Dalam bersendirian aku duduk merenung kekalutan dan kerakusan jiwa-jiwa yang hancur dimamah cinta dunia. Inilah penyakit yang disebut oleh Rasulullah penyakit yang paling merbahaya melebihi tahap bahayanya kanser, kanser dan kanser yang melanda manusia akhir zaman. Kerana cinta dunia manusia hilang harga diri, kerana cinta dunia manusia hilang pertimbangan, kerana cinta dunia manusia hilang peradaban, kerana cinta dunia manusia hilang budi dan bahasa, kerana cinta dunia manusia hilang ukhuwah yang dibina sekian lama, kerana cinta dunia manusia hilang rasa hormat kepada orang lain, kerana cinta dunia manusia sanggup menggadaikan maruah dan harga diri. Kerana cinta dunia manusia sanggup menggadaikan syurga membeli neraka. Sepatutnyalah Allah menggambarkan bertapa bahayanya penyakit ini. Jauh di sudut hati aku berdoa agar penyakit ini pergi sejauh mungkin dari kehidupan aku. Aku termanggu lagi seketika mencari jalan penyelesaian dan aku teringat pendekatan yang diambil sewaktu Rasulullah pertama kali mengajak manusia kembali beriman kepada Allah ialah menyentuh dan mencanai hati-hati yang mati supaya hidup dan bangkit semula untuk beriman kepada Allah. Ada hati yang luarbiasa dan hanya perlukan sedikit masa untuk dihantar ke bengkel jiwa untuk diproses menjadi putih bersih itulah hati Saidina Umar Al-Khatab, ada hati yang elok kemudian rosak kembali dan ada hati yang langsung tidak boleh diperbaiki. Mengapa natijahnya tidak sama? kerana hati adalah milik Allah, Dialah Yang Maha membolak balikkan hati manusia, Allah memilih siapa yang dikehendakiNya. Allah memuliakan sesiapa yang dikehendakiNya. Ya Allah, pilihlah hati-hati kami ini walau telah banyak rosaknya di sana-sini agar engkau proses menjadi suci. Wahai diri yang hina kerana cinta dunia marilah sama-sama kita kembali ke jalan Allah dan ingatlah janji Allah kepada hati yang kembali beriman kepada Allah.
"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka di dalam (syurga) itu ialah salam. Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit"
"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka di dalam (syurga) itu ialah salam. Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya menjulang ke langit"