Monday, June 27, 2011

SEJENAK BERSAMA 3G

Bila loceng 1.10 berbunyi saya pergi ke kelas 3G untuk menjemput mereka ke bilik mesyuarat, sebagai guru saya rasa terpanggil untuk memperbetulkan matlamat mereka dan memberi mereka kesedaran tentang tugas dan peranan mereka sebagai seorang pelajar. Maklumlah peperiksaan PMR dah hanya tinggal 3 bulan. Tiga perkara yang saya tanyakan kepada mereka:

1- Dah berapa peratus persiapan kamu untuk menghadapi PMR?

Jawapan mereka majoritinya menyebutkan persediaan mereka adalah dari serendah 25% ke 45% dan hanya seorang pelajar lelaki bernama Ramesh yang bersedia sebanyak 70%.

2- Soalan kedua saya berbunyi, "Apakah sebabnya persediaan mereka terlalu rendah?

Majoriti menjawab malas/tak rajin, tiga orang pelajar mengatakan banyak bermain. Tiada yang menjawab faktor selain daripada perkara di atas. Saya meminta pelajar berterus terang supaya memberitahu faktor lain tetapi mereka tetap dengan jawapan mereka bahawa sebenarnya mereka yang malas. Saya cuba menduga mungkin faktor guru menyebabkan mereka gagal membuat persediaan, mereka menafikan sekeras-kerasnya.

3- Soalan ketiga saya ialah apakah langkah seterusnya setelah menyedari masalah yang mereka hadapi?

Jawapan mereka pelbagai: banyakkan latih tubi, banyakkan latihan, banyakkan ulangkaji, kurangkan facebook, kurangkan bermain, kurangkan menonton TV, kurangkan tidur dan buat study group. Saya berpuas hati dalam jawapan mereka kerana tiada pelajar yang meminta guru matapelajaran ditukarkan, kelas dicat baru, kipas tak cukup. Kesemua mereka mengakui kelemahan datang dari dalam diri mereka sendiri.

PENEGASAN YANG SAYA BUAT:

1- Saya hendak mereka faham bahawa diri mereka sahaja yang boleh mengubah nasib diri mereka, guru hanyalah sebagai pembimbing, penunjuk ajar atau fasilitator. Guru cemerlang Jusa C (Tn. Haji Zainal bin Sudin) juga tidak dapat memastikan kejayaan anak muridnya jika pelajar itu sendiri tidak memberikan usaha yang bersungguh-sungguh.

2- Saya juga hendak mereka tahu bahawa di dalam Al-Quran juga ada menyebutkan bahawa orang lain tidak boleh mengubah nasib mereka dan hanya diri mereka sendiri yang mampu melakukannya. Atau dalam Bahasa Inggeris menyebutkan 99.99 % is from the perspiration and only 0.01 % is the inspiration.

3- Jangan membuang masa dengan melakukan helah bela diri dengan mencari faktor penyebab yang lain seperti tak ada buku, mak tak beri galakan, cikgu murni tak pandai mengajar, kipas rosak. Semak kelemahan diri sendiri dan perbaiki kelemahan tersebut.

SAYA MENDOAKAN MEREKA SEDAR DAN SETERUSNYA BERJAYA MEMBUAT SESUATU PERUBAHAN YANG MENDATANGKAN KEBAIKAN KEPADA DIRI MEREKA SENDIRI, AMIN.