Semasa di Tingkatan 3A1 (kalau tak silap) bersama Cikgu Hasnah Johan dan Cikgu Norhizan Yahya semasa melawat Muzium DiRaja Pekan, Pahang. Cikgu Hasnah mengajar saya Geografi (Saya memperolehi Peringkat 3 semasa SRP) dan Cikgu Norhizan Yahaya mengajar Sejarah (Saya memperolehi Peringkat 2 semasa SRP). Selain dari mengingati jasabaik cikgu-cikgu saya ini, saya mengingat mereka dari segi Cikgu Hasnah sangat suka memakai baju kurung Johor/Pahang waktu itu dan Cikgu Norhizan sangat effective dengan nota Sejarahnya.
Walaikum salam. terima kasih kerana ingat pd saya. Sebagai guru semuanya automatik sejak dulu lagi: memaafkan. mengiklaskan, menginginkan kejayaan untuk anak didik yag dikasihi. ckgu juga ucapkan selamat menjalani hidup dengan cemerlang redho dan tawakal pada Allah. Semoga bahagia d dunia hingga ke akhirat beserta keluarga tersayang .amin.
Shamsida Binti Mohd Nor February 6 at 10:47pm
Terima kasih cikgu. Sayapun jadi cikgu juga...dunia pendidikan hari ini sangat tinggi cabarannya. Doakan saya berjaya mengharunginya.
Hasnah Johan February 7 at 12:30am Report
Insya-Allah..jadi pendidik memang mencabar . Apa yang penting ialah niat : "ilmu Allah untuk di sampaikan kerana Allah"... kita tidak berdaya sama sekali melainkan dengan ikhsan dan rahmat dariNya. berusahalah dengan ikhlas dan dengan cara yg sangat baik & indah dengan redho. Bersihkan hatinya dan tawanlah ia(anak didikmu).. Saya doakan usaha Shamsidar memberi kesan dan barokah insya-Allah. Amin.
Shamsida Binti Mohd Nor February 7 at 8:30pm
Amin. Terima kasih banyak cikgu, nasihat yang sangat berguna dan saya akan ikut, insyaAllah.