Wednesday, November 10, 2010

Bila aku berbicara...


Sebenarnya sudah dua hari saya diuji oleh binatang kecil ini, geli pulak nak upload imej yang sebenar. Sesat seekor dalam rumah. Saya ke hulu dia ke hilir, saya ke tengah dia ke tepi...macam dalam cerita Tom and Jerry tu. Letih juga jadi Tom. Suami saya beri pandangan supaya berkomunikasi secara baik dengan makhluk Allah ini minta dia keluar dari rumah. Alhamdulillah setelah berbicara dengannya semasa saya keluar dari rumah ke tempat kerja pagi tadi; apabila saya balik ke rumah saya tak nampak lagi kelibatnya. Mudah-mudahan dia dah betul-betul meninggalkan rumah saya. Alhamdulillah, mudah juga saya bekomunikasi walaupun dengan seekor haiwan.

Pada pukul 9.30 pagi saya bermesyuarat di PPDHS tentang LADAP. Pada awal tahun 2010 saya sebagai SU LADAP menerima sekeping surat berbentuk memo meminta guru-guru membaca 7 buah buku bagi menggantikan latihan secara "school based" yang tidak lagi dapat dijalankan seperti biasa memandangkan proses penjimatan yang dilakukan oleh kerajaan di jabatan-jabatab kerajaan. Saya sudah menyuruh guru-guru membaca 7 buah buku dan membuat sinopsis seperti yang diminta. Tapi bila dipanggil hari ini lain pula format yang diminta. Penat juga saya berbicara mempertahankan apa yang telah dilakukan oleh guru-guru saya supaya mereka tak membuat kerja dua kali kerana ineffective communication yang berlaku dipihak lain.

Pukul 2.00 petang saya menghadiri mesyuarat guru dan bertindak juga sebagai pengerusi unit kurikulum. Ada kebih kurang 9 perkara yang saya catatkan di dalam agenda. Tapi ada pula ahli mesyuarat yang mempertikaikan post mortem Hari Anugerah Cemerlang yang saya lakukan. Saya memberhentikan post mortem itu kerana saya kata saya menghormati pandangan ahli mesyuarat. Walaubagaimanapun di dalam hati saya berbicara...nak ajak muhasabahpun tak mahu.