Wednesday, December 29, 2010

Syukurku...

Apa iktibar yang boleh diambil dari pokok betik ini? Pokok betik ini kekurangan daun...syukur walau dalam keadaan kekurangan kerana ramai lagi orang yang jauh kurangnya dari kita.
Alhamdulillah, syukurku kerana telah banyak tugas di sekolah telah dapat dilaksanakan. Antaranya ialah menyiapkan buku pengurusan, pelan strategik dan mengendalikan mesyuarat kurikulum.
SEBAGAI PERINGATAN:
Perancangan untuk tiga tahun berikutnya ialah:
1-Memantapkan SAP-HEADCOUNT untuk membantu pelajar
2-Memantapkan LADAP untuk menyemarakkan semangat (memotivasikan) guru mengajar
3-Mengenali latar kehidupan pelajar melalui PERSONALITY TEST DAN TALENT TEST
4-Melaksanakan program INTERVENSI
5-Memantapkan proses PENYELIAAN bagi membantu guru melaksanakan tugas mereka dengan lebih berkesan

Tuesday, December 14, 2010

SEIRI...SEITON...SEISO...SEIKETSU...SHITSUKE

Salah satu aktiviti atau konsep yang patut kita perkenalkan pada ahli keluarga di dalam rumah atau di tempat kerja

SEIRI/SISIH/SORT
Mengasing atau membuang barang-barang yang tidak diperlukan di rumah atau tempat kerja secara sistematik.

SEITON/SUSUN/SET IN ORDER
Menyusun barang-barang yang diperlukan dengan teratur dan sistematik supaya ianya mudah diambil dan dikembalikan ke tempat asal setelah digunakan (Tempat untuk semua dan semua berada di tempatnya)

SEISO/SAPU/SHINE
Membersih dan memeriksa bahagian di dalam rumah atau di tempat kerja secara berkala supaya tiada habuk atau kekotoran di atas lantai dan peralatan.

SEIKETSU/SERAGAM/STANDARDISE
Mengekalkan tahap piawaian penyusunan dalam rumah atau di tempat kerja dengan menekankan kebersihan dan kekemasan pada setiap masa.

SHITSUKE/SENTIASA AMAL/SUSTAIN
Shitsuke denotes a commitment to maintaining the practices of the first four S steps. It is the commitment not just to 5S methodology, but to a process of continual improvement known as kaizen. 5S can only be effective if it is a continual daily process by which all work is conducted. All strategies and methods fail without commitment.
Reinforcing and maintaining the four steps through shitsuke sustains positive growth and increased safety and efficiency.

Thursday, December 9, 2010

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

Gambar kapal di sebelah ini bukanlah gambar Kapal Van Der Wijck. Ia adalah gambar kapal construction di Tambak Johor yang sedang menjalankan aktivitinya di sana dan gambar ini saya ambil semasa saya menginap di M-Suite berhadapan dengan Tambak Johor.
Entri kali ini saya cuma memetik beberapa perenggan dari novel Pak Hamka Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck untuk ketenangan jiwa dan minda saya sendiri dan sekiranya ada pembaca yang sudi berkongsi, apa salahnya. Buku yang mengupas tentang persoalan cinta yang dianugerahkan Allah kepada makhluk-Nya.
....."Kalau ada kepercayaanmu demikian. Maka Tuhan tidaklah menyia-nyiakan engkau. Sembahlah Dia dengan khusyuk, ingat dia sewaktu kita senang, supaya Dia ingat pula kepada kita di waktu kita sengsara. Dialah yang akan membimbing tanganmu. Dialah yang akan menunjukkan haluan hidup kepadamu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap, jangan takut menghadapi cinta. Ketahuilah Allah yang menjadikan matahari dan memberinya cahaya. Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi. Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa. Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan. Maka Allah pula yang menjadikan hati dan memberikannya cinta. Jika hati kau diberi-Nya nikmat pula dengan cinta sebagaimana hatiku, marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya, kita jaga dan kita pupuk, kita pelihara supaya jangan dicabut Tuhan kembali. Cinta adalah iradat Tuhan, dikirimkan-Nya ke dunia supaya tumbuh. Kalau dia terletak di atas tanah yang gersang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah, dia akan membawa kerusakan. tetapi jika ia hinggap kepada hati yang suci, dia akan mewariskan kemuliaan, keikhlasan dan taat kepada Ilahi"
Memulakan pembacaan di PH dan menamatkanya di BJ ( 1- 3 Muharram 1432)

Friday, December 3, 2010

Matapelajaran Sivik Tahun Depan...

Antara objektif matapelajaran sivik diperkenalkan di sekolah ialah:

1-Objektif Pengetahuan:
i. Mengenal pasti ciri-ciri peribadi yang boleh menyumbang terhadap pembangunan masyarakat dan negara.
ii. Menerangkan peranan dan tanggungjawab keluarga terhadap pembentukan masyarakat yang sejahtera.
iii. Memahami pelbagai agama, tradisi dan budaya masyarakat Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu.
iv. Menjelaskan usaha kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang progresif dinamik dan patriotik.
v. Menghuraikan peranan dan tanggungjawab warganegara terhadap pembangunan negara.
vi. Mengetahui cara-cara menangani cabaran dan ancaman yang boleh menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan negara.


2-Objektif Nilai:
i. Mempunyai wawasan untuk mencapai kejayaan diri, masyarakat dan negara.
ii. Menghargai sumbangan keluarga dalam membentuk masyarakat yang mapan.
iii. Berbangga terhadap keunikan pelbagai budaya sebagai keistimewaan masyarakat Malaysia.
iv. Menghargai kepentingan alam sekitar dalam meningkatkan kualiti hidup.
v. Bersikap prihatin terhadap anggota masyarakat yang memerlukan bantuan demi kesejahteraan bersama.
vi. Menunjukkan kesedaran sivik dan kewarganegaraan sebagai warga negara yang bertanggungjawab.
vii. Cinta akan negara dan sanggup berkorban untuk negara.
viii. Menunjukkan semangat kekitaan dalam mengekalkan keamanan dan keharmonian negara dan sejagat.


3-Objektif Kemahiran:
i. Mendisiplinkan diri dalam mencapai wawasan diri dan negara.
ii. Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota keluarga untuk melahirkan keluarga yang bahagia.
iii. Berinteraksi dengan anggota masyarakat pelbagai kaum untuk mewujudkan perpaduan negara.
iv. Menangani konflik diri, keluarga dan masyarakat.
v. Bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk kebaikan bersama.
vi. Menyertai aktiviti pembangunan masyarakat dan negara.
vii. Mengambil tindakan wajar dalam menghadapi pelbagai situasi.

Semua objektif yang dikemukakan ini adalah sangat baik dan jika guru-guru boleh mendidik semua pelajar supaya lebih berfikiran sivik (civic mindedness) dengan menekankan perkara-perkara yang penting berlaku setiap hari seperti sikap suka kepada kebersihan, sikap tidak mementingkan diri sendiri, sikap berhemah di jalanraya, sikap sayang kepada harta awam, sikap parking dengan teratur, sikap suka berbaris dan sebagainya. Tetapi perkara ini telah menjadis kudis dalam negara kita kerana sikap orang-orang yang tidak mempunyai pemikiran sivik, suka-suka hati buang sampah, suka-suka hati di atas jalanraya, suka-suka hati potong queue, suka-suka hati parking dan pelbagai suka hati lagi....Alangkah mulianya guru-guru sekiranya boleh mengubah sikap pelajar-pelajar kita agar mereka tidak mewarisi penyakit kudis yang sudah menular di dalam negara kita ini. Alangkah indahnya masyarakat dan negara kita jika kita hidup dalam keadaan tenang, bersih, sopan, aman, damai....pastinya bahagia dunia dan akhirat.

Saturday, November 13, 2010

CLASS RELIEF...

After so many discussions about relief in the past fourth teacher's meeting, I think something can be done to reduce the problem. However, before any suggestion made let me clerify why relief should be done in school. If school could impose a system of class without teacher safely, we should not need any relief but the real situation in most schools, students could not leave without a teacher around. Therefore, to overcome the problem of school teachers that refuse to guard the class on behalf of their friends who cannot come to school for certain reasons, we shall engage parents who are free at home to come to school to help school to sit in and keep on eye their children. Through the collaboration of PTA (PIBG) and school management, school could request (parents who are willing to help) their particulars and their usual free timetable. Anytime the school management need their help they could be contacted through phone or e-mail or any medium of communication. I believe there are parents who are caring enough to help school.

Friday, November 12, 2010

Ikhlas - jernihkan hati semuanya untuk Allah
Ikhlas Oleh : BroHamzah
Hari ini saya belajar tentang ikhlas.Ikhlas ia mudah disebut-sebut, dicanang-canang, digembar-gembur, dihebah-hebah, dan diulang-ulang.Namun, ikhlas itu sukar dan payah untuk dijelmakan dalam kehidupan.Entah mengapa, begitu sukar untuk mengikhlaskan niat dalam beramal.Ikhlas itu jernihIkhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Ibadah yang memerlukan kesungguhan dan perhatian khusus. Ia adalah asas penilaian antara diterima atau ditolak sesuatu amal perbuatan.
Iklas - ia melambangkan ketulenan dan keaslian keimanan seseorang hamba Allah SWT
Ikhlas - ia adalah jalan menuju kebahagiaan atau kerugian yang sebenar.
Ikhlas - ia adalah laluan ke arah syurga mahupun neraka
Apa makna ikhlas ya?
Ia berasal daripada bahasa arab – Khalaso ; ertinya murni, jernih dan hilang campuran-campurannya. Kata-kata ikhlas menunjukan kesucian, kejernihan, kebersihan dan bebas dari segala campuran dan kotoran.Ikhlas adalah asas daripada semua ibadah. Kata Ibnu Hazm : “ Niat ialah rahsia dan merupakan sebahagian daripada sifat penghambaan. Dia adalah niat dari amal ibadah zahir dan nyawa dari suatu jasad. Tidak mungkin, dalam sebuah penghambaan ada amalan yang tidak disertai niat. Amal yang seperti itu sama dengan jasad yang kosong, tanpa nyawa.”
Ayat skema?
Eh, nampak beratkah huraian di atas. Saya cuba permudahkan.Ikhlas, ialah amalan hati. Ikhlas itu kita buat suatu perkara kerana Allah, untuk Allah, hanya Allah dan semuanya adalah Allah SWT. Tiada tujuan lain.Itu ikhlas.Kita fahami kata-kata Ibnul Qayyim tentang ikhlas :“ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”Maknanya, apa sahaja yang kita buat dalam kerangka ketaatan adalah diniatkan kerana Allah SWT.Kita hidup ini kerana Allah, makan nasi kerana Allah, minum kerana Allah, belajar kerana Allah, membeli barang keperluan harian kerana Allah, membantu orang kerana Allah, melayari internet kerana Allah, mengajar di kelas kerana Allah, dan semuanya kerana Allah.Kenapa semuanya perlu kerana Allah?Sebabnya, ini adalah suruhan dan arahan Allah SWT.
Di dalam surah Bayyinah (98) ayat 5 yang bermaksud :“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
Apa yang dilakukannya, semua kerana Allah SWT. Dengan pengharapan untuk memperolehi keredhaan-Nya.Ikhlas dalam beramal, adalah kerana Allah tanpa berharapkan harta kemewahan, bentuk-bentuk ganjaran pembalasan, kemashsyuran yang menggiurkan, darjat pangkat yang gah, dan dipuja-puja oleh manusia.
Tanda-tanda Ikhlas
Setiap sesuatu yang kita laksanakan ada indikatornya, ada tandanya ; begitu juga dengan ikhlas. Antara tandanya :(1) Takut akan kepopulariti dan kemasyhuran dikhalayak ramai, bimbang namanya tersebar dan disebut-sebut dengan amalan yang dilakukan. Hatinya gusar.
(2) Sentiasa menuduh dirinya dengan kelemahan, kekurangan, ketidak upayaan dan penuh dengan keaiban di sisi Allah SWT. Dia sentiasa berwaspada dengan tipu daya dengan amalan dan bangga diri.
(3) Beramal secara senyap, diam, tersorok itu lebih disukainya daripada amalan yang dikelilingi dengan kegemparan perancangan, diheboh-heboh dan kebingitan kemasyhuran. Makna, mulut hebah mencanangkan apa yang akan dibuat, dijanji dan sebagainya, tetapi perbuatan dan janji yang ada umpama tin kosong tanpa amalan nyata.
(4) Tidak kisah dengan kata-kata, dan pandangan manusia sekiranya dibelakangnya adalah kemurkaan Allah SWT.(5) Cinta dan bencinya, memberi dan sekatannya, keredhaan dan kemarahannya ; semuanya adalah kerana Allah SWT.
(6) Berusaha untuk mengikhlaskan diri dengan sedaya mungkin. Insafi diri selalu bermuhasabah dan mengelak untuk ujud dan riyak.Jalan menuju keikhlasan
Pernah saya ditanya oleh seorang pelajar.“ Ustaz, jika saya belajar kerana ibu bapa saya itu ikhlas kan ustaz?“ Tidak”“ Kenapa?”“ Ikhlas itu, kita belajar dan beramal kerana Allah”“ Tidak sama ka”“Tidak”Belajar kerana Allah ialah hati kita bulat dan sepenuhnya adalah kerana Allah. Kita didik hati dan proses untuk semuanya kerana Allah.Tiada percampuran niat.Harus ikhlas dan belajar untuk ikhlasBagaimana hendak memahami erti hakikat IKHLAS?Kita perlu ikhlas. InsyaAllah. Dengan keikhlasan, kita akan merasai kemanisan dan kenikmatan beriman, menyakini dan menagungi kebesaran serta kehebatan Allah SWT.Salam menuju keikhlasan yang murni dan hakiki

Thursday, November 11, 2010

Empat Golongan...

Saya mengingat kesekian kalinya apa yang disebut oleh pensyarah management saya puluhan atau belasan tahun yang lalu...management is an art of getting things done through people. To acquire that art is not an easy job. Baru beberapa hari saya diberikan tanggungjawab banyak perkara juga saya telah belajar tentang management. Yang paling utama saya nak sentuh dari definisi itu ialah "........people" Pengurusan sangat berkait dengan manusia. Seni menyuruh orang buat kerja...bagaimana? Mungkin kalau seni buat batik boleh dipelajari dalam masa sehari paling singkat kerana kain, cat, bahan chanting itu tidak akan berkata apa-apa bila kita mencalitkan atau dicalitkan warna di situ tetapi seni menyuruh manusia membuat kerja bukan satu perkara yang mudah untuk dipelajari kalau tidak disertakan dengan minat yang mendalam tentangnya. Sebagai pengurus kita terlebih dahulu perlu mengenalpasti siapa yang kita urus. Secara umum dan kebiasaannya terdapat 4 golongan manusia pekerja yang sedang berada di dalam organisasi. Mereka adalah golongan:
(1) Kerja sedikit-cakap banyak (30 %)
Ciri-ciri:
Tiada atau kurang ilmu/ego/malas/tak nampak silap sendiri/nampak silap orang lain/memilih pekerjaan kerana tiada pilihan lain
(2) Kerja sedikit-cakap sedikit (20 %)
Ciri-ciri:
Tiada atau Kurang Ilmu/Sedar Diri/Ada Keinginan Membuat Kerja/Mengakui Kesilapan Sendiri dan Boleh Bertolak-Ansur dengan Kelemahan Orang Lain/Mempunyai Minat Yang Sedikit Terhadap Pekerjaannya
(3) Kerja Banyak-Cakap Banyak (40 %)
Ciri-ciri:
Berilmu/Ego/Nampak Silap Orang Lain/Tidak Nampak Silap Sendiri/Pekerjaan Pilihan
(4) Kerja banyak- cakap sedikit (10 %)
Ciri-ciri:
Berilmu/Rendah Hati/Jelas Matlamat Bekerja/Bermotivasi Tinggi
Yang paling bahaya ialah golongan (1). Kalau bilangan golongan ini bertambah; mereka akan mengkucar-kacirkan organisasi dengan perangai dan sikap mereka yang sentiasa negatif dan cuba mempengaruhi orang lain pula.
Yang perlu diraikan dan boleh dinamakan anak emas organisasi ialah golongan (4). Golongan ini perlu dirai dan disokong. Kerana produktiviti mereka boleh membantu membangunkan organisasi.
Golongan (3) akan banyak mencabar barisan pentadbir dengan kepandaian mereka. Namun pentadbir boleh belajar sesuatu daripada mereka.
Golongan (2) masih mempunyai harapan untuk dibantu terutamanya untuk meng-up grade ilmu pengetahuan mereka.
Setelah golongan ini dikenalpasti, strategi untuk meminta mereka membuat kerja perlu dirangka dengan sebaik mungkin, dari dalam dan juga luar. Dari dalam bermaksud hati-hati mereka perlu dididik. Dari luar pula bermaksud kemahiran bekerja mereka perlu ditingkatkan, kemahiran sokongan seperti soft skill perlu disemai di kalangan mereka dan social skill juga harus wujud demi menwujudkan suasana kerja yang lebih harmoni dan membahagiakan. Wallahualam.