Tuesday, March 16, 2010

Tanda-tanda Kebesaran Allah

Saya memetik berita mengenai penemuan ini dari yahoo news.Berita mengenai penemuan makhluk seperti seekor udang, 600 kaki di dalam ais di kawasan Antartika yang membuatkan saintis NASA begitu teruja dengan penemuan ini. Berikut adalah sebahagian daripada beritanya.

WASHINGTON – In a surprising discovery about where higher life can thrive, scientists for the first time found a shrimp-like creature and a jellyfish frolicking beneath a massive Antarctic ice sheet.
Six hundred feet below the ice where no light shines, scientists had figured nothing much more than a few microbes could exist.
That's why a NASA team was surprised when they lowered a video camera to get the first long look at the underbelly of an ice sheet in Antarctica. A curious shrimp-like creature came swimming by and then parked itself on the camera's cable. Scientists also pulled up a tentacle they believe came from a foot-long jellyfish.
"We were operating on the presumption that nothing's there," said NASA ice scientist Robert Bindschadler, who will be presenting the initial findings and a video at an American Geophysical Union meeting Wednesday. "It was a shrimp you'd enjoy having on your plate."
"We were just gaga over it," he said of the 3-inch-long, orange critter starring in their two-minute video. Technically, it's not a shrimp. It's a Lyssianasid amphipod, which is distantly related to shrimp.

Lalu saya teringat kepada Surah Ar-Rahman yang boleh diteliti sebagai menerangkan kejadian ini. Dari terjemahan Surah Ar-Rahman, menggambarkan bahawa setiap kejadian itu adalah di bawah kekuasaan Allah dan manusia hendaklah melihat setiap kejadian Allah itu sebagai tanda-tanda kebesaranNya dan janganlah mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Terjemahan dari Surah Ar-Rahman (Ayat 19 - 25):
19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, 20. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing [1443]. 21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dan kepunyaanNya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung 25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Sunday, March 14, 2010

Niche Area

Niche area kepada orang islam yang masih luas untuk diterokai ialah mengeluarkan barang makanan berkeperluan harian yang suci lagi halal. Yang banyak orang Islam usahakan ialah produk kecantikan. Mengeluarkan makanan lebih awla kerana apabila kita makan makanan yang halal lagi baik, insyaAllah ia akan membentuk kita menjadi seorang manusia yang sihat dan cantik. Uruskan pemakanan kita akan dapat banyak kebaikan i.e kacantikan dan kasihatan. Fikir-fikirkan dan laksanakan menempatkan diri kita di dalam niche area ini. Ingat siapakah yang menyuapkan makanan ke mulut-mulut kita dan mulut-mulut anak-anak kita, halalkah, sucikah?

Hubungan Istikharah dengan Tauhid

Di dalam istikharah terkandung makna ketauhidan yang sangat agung. Dalam istikharah Rasulullah mengajar kita agar memutuskan perkara dengan selalu mengadu kepada Allah, bersungguh-sungguh memohon kepadaNya, berharap agar dengan ilmuNya Allah memberi kita hidayah kepada kebaikan dan kelurusan perkara tadi, dan dengan kehendakNya menjauhkan kita dari keburukan dan kesesatan.

Cara yang diajarkan oleh rasulullah ialah Istikharah dimulakan dengan solat supaya kita boleh berbicara dengan Allah dengan menyatakan bahawa hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu dan kita tidak mempunyai daya maupun kekuatan apa-apa. Oleh itu meminta apa yang terbaik untuk kita. Nyatakan rasa kehambaan kita sepenuhnya dan kita memohon sesuatu yang terbaik kepadaNya dengan ketinggian ilmu yang dimilikiNya. Inilah bentuk ketauhidan yang berhubungkait dengan istikharah.

Membiasakan diri beristikharah dapat mendidik jiwa kita untuk yakin bahawa hanya Allah yang akan memberi kepada orang yang meminta kepadaNya, yang akan menjawab orang-orang yang menyeruNya, memberi pertolongan kepada orang yang meminta kepadaNya, memberi perlindungan kepada orang-orang yang meminta perlindungan kepadaNya.

Tidak ada seberat biji sawipun yang terdapat di bumi mahupun di langit, yang lebih kecil maupun yang lebih besar daripada itu melainkan telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfuz.

Bersambung...

Friday, March 12, 2010

Istikharah


Secara bahasa, istikharah artinya meminta kebaikan secara mutlak tanpa adanya batasan tertentu.

Mintalah dipilihkan yang terbaik kepada Allah, nescaya Dia memilihkan yang terbaik untukmu. Allah akan memilihkan yang terbaik bagi hambaNya bila dia memohon kepadaNya untuk dipilihkan.

Secara syar'i, istikharah ertinya meminta kebaikan kepada Allah Ta'ala dalam urusan yang dibolehkan oleh Allah untuk dilaklukan oleh hambaNya dengan tatacara yang dicontohkan oleh Rasulullah.

Ia merupakan anugerah yang agung oleh Allah yang disyariatkan melalui lisan nabi Muhammad, sebagai ganti dari cara-cara kebanyakan orang Islam pada zaman jahiliyah dan sekarang.

Bersambung...

Friday, March 5, 2010

AlWasiatulAshara (10 wasiat)

Terdapat sepuluh wasiat yang ditinggalkan oleh As-Syahid Hasan al-Banna (Tulisan ini adalah terutama buat diri saya sendiri yang selalu lupa):


1- Segeralah tunaikan solat
2- Baca Al-Quran
3- Berusahalah bercakap di dalam Bahasa Arab
4- Jangan banyakkan perdebatan
5- Janganlah banyak ketawa
6- Saudara jangan bergurau
7- Jangan mengangkat suaramu lebih daripada apa yang diperlukan oleh pendengar.
8- Saudara jangan mengumpat.
9- Berkenalan dengan orang yang saudara temui.
10- Kewajipan lebih banyak dari waktu.

Thursday, March 4, 2010

Luar Biasa...

Walaupun chatting ini mengambil masa yang singkat namum banyak pengajaran yang saya boleh perolehi. Fekah, ibadah, syariah dan lain-lain sebagainya. Walau apapun "y" itu adalah saya, insan yang lemah yang sentiasa cuba mencari keredhaan Allah. Saya mohon Allah beri saya petunjuk walau dalam keadaan apapun, senang ataupun susah. Serta Allah beri juga saya kefahaman dalam ilmu agama. Amin.

x: salam
y: Salam
x: wsalam.
x: ana dah emel ke gmail dan yahoo
y: jazakillah
x: dah buka ke?
y: belum...ni nak buka
x: ok, buka dulu. kalau ada masalah, beritau ana
y: Alhamdulillah dapat dah
x: alhamdulillah. tolong isi ya.
y: InsyaAllah. Due date bila
x: as soon as possible.
Bila y boleh submit?
y: Ana cubalah malamni...kalau siap ana emel semula, insyaAllah. x dah nak tidurke?
x: . x belum tentu tidur. Nak prepare esok.
y: Oh ok. Chat sekejap boleh?
x: boleh. tak da masalah
y: Nak tukar professionke?
x: bukan nak jadi lawyer. Nak interview lawyer tu sejauhmana enakmen undang2 keluarga islam di malaysia praktikal dgn zaman
y: oh ingat nak interview jadi lawyer
x: insyaAllah jadi ....
y: Alhamdulillah, ada peningkatan dari segi kerjaya.
x: Solat istikharah untuk membuat pilihan yg terbaik untuk kita. kerana kelirulah kita kena solat.
y: jadi sekarang ana ada dua pilihanke? itu yang keliru...
x: kalau anti nak solat serentak untuk kedua2nya pun boleh. nak solat satu persatu pun boleh. Kalau nak tangguh solat dulu pun boleh.
x: solat istikharah tidak boleh dilakukan ketika hati tak pasrah 100% kpd Allah
x: Ana keliru...ana keliru jalan cerita
y: oklah...insyaAllah ana isi borang tu dulu. Ana buat semua kerana mencari keredhaan Allah.
x: Buat masa ini, pasrahlah hati anti sepenuhnya kepada Allah. Allah akan beri yang terbaik untuk anti.
y: Betul...kekeliruan itupun dari Allah..mungkin Allah bagi ana keliru supaya ana berfikir
x: kekeliruan datang dari syaitan. Allah tak pernah beri kita keliru
y: Astaghafirullahal azim...
x: syaitan tak suka kita cari redha Allah. Dia akan ganggu dari mana2 yg kita tak sangka2 pun.
y: Sebab itu ana ajak akak chat..nak rungkaikan kekeliruan
x: mdh2an Allah rahmati chat ni.
y: Amin....
x: ok, anti ambil wudhuk dan isi borang tu dulu.
y: Ana belum boleh solat lagi...
x: ambil wudhuk tak mesti untuk solat
y: MasyaAllah
x: sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana Allah taala. Itu niat wudhuk kita kan?
y: Ok insyaAllah ana pi ambik wuduk isi borang dan emelkan semula.
x: Ye. Semoga Allah rahmati dan berkati anti
y: Amin...
y: Allah rahmati anti juga
x is typing a message.
x: kita tangguh sementara ya. Salam.
y: Salam

Monday, March 1, 2010

Rehlah (2): Kalumpang Resort

Adik Nor Izwah dari UM.

Ukhuwah di atas ikatan iman tidak terkesan dengan waktu ataupun suasana. Walaupun taaruf dalam waktu yang singkat dan dalam suasana apapun ianya tetap menghasilkan ikatan persudaraan yang sejati.
Ukhuwah adalah roh yang dihidupkan oleh Allah dalam hati orang-orang beriman apabila ia kehendaki agar mereka dekat dan bersatu. Rahsia-rahsia ini lahir daripada hati-hati mereka bila diizinkan Allah seperti firman Allah yang bermaksud dalam surah Al-Anfal:63:
“Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
Ukhuwah merupakan nikmat suci yang menyinari hati yang diredhai Allah dan diiringi dengan keimanan. Nikmat ini akan kita rasai jika kita benar bersahabat secara ikhlas dan dilandasi dengan keimanan.
Perasaan ini tidak boleh nak gambar dengan kata-kata, cuma orang biasa merasai akan tahu nikmatnya. Walaupun kita berjumpa pertama kali, tidak memerlukan pengenalan atau pendahuluan kerana jiwa dan hati, dalam beberapa saat sahaja boleh dipenuhi dengan perasaan ukhuwah. Jaringan rahsia ini seakan-akan menguasai hati orang mukmin yang tidak pernah berkenalan sebelumnya, ikatan ukhuwah fillah ini amat hebat, ia amat memberi kesan yang mendalam.