Tuesday, August 24, 2010

The Road Taken...

Thank you for taking this road as it is...
Thank you for bringing joy and happiness along this road
Let me hold your hand
Let us walk together...

Dedicated for you...
A little reword For The Rest Of my Life-Maher Zain
I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
Chorus:
For the rest of my lifeI`ll be with youI`ll stay by your side honest and true
Till the end of my timeI`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I…I`ll be there for you
I know that deep in my heartI feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my husband and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
*Repeat Chorus
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
Repeat Chorus
I know that deep in my heart..

Tuesday, August 17, 2010

Yang Kami Cari Aura Iman...


Terima kasih Allah kerana memberi kami kesempetan merasainya semasa melalui jalan ini. Walau jalan ini ada rintangannya tapi kami tetap berdoa moga Engkau rahmati kami, berkati kami serta redhai kami sehingga kami sampai ke destinasiMu Ya Allah.
Terima kasih juga buat semua ahli keluarga, sahabat-sahabat, kawan-kawan, jiran-jiran dan sesiapa jua yang terlibat secara langsung, tidak langsung, yang sentiasa mendoakan, yang terus memberikan sokongan untuk diri yang terlalu kerdil ini meneruskan kehidupan di bumi Allah yang penuh warna-warni ini khususnya pada 25 Julai yang lepas. Jazakumullahukhairul jaza'...semoga kita semua diberkati dan diredhaiNYA, amin.


Tuesday, July 20, 2010

Sunday, July 18, 2010

Jalan yang akan dilalui...

Banyak jalan yang terbentang untuk dilalui namun aku tetap memilih jalan ini. Aku hanya mampu berdoa semoga Allah redha dengan ketetapan yang telah aku buat untuk melalui jalan ini. Aku terus lagi berdoa semoga Allah beri aku kekuatan untuk melaluinya. Ameen Ya rabb.

Tuesday, July 13, 2010

Mehwar Dakwah

Dipetik dari blog di bawah sebagai menambah kefahaman tentang mehwar dakwah:


Mehwar dakwah

Apabila kita menyorot perjalanan seerah Rasulullah s.a.w, kita menemui manhaj ar-rasul dalam membina daulah Islam. Bermula dari marhalah sirriyah( tertutup), jahriyyah ( terbuka ) hingga kepada peringkat taksis daulah wa tamkiniha ( pengasasan negara dan pengukuhannya ). Daulah islam inilah menjadi tapak peluasan islam sehingga kestabilan ini menjadi pemangkin kepada pembinaan tamadun ( daulah Abbasiyyah ).

Saya tidak ingin mengulas panjang perkara tersebut, tetapi buku-buku tulisan para pendakwah seperti Munir Muhammad Ghadban ( al-Manhaj al-Harakiy li seerah an-Nabawiyah),Muhammad al-Ghazali (Fiqh Seerah ), Ramadhan al-Buti ( Fiqh Seerah ) dan lain-lain lagi boleh dijadikan bahan perbincangan dan rujukan.

Kita boleh rummuskan bahawa perjalanan dakwah merentasi empat paksi ( mehwar) utama iaitu :
Mehwar tanzimi. ( paksi organisasi)
Mehwar sya’bi( paksi masyarakat)
Mehwar muassasi ( paksi institusi)
Mehwar dauli ( paksi negara )

Di paksi tanzimi dakwah berfokuskan kepada membina kekuatan tanzim.Di fasa ini kita menemui istilah qaedah sulbah, tajmik wal intiqa’, jil taksis, mufasolah, tamaiyuz yang menjadi terminologi dalam ensiklopedia dakwah dan harakah. Usaha di paksi ini ialah mengukuhkan binaan jamaah dan organisasi, melahirkan kader-kader dan pelopor dakwah yang berkualiti bagi memimpin harakah. Kerja-kerja tarbiyah menjadi penting, utama dan bersifat mutlak kerana dengannya ia merupakan mesin pencetak pemimpin-pemimpin dakwah.

Sementara di paksi masyarakat pula dakwah sudah meratai masyarakat dan kelompok social. Ketika ini dakwah berubah dari gaya elitis eksklusif kepada gaya massif inklusif dan infitah. (massa dan terbuka). Di fasa ini dakwah berorientasikan dakwah ammah, takungan meluas bagi meraih dokongan dakwah. Kalau diperingkat organisasi , perkaderan menjadi teras utamanya tetapi di fasa ini massa dibentuk melalui pandangan umum.Akhirnya akan terbentuk satu pandangan umum islami, budaya dan adab social islami dan dominasi tokoh islam di dalam masyarakat.Kewujudan menzahir dan mengiklankan fikrah dan amal dalam bentuk organisasi terbuka amat penting meraih mandat masyarakat. Akan ada pelbagai penulisan, penerbitan, blog-blog, aktiviti kemasyarakat, amal umum bagi mendapatkan sokongan masyarakat. Masyarakat akan menjadi penampan kepada organisasi dakwah.Penulisan Syeikh Muhammad ar-Rasyid di dalam kitab al-Masar ( bab-bab terpilih) boleh dijadikan teks rujukan. Sejarah Ikhwan Mesir di dalam mengepalai amal irshad mujtamak boleh dijadikan kajian.

Ketiga,di paksi institusi pula ialah membangunkan pelbagai institusi untuk menakung pekerjaan-pekerjaan dakwah di seluruh sektor kehidupan dan segmen masyarakat. Dakwah di fasa ini menuntut penugasan dan pengkelompokan pekerjaan yang pelbagai bagi menampung aktiviti sosial samada di lapangan ekonomi, politik, pendidikan, ketenteraan dan institusi-institusi masyarakat.Di paksi ini para aktivis dakwah melebar ke seluruh institusi masyarakat dan memimpinnya. Para aktivis menempatkan dirinya di lembaga-lembaga tertinggi negara, di parlimen, dewan negara, badan eksekutif, legislative dan kehakiman . Tujuan diperingkat ini memberikan kuasa penggubal terhadap pandangan umum masyarakat. Mungkin para da’ie atau organisasi dakwah boleh melakukan kajian perbandingan amal institusi Ikhwan di Jordan, pengalaman Turabi di Sudan, pengalaman Tajammuk Yamani lil Eslah,pengalaman Parti Refah di Turki ( Erbakan ) dan sebagainya.

Keempat , dakwah akan sampai ke paksi negara. Kekuatan diinstitusi negara penting bagi merealisasikan segala visi dan misi organisasi secara legal bagi memenuhi matlamat “ wa ma khalaktul jinna wal insane illa liya’budu..” – perhambaan kepada allah dengan terdirinya syariat Islam bagi memayungi dan mendominasikan umat dan negara.Negara adalah wasilah bukan ghoyah.Uthman b. Affan menyatakan : “ apa yang tidak dapat dipertahankan dengan Quran , dipertahankan dengan sultan (pemerintahan & kekuasaan).Ketika ini kita dapati dakwah mula berbicara kepada dunia sebagaimana pernah Rasulullah s.a.w berbicara kepada Herecules “ aslim taslam” (islamlah kamu pasti kamu selamat).Dengan kekuatan dan kestabilan negara akan membawa kepada fasa pembinaan peradaban (civilization), melahirkan tokoh-tokoh, negarawan dan sumbangan dakwah kepada dunia.

Apabila kita mengkaji pemikiran Imam Hasan al-Bana tentang manhaj perubahan beliau, kita dapati beliau telah memperincikan maratib amal (peringkat amal ) di dalam risalah Taalim yang boleh saya simpulkan seperti berikut :

Paksi organisasi
Membaiki individu
Membentuk keluarga


Paksi masyarakat
Membimbing masyarakat


Paksi Institusi
Memulih kerajaan


Paksi negara
Mengembalikan khilafah
Mencapai tampuk kepemimpinan
Kuasa dunia ( ustaziyah)

Wednesday, July 7, 2010

Apa ada pada sebuah perjalanan....

Petang semalam saya berada di dalam perbualan dua orang rakan sekerja. Yang seorang menasihatkan yang seorang lagi supaya menjaga diri kerana akan menjalankan walimatulurusnya tidak lama lagi. Yang dinasihati bertanya kepada saya mengapa orang selalu cakap begitu pada orang yang akan berkahwin. Sebenarnya banyak kebiasaan orang tua-tua dahulu memberi nasihat tidak disertakan dengan alasan dan ketika itu orang yang diberi nasihat pula biasanya tidak bertanya lebih, tetapi menurut sahaja apa yang dinasihatkan. Kalau dikaji semula sebenarnya banyak juga dari nasihat itu ada kaitan dengan apa yang disunahkan kepada kita cuma ianya disampaikan dalam suasana dan budaya kita. Sebaliknya orang sekarang banyak bertanya banyak menyoal.
Walau bagaimanapun kalau budaya dan adat yang selaras dengan tuntutan sunah dan Al-Quran, tidak mengapa kita meneruskan kerana disitulah wujudnya kepelbagaian di antara kelompok manusia di muka bumi ini.
Sebenarnya bukan dalam urusan perkahwinan sahaja kita patut dinasihatkan supaya menjaga diri; apa-apa sahaja urusan kita perlu menjaga diri secara pakej. Kita perlu menjaga kesediaan kita dari sudut fizikal, emosi, minda serta jiwa kita supaya sentiasa berada dalam tahap iman yang sakinah agar apa sahaja pekerjaan yang bakal kita lakukan akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat dan mendapat keredhaan Allah. Umpamanya jika kita hendak melakukan sebuah perjalanan, kita perlu bersedia dari segenap sudut meskipun persediaan itu dari sudut perjalanan fizikal yakni bergerak dari satu tempat ke satu tempat namun ianya perlu disertakan dengan elemen spiritual, emosi dan juga minda yang sentiasa dalam tahap maksima dan bersedia.
Jauh berjalan luas pandangan. Begitu yang sering diungkapkan. Walau bagaimanapun pandangan tidak akan menjadi luas sekiranya sebelum melakukan perjalanan kita tidak bersedia sama ada fizikal, mental, emosi dan spiritual. Ke empat-empat komponen memerlukan persediaan yang sangat rapi supaya hasil perjalanan itu dapat meluaskan sudut pandang kita.
Pertama kita harus faham apa matlamat perjalanan kita. Kedua kita harus dapat membayangkan jalan-jalan yang perlu dilalui, supaya tidak terlambat atau tersesat diperjalanan, ketiga apa bekalan untuk dibawa ketika diperjalanan. Keempat target waktu untuk kita sampai di sana dan yang kelima apa aktiviti yang kita hendak lakukan semasa telah sampai ke destinasi.
Begitulah juga dengan perkahwinan tadi, perlu bersedia dari segenap sudut agar mencapai matlamat yang dihajati.
Jadi berhati-hatilah dalam setiap pekerjaan walau apa sekalipun pekerjaan yang hendak kita lakukan dan tahu apa matlamat yang hendak dicapai. Semoga Allah sentiasa memberikan petunjuk yang benar dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, insyaAllah...Amin.

Friday, July 2, 2010

Pada Allah Mintalah...

Pada Allah, mintalah walau seluas langit dan bumi. Pada Allah mohonlah walau sedalam lautan. Pada Allah rayulah walau dunia dan akhirat seisinya. Khabarkan walau yang ingin diganti itu seutas tali kasut yang telah putus
Allah Maha Agung, Maha Kaya, Maha Pemurah, Maha Mendengar, Maha Hidup, Maha Mengasihani, Maha Penyayang dan Maha segala-galanya. Ya Allah, sesungguhnya kami mohon kepadaMu hal-hal yang dapat menentukan rahmat-Mu dan menguatkan pengampunan-Mu, memperoleh segala kebaikan, menyelamatklan dari kejahatan, memperoleh syurga dan selamat dari api neraka. Ya Allah sesungguhnya Engkau mendengar ucapanku, melihat tempat tinggalku, mengetahui lahir dan batinku, dan tidak satu urusanpun dari urusanku yang tersembunyi oleh-Mu. dan aku adalah hamba-Mu yang sengsara dan memerlukan, hamba yang meminta pertolongan dan yang mohon bantuan, hamba yang penakut, yang minta dikasihani yang mengakui dan menyatakan semua dosa-dosanya kepada-Mu seperti doanya orang berdosa yang amat hina. Aku mohon kepada-Mu, seperti orang penakut lagi pula buta, juga seperti berdoanya orang yang menundukkan jiwanya, merendahkan raganya dan wajah serta hidungnya kepada-Mu. Perkenankan permintaan dan doaku ya ALLAH.