Ramadhan 1431H ini memberi saya kesempatan menunaikan solat terawikh dibanyak tempat. Di tempat sendiri iaitu di rumah, di surau dan di masjid, di surau MRSM Pengkalan Hulu, Perak DR, di surau Pengkalan Kubor, Kelantan DN, di rumah ayah di kampung DSDRP. Dari semua lokasi yang dijejaki-ramai lagi yang tidak faham maksud sebenar meluruskan dan merapatkan saf. Perkara yang simple kalau dipraktikkan dengan betul akan diberkati solat berjemaah itu tetapi ramai yang tidak memahaminya atau sengaja tidak mahu ambil peduli kerana sikap kita memang begitu iaitu kurang mahu bersatu padu dan kurang mahu lurus dalam segala pekerjaan. Maka tinggallah saf dalam keadaan individunya terpisah antara satu sama lain sedangkan yang hendak dijadikan ibadah itu solat berjemaahnya. Kalau mahu solat berjarak solat aja di rumah tak menyusahkan jemaah lain. Atau kalau kita memang jenis buat apa jua pekerjaan bengkang bengkok buat aja sendiri-sendiri. Saya menyeru diri saya sendiri dan para jemaah lain supaya bersatu hati dan lurus dalam apa jua pekerjaan supaya ianya menjadi ibadah dan diberkati...Amin.
Walau bagaimanapun saya hendak mengucapkan tahniah kepada anak-anak di MRSM; mereka faham erti merapat dan meluruskan saf di dalam barisan solat berjemaah. Agar mereka ini nanti pulang ke kampung masing-masing dapat menjelaskan kepada ibu-bapa, jiran-jiran, kawan-kawan dan sesiapa jua kepentingan meluruskan dan merapatkan saf dalam solat berjemaah.