Monday, May 30, 2011

Arroddu (35)

Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang yang bertaqwa (ialah seperti taman), mengalir di bawahnya sungai-sungai; senantiasa berbuah dan teduh. Itulah tempat kesudahan bagi orang yang bertaqwa; sedang tempat kesudahan bagi orang yang ingkar kepada Tuhan ialah neraka.

Mari bersedia...


Suatu hari Rasulullah SAW melalui dua buah kubur dan Rasulullah memberitahu sahabat kenapa dua penghuni kubur itu diseksa. Seorang itu diseksa kerana sangat suka menabur fitnah dan menyebabkan berlakunya pergaduhan akibat perbuatan jahat memfitnahnya itu dan yang seorang lagi itu diseksa kerana tidak membasuh najis selepas membuang air kecil. Lalu Rasulullah meminta pelepah tamar yang lembab dan membelah dua pelepah itu dan mencucukkan dua pelepah itu di atas dua kubur itu dan berkata bahawa dua penghuni kubur tersebut tidak akan diseksa selagi pelepah tamar itu belum kering.

Dua perkara ini telah Rasulullh khabarkan. Ia merupakan tip bagi kita supaya menghindarkan dua perkara ini agar jauh kita dari seksa kubur yang sangat dahsyat itu. Semoga Allah jauhkan saya dari kedua-dua sifat ini, Amin.

Sunday, May 22, 2011

Weekends

Weekend is the time where most of us looking forward. Many things have been scheduled. After all, weekend is just one or two days where we cannot do many things except one or two major ones. If attending a wedding ceremony is one of the activities, and if it is far away from our house probably this is the only activity we could do during our precious weekend. Make sure we have a quality weekend wedding ceremony trip.

If it is a family gathering, then probably mums will cook special dishes during weekend and it started by going to the wet market and buy some raw materials, clean the raw materials and get it cooked. And the precious moment is when we can eat together and family share a lot of things during the special meal. Make sure we have quality weekend gathering.

If it is a housekeeping activity, probably we can use the 5's concept of Japanese people. It could be applied to all sort of housekeeping. Anyway, make sure it is a quality weekend housekeeping.

HAPPY WEEKEND FROM HSCSA.

Thursday, May 19, 2011

Toha...

"Dia (Musa) berkata, "Ya Tuhanku lapangkanlah dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku dan lepaskanlah kekakuanku dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku" (Toha: 25 - 28)

Surah Toha ini menceritakan bagaimana Nabi Musa menghadapi manusia paling sombong dan bongkak yang mengaku dirinya Tuhan. Allah menyuruh Nabi Musa berhadapan dengan Firaun dengan firmanNya "La Takhaf" bermaksud "Janganlah takut". Pada ketika hendak berhadapan dengan Firaun, Nabi Musa memohon kepada Allah akan tiga perkara iaitu melapangkan dadanya, memudahkan urusannya dan mengelakkan dari lidahnya yang kaku.

Tuesday, May 10, 2011

SABAR ITU INDAH...


Tengahari tadi sahabat saya menemui saya dan menghadiahkan sesuatu yang sangat bernilai buat saya, jazakillahukhairan kathiro. Saya bukan hendak mengulas pemberian sahabat saya itu tetapi saya hendak menulis tentang sabar itu ibarat sinaran mentari. Gambar pokok nangka ini pula saya ambil di sekitar rumah ibu mertua saya. Iktibar yang saya ambil dari pokok nangka ini ialah jadilah seperti pokok nangka ini walaupun berat tetapi mampu menampung buah yang banyak untuk kebaikan orang lain.

Berbalik kepada sifat sabar tadi, firman Allah yang bermaksud:

"Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya pada waktu pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua-dua matamu berpaling daripada mereka (kerana) mengharapkan perhiasan
kehidupan dunia ini dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan daripada mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya kerana keadaannya itu melewati batas" (Surah al-Kahfi 18:28).

Menurut ayat ini, bersabar adalah dengan sedaya upaya menahan diri terkeluar daripada kalangan mereka yang beriman, yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah. Perintah sabar itu sekaligus sebagai pencegahan daripada keinginan manusia yang ingin bersama dengan dengan orang yang lalai daripada mengingati Allah S.W.T.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Dan solat itu laksana sinar rembulan, sedekah itu bukti keimanan, sedangkan sabar itu laksana sinar matahari." (Riwayat Muslim).

Sememangnya sabar itu bukan perkara yang mudah dilaksanakan kerana padanya terdapat kesulitan dan kepenatan. Meskipun sinar mentari itu panas dan tidak menyelesakan, tetapi manusia memerlukannya untuk mengeringkan pakaian yang basah dan memberi cahaya kepada tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan makanan, memberikan cahaya kepada haiwan agar hidup segar dan kuat. Bumi akan suram tanpa hadirnya sinar mentari. Itulah ibarat sifat sabar. Manusia sangat memerlukannya walaupun mendapatkannya sangat menyukarkan kita. Ternyata sabar itu indah!


TERIMA KASIH SAHABAT KERANA MENGHADIAHKAN PERKARA YANG SANGAT BERNILAI INI UNTUK SAYA JADIKAN PEGANGAN, INSYAALLAH. KAMULAH SAHABAT YANG BAIK YANG SENTIASA MENGINGATKAN SAYA TATKALA SAYA BERADA DI DALAM KEALPAAN DENGAN NIKMAT DUNIA INI. SAYA BERSYUKUR KEPADA YANG MAHA ESA.