Monday, January 24, 2011

Perjalanan pulang ke rumah yang melegakan...



Rambutan merupakan salah satu jenis buah-buahan yang sangat saya gemari. Selain dari rasanya yang sangat manis dan enak, rambutan mempunyai banyak pengajaran....


Apabila sampai di rumah dan parking di hadapan rumah saya menoleh ke arah pokok rambutan saya yang berusia lebih kurang 7 atau 8 tahun. Ia mengingatkan saya jarak waktu tersebut juga merupakan jarak waktu saya menetap di rumah saya. Saya seronok makan dan berkongsi rasa dengan jiran-jiran.
Pengajaran kedua ialah sering kali buah rambutan ini menjadi sasaran perbuatan mencuri budak-budak nakal yang lalu di hadapan rumah saya. Saya tak marah cuma saya mendoakan mereka bahawa jika mereka makan buah rambutan saya, saya mendokan berkat buah rambutan itu kenakalan mereka berkurangan atau terhapus terus dan mereka akan mendapat hidayah dan taufik serta bertaubat bersebabnya dengan izin Allah.
Pengajaran ketiga...rambutan adalah sebahagian kurniaan Allah, saya patut mensyukurinya. Kalau ianya hilang dicuri, biarkanlah kerana orang yang mencuri mungkin belum mendapat hidayah dan taufik oleh itu mereka sangat memerlukannya.

Begitulah saya mengambil pengajaran dari buah rambutan untuk melegakan keputusan yang saya ambil. Saya tidak menyesalinya kerana hikmah yang saya pelajari dari buah rambutan dan semoga Allah memberi saya kekuatan walau dalam apa jua keadaan yang saya hadapi kerana siapalah saya tanpa pertolonganNya.
Kepada Allah aku memohon keampunan dan perlindungan dan kepada mereka yang pernah ku jajah pemikirannya, aku mohon kemaafan atas segala kesilapan; kerana bukan niatku menjajah pemikiran tuan-tuan dan puan-puan. Kerana niatku hanyalah satu! iaitu mengadabkan insan untuk mengenal siapa Pencipta kita.
Dialah Tuhan penegak langit dan bumi serta segala isi di dalamnya dan Dialah Allahu Rabbi, Tuhan yang menciptakan langit dan bumi serta segala isi di dalamnya, Dialah Tuhan Pemberi cahaya di langit dan di bumi serta segala isi di dalamnya. Moga kita kelak kembali menemuinya dalam keadaan dia redha kepada kita Amin............I rest my case.