Bersama anak remaja perempuan Ummu Muhammad
Bersama Ummu Muhammad
(Semoga ukhuwah fillah terus kekal dan ianya dapat mengalirkan semangat jihad kepada saudara-saudaramu di Malaysia)
Alhamdulillah saya telah menerima email dari adik Faezah dan saya meletakkan gambar tersebut sebagai kenangan saya bersama dengan isteri As Syahid Izzudin Khalil yang mati dalam ledakan bom di dalam keretanya sendiri hasil rencana jahat yahudi pengecut dan laknatuLLah.
Dari perkongsian pengalaman dengan Ummu Muhammad, beliau menggambarkan kesyahidan suaminya merupakan hadiah paling mahal dari Allah buat keluarganya. Beliau yang kelihatan tenang menceritakan saat-saat kematian suaminya bersyukur kepada Allah kerana memilih suaminya sebagai syahid menentang musuh Allah.
Beberapa ketika sebelum suaminya dijemput Allah, jiran tetangganya telah datang ke rumah Ummu Muhammad bertanya dari manakah datangnya bauan harum yang masuk ke dalam rumah mereka. Akhirnya fahamlah mereka bahawa bauan dari syurga itu adalah datangnya dari pejuang Allah yang gugur syahid kerana mempertahankan bumi tanah airnya Palestine.
Kini tinggallah Ummu Muhammad membesarkan putera dan puteri tercinta, dialah ibu dialah ayah. Beberapa panduan yang sempat dikongsikan dalam mendidik anak-anak ialah:
1- Anak-anak perlu ditarbiyah untuk beriman kepada Allah.
2-Perihatin serta mengambil berat hal pelajaran anak-anak di sekolah apabila mereka pulang ke rumah.
3- Berehlah dengan anak-anak di waktu yang sesuai seperti di musim cuti sekolah.
4-Jadikan anak-anak sahabat kita.
5-Tidak membeza-bezakan anak-anak dari segi jantina.
6- Mereka perlu diajar bekerjasama
7- Mereka juag perlu diajar berdikari
8- Kepada anak sulung, ajarkan supaya berdikari, memerhatikan adik-adik, mengambil peranan ibu semasa ketiadaan ibu.
9- Sementara yang kecil pula juga diajar berdikari, diajar supaya patuh kepada yang lebih tua.
10- Tidak tertumpu kepada seorang sahaja, semua perlu main peranan dan semua perlu bertanggung jawab dan bekerjasama.
Mendekatkan diri dengan Allah adalah kata kunci yang sangat penting dalam mendidik anak-anak.