
1-Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.
2-Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warga negara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.
3-Objektif Kemahiran:
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.
