Petikan Kata As-Syahid Hassan al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslim.Imam al-Banna dalam mendidik para ikhwan banyak menekankan pembawakan sahsiah muslim yang benar. Inilah salah satu tujuan perutusan Baginda Rasul SAW yang agung, iaitu menyempurnakan Akhlak yang karimah.Bukan mudah untuk berakhlak dengan akhlak yang baik. Semua ini perlu diproses dengan satu didikan yang berterusan dan dipantau dengan didikan tarbiyah imaniyah. Ia bukanlah keperibadian yang berpura-pura. Tetapi ia lahir dari hati yang melalui satu proses Rabbani yang bersumberkan Al-Qur’an dan As-Sunnah.Inilah dakwah yang bergerak. Da’wah bil hal adalah dakwah yang secara tidak langsung yang akan melekat dan memikat. Ia umpama da'wah tanpa suara. Akhlak ini membawa keindahan Islam dan kasih sayang dalam masyarakat.
Namun, hari ini kita kehilangan keperibadian yang menepati apa yang dikehendaki oleh Islam. Ayuh kita, perbaiki diri dan hati. Ketahuilah sahabat-sahabat, perkara terpenting pada masa ini adalah proses pembaiki diri menuju taqwa.Salam Ramadhan Kareem. Jadikan Ia medan untuk membaiki diri! Tarbiyah Fi Aidikum Fi Aidikum Faqad.
NB: Maaf, meminjam tulisan di atas dari blog http://brohamzh.blogspot.com/