
Ayah pula akan beri sedikit duit belanja sekolah. Masa darjah satu belanja saya 15 sen, bila naik darjah dua belanja naik 5 sen. tapi tak setiap tahun naik. Seingat saya bila darjah 6 belanja saya naik jadi 25 sen. Saya ingat lagi dulu saya ada tabung ayam untuk simpan sebahagian duit belanja yang tak habis. Mak juga ada bukakan akaun simpanan saya di pejabat pos. Bukan banyakpun sekali menyimpan tetapi sikap menabung itu yang amat saya hargai yang diajar oleh mak. Saya ingat lagi salah satu cara mengumpul duit ialah dengan cara memenuhkan stem pada sekeping kad. Kalau tak silap bila penuh kad itu jumlah simpanan ialah $2.00. Bila penuh saya bawa kad tersebut ke pejabat pos dan kerani pejabat pos akan copkan ke dalam buku simpanan saya. Mak, walaupun cuma sekolah dewasa tapi bijak mendidik anak-anaknya mengurus dan menabung. Bila saya masuk sekolah asrama semasa Tingkatan Satu, adalah sedikit duit simpanan selain dari duit biasiswa kecil persekutuan yang saya dapat. Seronoknya beremosi mengenangkan waktu saya kecil-kecil dulu....