Monday, August 24, 2009, 6:48:21 AM
(Tarikh dan masa menurut rekod Kamera Digital.)
Hobi yang aku paling suka melakukan ialah mengambil gambar-gambar alam semulajadi termasuk langit. Gambar ini aku ambil semasa di dalam perjalanan ke tempat kerja pada tarikh dan masa yang tertera di atas. Keindahan langit ketika menjelangnya Ramadhan seolah-olah melaungkan kalimat "Ahlan Ya Ramadhan, Ramadhan Kareem"
Aku memanjatkan doa dan harapan semoga pertemuan dengan Ramadahn kali ini benar-benar dapat mendidik jiwa aku menjadi insan yang diredhai kehadirannya di mukabumi yang sangat bersifat sementara ini. Kagum aku pada langit kerana dapat dengan megahnya menunjukkan keindahan dan kecantikannya membuatkan aku berfikir bertapa Maha Agung pula Pencipta langit. Agar seorang manusia seperti aku yang serba serbinya kurang ini dapat menyambut ketibaan Ramadhan yang penuh mulia dan barakah ini selari seperti permohonan doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu demi mencapai kualiti ibadah yang paling tinggi. Layakkah aku mencapai ketinggian sedemikian? Ya Allah berikan aku keberkatan Ramadhan Mu, redhai kehidupanku, ampuni dosa-dosaku, dosa kedua ibu bapaku, ahli keluargaku, sahabat-sahabatku, kawan-kawanku, jiran-jiranku dan berilah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka yang sering sahaja melakukan kejahatan selama hidupnya dimuka bumiMu ini Ya Allah serta kembali bertaubat kepadaMu...Amin.