betul, Ameen YaRabbal alameen.
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram (Ar Ra'd:28)
Sunday, October 19, 2008
Biar betul...betul-betul...
Alhamdulillah, Allah telah pilih kita duduk dalam islam. Itulah nikmat terbesar yang Allah telah kurniakan kepada kita. Nilai nikmat iman tidak ada bandingannya. Kita sudah berada di jalan yang betul maka aku mengajak diriku dan seluruh saudara seiman denganku supaya melakukan semua kerja islam ini betul-betul. Tidak ada gunanya jika kita berada di atas jalan yang betul tetapi tidak menghayatinya dengan betul-betul. Janganlah kita mengambil yang kita suka sahaja mengikut selera nafsu kita. Tidak wujud istilah main-main di atas jalan ini. Hatta apabila bermainpun kita perlu bermain betul-betul. Tidak timbul bermain main-main. Ada segolongan manusia tidak berada di atas jalan yang betul tetapi mereka melakukan sesuatu dengan betul-betul. Mereka berniaga betul-betul, penuh strategi, penuh daya usaha, menjaga pelanggan dengan betul-betul walaupun mereka tidak betul. Yang terbaik di sisi Allah ialah kita berada di jalan yang betul dan melakukannya betul-betul (bersungguh-sungguh) walaupun dihujung usaha gigih kita itu kita serahkan kepada Allah akan natijahnya. Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah menetapkan kita sentiasa di atas jalan yang betul dan kita melaluinya dengan betul-betul, Ameen YaRabbal alameen.
Thursday, October 16, 2008
Ten Useless Matters
Describe by:Imam Ibn ul Qayyim al JawziyyahAl-Fawa'id © 2004 Umm Al-Qura
There are ten useless matters:
- Knowledge that is not acted on
- The deed that has neither sincerity nor is based on following the righteous examples of others
- Money that is hoarded, as the owner neither enjoys it during this life nor obtains any reward for it in the Hereafter
- The heart that is empty of love and longing for Allah, and of seeking closeness to Him
- A body that does not obey and serve Allah
- Loving Allah without following His orders or seeking His pleasure
- Time that is not spent in expiating sins or seizing opportunities to do good
- A mind that thinks about useless matters
- Serving those who do not bring you close to Allah, nor benefit you in your life
- Hoping and fearing whoever is under the authority of Allah and in His hand; while he cannot bring any benefit or harm to himself, nor death, nor life; nor can he resurrect himself.However the greater of these matters are wasting the heart and wasting time. Wasting the heart is done by preferring this worldly life over the Hereafter, and wasting time is done by having incessant hope. Destruction occurs by following one's desires and having incessant hope, while all goodness is found in following the right path and preparing oneself to meet Allah.How strange it is that when a servant of Allah has a [worldly] problem, he seeks help of Allah, but he never asks Allah to cure his heart before it dies of ignorance, neglect, fulfilling one's desires and being involved in innovations. Indeed, when the heart dies, he will never feel the significance or impact of his sins.
Petua Merancang Masa
Berikut adalah 3 kunci merancang masa:
Kunci #1: Rancang hari anda pada malam sebelumnya
Dalam pengurusan masa, lebih banyak anda merancang, lebih banyakmasa dapat dijimatkan. Rancang keesokan hari anda pada hari sebelumnya. Sebelum masuk tidur, ambil sekeping kertas dan tuliskan segala aktiviti yang anda perlu lakukan untuk esok hari. Perancangan sebegini akan memudahkan kerja yang dilakukan keesokan hari.Ianya dikatakan bahawa, 10% daripada masa anda ambil untuk merancang masa, anda akan menjimat 90% daripada masa anda dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. Seringkali juga digalakkan merancang pada malam sebelumnya oleh kerana ketika tidur, minda anda umpama bersedia untuk menangni hari yang baru yang penuh dengan perancangan. Kerja akan lebih sempurna dan tersusun dengan merancang pada hari sebelumnya.
Kunci #2: Senarai mengikut kepentingan
Salah satu cara yang sering disarankan dalam mengurus masa adalah menyenaraikan apa yang anda perlu lakukan. Langkah seteruisnya adalah, pada senarai tersebut, tandakan A, B, Cdan D disebelah segala aktiviti anda mengikut kepentingan. Tandakan A pada perkara yang penting untuk anda lakukan. B pada perkara yang kurang penting, tetapi, masih perlu di lakukan. C pada perkara yang kurang penting, dan D pada perkara yang tidak penting langsung. Sering kali apabila anda menyiapkan senarai mengikut kepentingan ini, anda akan dapat lihat di manakah keutamaan anda perlu tumpukan terlebih dahulu. Aktiviti yang di tandakan D boleh di pangkah daripada senarai anda oleh kerana ianya tidak penting. Mungkin sekiranya anda mempunyai masa, anda boleh lakukannya seperti menonton TV atau bermain computer game. Aktiviti yang ditandakan C mungkin boleh diagihkan kepada orang lain. Ataupun, mungkin boleh dilakukan sekali gus dengan aktiviti B. Manakala, aktiviti A pula adalah keutamaan anda di mana anda perlu memberi tumpuan pada awal hari anda. Lakukan aktiviti-aktiviti anda mengikut senarai kepentingan. Daripada A, sehingga C. Sekiranya adamasa, dan pastinya dengan mengamalkan pengurusan masa di dalam audio ini, anda akan mendapat banyak masa terluang untuk melakukan perkara D! Rancangkan hari anda. Hari yang tidak dirancang adalah hari yanganda merancang untu gagal dalam menguruskan masa!
Kunci #3. Prinsip 80-20
Prinsip yang dihasilkan oleh Vilfredo Pareto mengatakan bahawa 20% daripada masa yang di ambil untuk menyiapkan sesuatu tugasan adalah untuk 80% hasil daripada tugas tersebut. Dalam erti kata lain, produktiviti anda akan menurun selepas 20% masa anda diambil! Oleh itu, bagaimana caranya menggunakan prinsip ini untuk manfaat anda? Mudah sahaja. Apabila anda ingin melakukan sesuatu tugas, bentangkan tugasan tersebut di hadapan anda dan fikirkan strategi bagaimana anda perlu menangani tugas tersebut. Apabila anda sudah bersiap sedia dengan apa yang anda perlukan, terus mulakan tugasan tersebut. Jangan berhenti, dan teruskan sahaja sehingga anda dapat menyiapkan apa yang anda termampu. Mungkin ianya mengambil 1 jam...atau 2 jam. Apa sahaja yang anda mampu lakukan, lakukannya.Kemudian, berhenti! Ya... berhenti dari melakukan tugasan tersebut. Ini kerana, anda telah mengambil 20% daripada masa anda yangbenar-benar produktif dalam menyiapkan kerja tersebut. Namun, kerja tersebut sudah 80% siap!Apa yang anda perlu laku kini adalah, alihkan perhatian anda kepada kerja atau tugas yang lain. Mulakan tugas baru dan tidak perlu hiraukan tugasan tadi. Untuk tugasan baru juga, lakukan yang sama iaitu, beri tumpuan yang khusus 20% daripada masa yang perlu diambil, kemudian berhenti. Lakukan perkara yang sama pada tugasan yang lain.Dengan melakukan prinsip pareto ini, anda dapat menyiapkan 80% daripada kerja di tangan dalam 20% masa anda sahaja. Selepas kesemua 80% tugas anda selesai, anda boleh kembali kepada tugasan asal untuk menyiapkan 20% sehingga selesai. Kini, keadaan andasudah segar daripada tugasan asal, dan produktiviti meningkat semula.Gabungkan ketiga-tiga kunci merancang masa ini dan anda pasti teruja dengan kecekapan anda menangani masa dalam menjalankan perniagaan anda! -Irfan Khairi
Untuk lagi tip perniagaan, kewangan & kejayaan,
Dikutip dari http://www.irfankhairi.com/ yang sampai ke mailboxku.
Wednesday, October 15, 2008
Open House With Open Heart...
The Hari Raya mood is still in the air. Open house is every where and every day. What type of food you wish to eat you just name it sure you get it...so tasty so delicious. Today there were three invitations for an open house since morning till night, from breakfast to dinner, Alhamdulillah be grateful to Allah for all the bountiful food.
By the way...in celebrating the eidulfitri we need to consider the concept of moderation. We should eat moderately even though all our favourite food is right in front of us. We should understand that in this month of syawal not only to consider the food to eat but we also need to consider the food for thought...something to think about seriously...especially in term of our health.
Open House has become a culture in our society lately. In organizing the open house, making an arrangement is very important. We need some good tips so that it will be a memorable and successful one and the most importantly it always be blessed by Allah then only it becomes an ibadah and not just a tradition:
Things to consider during the Pre-Open House:
- Identify the most suitable date and time
- The expected number of guests
- The type of food and drink to be served (delicious but healthy-halalan toyyibban)
- Allocation of "duit raya" for the kids as sodaqoh is a good source of fertilizer for our wealth.
During the Open House:
- Greet and welcome the guests. Shake hands if necessary (avoid illegal handshakes).
- Make sure the food, drink, plates, glasses, spoons, forks, chairs and etc. are all enough for all the guests.
- Make sure the guests feel comfortable being attended in your house.
- Behave and talk nicely to the guests and avoid touching any sensitive issues.
- If the guests are about to leave your home make sure you are ready with the "duit raya", apologize and thank them for coming.
Post-open House:
- Clean and clear up immediately
- If there is some leftover we must know how to dispose it without wasting it
- Do some reflections for an improvement
As a final remark, do an open house with the open heart...you will be blessed insyaAllah, Ameen
Sunday, October 12, 2008
Bersamamu Bernam Jaya...Syawal 1429H
Ya Allah kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati (Nama)Mu, hati yang segar mensyukuri (nikmat)Mu, serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah)Mu. Ya Allah kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap. Ya Allah kurniakanlah kami Deen (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat daripada mara bahaya dan petaka. Kami mohon Ya Allah kecukupan yang tidak sampai kami meminta jasa orang lain, berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri. Kembangkanlah lembayung RahmatMu kapada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama dengan kami. Janganlah Ya Allah Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih pendek dari itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan pinta (perkenankanlah). Ameen, Ameen Ya Rabbal Alameen.
Saturday, October 11, 2008
Selamat Berangkat Anakku...Duisburg Germany
Congratulation and good luck for your undertakings there. I hope the journey of seeking knowledge will widen your perspective of life. Let's take it as a physical and soul journey of cherising the greatness of Allah's creations. May you learn to think differently and will share your new-found knowledge with us later when you come back. Good Luck again
Thursday, October 9, 2008
Gambar ini diambil semasa majlis sambutan hari raya di rumahku. Warga Wanita Bernam Jaya telah sepakat berselawat dari rumah ke rumah dan di rumah yang terakhir kami dijamu dengan juadah yang dikongsi bersama
. Sambutan di adakan mengikut lorong-lorong yang terdapat di Bernam Jaya dengan satu lorong satu malam. Baca seterusnya berkenaan dengan Ramadhan 1429 yang telah meninggalkan kita...
Tulisan ini dipetik dari halaman "usrah"....Tazkirah di bulan Syawal....Pasca Ramadhan.
Ramadhan bulan yang penuh berkah baru saja berlalu. Sederet catatan dan kenangan amal yang baik, semoga mengiringi kepergiannya. Semoga bersua kembali dengan bulan yang mulia dan penuh rahmat ini, insyaAllah.Ramadhan memang telah berlalu meninggalkan kita. Namun pengaruhnya tidak boleh hilang begitu sahaja dan ia harus terjelma dengan jelas dalam hidup seharian kita. Puasa, tarawih, qiamullail, tilawatil Quran, sedekah, infa’ dan zikrullah kita seharusnya dan selayaknya menempa diri setiap muslim menjadi peribadi muttaqin (orang-orang yang bertaqwa). Kerana, taqwa itulah tujuan yang hendak diraih dari keseluruhan amaliah Ramadhan kita.Darjat taqwa itulah satu-satunya bekal yang layak di bawa mengadap Allak kelak. Sesungguhnya hanya takwa sahaja kayu pengukur prestasi dan ”standard” penilaian Allah swt. terhadap hamba-hamba- Nya. Semakin tinggi tingkat ketaqwaannya, semakin mulia kedudukannya di sisi Allah swt. Maka marilah kita muhasabah prestasi diri masing-masing, sudah sejauh mana ia meningkatkan ketaqwaannya. Firman Allah swt yang bermaksud:”Dan siapkanlah bekal kalian. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa.” (Al Baqarah:197)Pembuktian ketaqwaan dapat kita terjemahkan melalui ketaatan kita. Ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya merupakan indikator utama seorang muttaqin. Sikap taat merupakan refleksi iman dan taqwa seorang hamba. Hal ini ditegaskan Allah dalam Al Quran yang bermaksud:” Sesungguhnya ucapan orang mukmin bila dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya dalam memutuskan urusan mereka, adalah perkataan: ”Kami dengar dan kami taat”. Itulah orang-orang yang beruntung.” (An Nuur-51)Selanjutnya di usrah

Subscribe to:
Posts (Atom)