Hidup ini pada memberi. Jika hidup ini pada meminta kelak nanti kita akan meminta-minta, kita akan jadi tension, stress, kelam kabut dan kalau tak tahan boleh jadi gila sebab kalau orang tak bagi pada apa yang kita minta lalu jiwa kita akan meronta-ronta. Biar sahaja kita jadikan kehidupan ini pada memberi. Jika kita ada sedikit, berilah sedikit, jika kita ada banyak berilah banyak, seadanya dan seikhlasnya. Tiada siapa yang boleh mempertikaikan kita kalau kita pemurah, suka memberi, suka menghadiah malah orang akan suka, Allah juga akan cinta pada kita kalau kita ikhlas pada memberinya kita. Memberi juga merupakan terapi kehidupan yang paling berkesan. Pada memberi kita akan menjadi mulia, pada memberi kita akan jadi sihat, pada memberi kita akan ramai teman dan sahabat, pada memberi kita akan sentiasa riang dan gembira. Jadi, pilihlah kehidupan ini pada memberi dan usahlah ditanam di dalam jiwa kehidupan ini pada menerima kerana apabila kita menjadi penerima kita akan sentiasa menunggu-nunggu, kita kan sentiasa meminta-minta, kita akan sentiasa mengata-ngata, kita akan sentiasa mengharap, kita akan sentiasa terteka-teka, yang paling dahsyat kita akan sentiasa menghukum orang lain kerana tidak menunaikan hak mereka kepada kita. Biarlah kita sentiasa pada memberi, kalau tiada harta yang berjutapun kita tidak hampa kerana memberi itu pilihan kita, apa yang ada sahaja. Hatta kalau yang adapun hanyalah sekelumit cinta, tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk memberinya kerana yang kita beri itu adalah kepunyaan kita, janganlah bersedih, biar sahaja pemberian kita itu dinilai Allah pada keikhlasan kita, insyaAllah.