(Gambar Sungai Nil di Mesir diambil semasa trip ke Mesir)
Saya sedang memuhasabah perilaku sendiri. Rasanya terlalu banyak mengkritik orang sejak kebelakangan ini. Saya mengkritik pelbagai golongan seperti orang atasan saya, rakan-rakan saya, keluarga saya dan juga orang di bawah saya (dalam erti kata kesenioritian dari sudut umur dan pekerjaan). Saya berpendapat mengkritik secara berhadapan lebih baik kerana orang yang dikritik boleh membela diri mereka. Walau bagaimanapun di dalam mengkritik itu saya mendapat pelbagai respon yang pastinya berbeza-berbeza:
1- Ada yang tak boleh terima walaupun perkara yang saya kritik itu benar.
2- Ada yang boleh terima kritikan saya tetapi kritik saya balik.
3- Ada yang terima kritikan saya tapi lepas itu menyepikan diri seolah-
olah merajuk.
4- Ada yang tak respon langsung dengan kritikan saya.
5- Ada yang menerima kritikan saya dengan hati yang terbuka dan
berterima kasih pada saya lalu melakukan perubahan.
Dengan pelbagai respon itu saya faham bahawa tidak semua orang boleh menerima kritikan secara ikhlas dan terbuka. Oleh itu meskipun mengkritik untuk membina namun kritikan mesti mempunyai adab-adabnya tersendiri:
1- Berikan kritikan dengan ikhlas:
(a) kerana hendak memperbaiki bukan memburukkan keadaan
(b) kerana perkara yang dikritik jelas bertentangan dengan hukum syarak dan kita yang nampak, wajib menegur.
(c) untuk membuka mata dan fikiran pengkritik dan orang yang dikritik.
2- Berikan kritikan secara hikmah dengan cara:
(a) minta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengkritik
(b) terangkan dahulu kesilapannya kemudian cadangkan cara penambahbaikan.
(c) berikan penghargaan dahulu sebelum mengkritik kerana manusia secara tabie'nya tidak suka dikritik tetapi suka dipuji.
(d) Pilih masa, tempat dan suasana yang sesuai untuk mengkritik.
(e) Mengkritik secara "heart to heart" atau "face to face'
(f) Jangan mengkritik di khalayak ramai, bimbang memalukan orang yang dikritik dan dia langsung membenci kita.
3- Mengkritiklah sekirannya memang perlu mengkritik.
4- Jangan megkritik hanya sekadar untuk mencari kesilapan orang lain sebaliknya mengkritiklah atas dasar semua manusia bukan perfect dan kita memang perlu ditegur dan diingatkan selalu.
5- Jangan hanya pandai mengkritik, beri peluang juga diri sendiri dikritik supaya dapat juga merasa bagaimana perasaan kita bila dikritik.
Sekiranya berhadapan dengan orang seperti nombor 1 hingga 4; rendahkan diri dan minta maaf serta jelaskan semula kenapa kita terpaksa mengkritik mereka supaya dengan kritikan kita tidak memutuskan sebarang perhubungan kita dengan mereka.