Jadi bagaimana solusi bagi menangani perbezaan ini supaya perbezaan itu menghasilkan kesejahteraan atau keharmonian bukan kehuruharaan jiwa dan minda. Petuanya mudah sahaja kata seorang ulamak yang saya temui. Amalkan 2B dan 2L.
B1-BERANI mengatakan kebaikan orang lain iaitu sentiasa berbaik sangka dengan orang lain, BERANI menghormati pendapat orang lain, BERANI menerima pendapat yang baik dari orang lain dan BERANI menolak keegoan yang ada di dalam diri kita sendiri.
B2-BIJAKSANA di dalam menangani setiap perbezaan. Tidak semua perbezaan itu buruk. Apabila perbezaan itu ditangani secara BIJAKSANA, hasilnya akan dapat membuahkan kemanisan iman.
L1-LUPAkan kebaikan diri sendiri dan ingat kebaikan orang lain. Jangan kita asyik mengingat-ingat kebaikan kita terhadap orang lain kerana bimbang timbul riak kepada perbuatan baik kita itu, bimbang juga kita menjadi tidak ikhlas melakukannya. Kehadiran riak dan kehilangan ikhlas akan menjadikan ibadah yang kita lakukan itu sia-sia sahaja.
L2-LIHAT kepada kelemahan dan kekurangan diri supaya kita boleh memperbaikinya sambil melakukan taubat kepada ALLAH. Kerana Allah suka kepada orang yang tawaduk dan bertaubat kepadaNYA.
Bila kita berpegang kepada 2B dan 2L di atas, insyaALLAH hati kita akan menjadi tenang dan bahagia hidup di dunia yang terlalu banyak perbezaan ini. WALLAHUALAM.
No comments:
Post a Comment