Perkara yang paling penting dilakukan sebagai seorang manusia ialah berusaha kerana Allah dah bagi banyak facilities pada kita, kaki..tangan..otak...mata...hidung dan banyak lagi.
Lepas itu berdoa...berdoa itu senjata orang mukmin. Gunalah senjata apabila berjuang jangan simpan senjata sesuka hati kita. berdoalah bersungguh-sungguh, nyatakan hasrat dan impian kita kepada Allah, buat rayuan sepenuhnya...Allah sangat suka mendengar rayuan dan rintihan hambanya. Berdoalah di tempat, ketika dan saat yang betul dengan ikhlas dan yakin kepada pertolongan Allah.
Akhir sekali barulah kita bertawakkal...serahkan segalanya kepada Allah untuk natijahnya. Allah berhak beri atau tidak beri natijah seperti yang kita kehendaki. Natijah bukan hak manusia untuk menentukannya. Mungkin bagi kita baik...Allah Mengetahui yang lebih baik dari itu. Mungkin kita rasa natijah itu tidak baik tetapi Allah Maha Luas ilmuNya. Bukan hak kita sebagai manusia untuk mempertikaikannya. Oleh itu apabila kita telah serahkan segalanya kepada Allah, tidak akan timbul sedikitpun kekecewaan di dalam diri kita apabila natijah yang kita perolehi tidak seperti yang kita hajati.
Bersyukurlah sekiranya hajat kita dipenuhi. Sebaliknya bersabarlah sekiranya keputusan yang kita terima itu tidak seperti yang kita hajati. Allah tidak pernah menganayai hambaNya. Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang sifatNya.
Apa yang perlu dipersoalkan ialah apakah benar usaha yang kita lakukan itu yang terbaik atau yang paling maksima. Apakah mencukupi doa-doa yang kita panjatkan itu atau adakah doa kita itu sambil lewa sahaja sifatnya. Dua perkara ini kita boleh semak kembali tetapi natijah bukan hak kita untuk dipersoalkan.
SEMOGA KITA SENTIASA MENJADI HAMBANYA YANG BERSYUKUR, REDHO DAN SABAR, AMEEN...