Saturday, July 9, 2011

ISRAK DAN MIKRAJ(IM)- IKTIBAR DALAM KEHIDUPAN MUSLIM


Iktibar (1):
Dari peristiwa IM yang berlaku lebih kurang 16 bulan sebelum peristiwa hijrah nabi ke Madinah; di mana sewaktu nabi berada di Mekah ramai manusia yang menolak risalah dakwah yang dibawa oleh baginda Rasulullah lalu Allah memberitahu baginda bahawa hidayah adalah milik Allah, hatta nabi sendiripun tidak diberi kemampuan oleh Allah untuk memberikan orang lain hidayah. Dari kalangan orang yang baginda sayangi sekalipun iaitu Abu Talib, bapa saudara yang begitu kuat menyokong baginda namun Allah tidak mentakdirkan Abu Talib masuk Islam.

Iktibar (2): Masjidil Aqsa adalah satu-satunya masjid selain masjidil haram dan masjidil annabawi yang disebut di dalam Al Quran, surah Al Israk ayat yang pertama di mana semasa perisitiwa IM, Allah memperjalankan Nabi dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Masjid yang sangat istimewa yang terletak di bumi Palestine, bumi yang sangat barokah. Itulah faktor utama kenapa orang Yahudi cuba merampas tanah Palestine-kerana barang yang baik (barokah) mestilah semua orang berhajat kepadanya. Satu lagi faktor ialah apabila di dalam AlQuran menyatakan satu ketika nanti bumi ini akan diperintah oleh seorang khalifah Islam dan pusat pemerintahannya adalah di Palestine-sebab itulah orang Yahudi sangat takut bumi Palestine ini dikuasai oleh orang Islam maka waktu itu hancurlah kekuatan mereka di muka bumi ini- pemikiran orang yang tidak beriman.

Iktibar (3): Semasa perjalanan Baginda di dalam peristiwa IM, penyebaran salam sentiasa berlaku. Salam disebarkan oleh nabi kepada manusia yang lain, manusia sesama manusia, manusia kepada malaikat, malaikat kepada manusia dan malaikat dengan malaikat., hatta makhluk yang lain juga memberi salam kepada manusia. Contohnya pokok-pokok memberikan salam kepada nabi. Ini memberikan pengajaran kepada kita bertapa pentingnya salam dalam perhubungan sesama manusia. Ia bertujuan doa dan menyemarakkan perasaan kasih dan sayang sesama makhluk.

Iktibar (4): Islam memuliakan akal tetapi tidak mendewakan akal, akal perlu seganding dengan iman. IM merupakan penganugerahan penting kepada manusia iaitulah anugerah solat 5 waktu sehari dan semalam. IM juga memberitahu manusia supaya banyakkan bersedekah kerana orang yang bersedekah itu confirm harta yang diberikan kepada orang lain itu tidak dituntut oleh Allah di akhirat kelak. Di atas segala ibadah keikhlasan sangatlah dituntut. Perbuatan yang tidak disertakan dengan niat yang ikhlas akan menjadi sia-sia belaka.

(Dari buku catatanku-forum Masjid Darul Quran)