
Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram (Ar Ra'd:28)
Thursday, February 24, 2011
Kembara Di Bumi Allah (15.02.2011-25.02.2011)

Tuesday, February 8, 2011
Pesan Cikgu kepada saya...

Walaikum salam. terima kasih kerana ingat pd saya. Sebagai guru semuanya automatik sejak dulu lagi: memaafkan. mengiklaskan, menginginkan kejayaan untuk anak didik yag dikasihi. ckgu juga ucapkan selamat menjalani hidup dengan cemerlang redho dan tawakal pada Allah. Semoga bahagia d dunia hingga ke akhirat beserta keluarga tersayang .amin.
Shamsida Binti Mohd Nor February 6 at 10:47pm
Terima kasih cikgu. Sayapun jadi cikgu juga...dunia pendidikan hari ini sangat tinggi cabarannya. Doakan saya berjaya mengharunginya.
Hasnah Johan February 7 at 12:30am Report
Insya-Allah..jadi pendidik memang mencabar . Apa yang penting ialah niat : "ilmu Allah untuk di sampaikan kerana Allah"... kita tidak berdaya sama sekali melainkan dengan ikhsan dan rahmat dariNya. berusahalah dengan ikhlas dan dengan cara yg sangat baik & indah dengan redho. Bersihkan hatinya dan tawanlah ia(anak didikmu).. Saya doakan usaha Shamsidar memberi kesan dan barokah insya-Allah. Amin.
Shamsida Binti Mohd Nor February 7 at 8:30pm
Amin. Terima kasih banyak cikgu, nasihat yang sangat berguna dan saya akan ikut, insyaAllah.
Tuesday, February 1, 2011
Jack and Jill went up the hill

Jack and Jill went up the hill,
The preparation of physical, mental, emotional and spiritual
I and my team members from Malaysia are preparing for e-ICON in Seoul, Korea. Success is the journey not the destination. We really pray to Allah that He grants us goodness in this journey. Please protect us along our way, please also protect our families that leave behind. We are helpless without His help. Please grant us seccess in the event, please shower us with the blessings and please grant us with the best knowledge that we could use it to get closer to You Ya Allah. Amin.To my beloved husband, my father and my families, my principal, friends in Islam and friends in general, who are being so supportive and unconditional love and affection, please pray for my team that Allah will put no difficulties on us, Amin and Thank you very much.
Wednesday, January 26, 2011
Peringatan buat diriku yang lupa
(Gambar di sebelah ialah gambar masjid sultan di Singapore)WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Monday, January 24, 2011
Perjalanan pulang ke rumah yang melegakan...

Wednesday, January 5, 2011
Guru kita...
Alat ini digunakan untuk membersihkan dan mengasingkan padi daripada sampah sarap yang terkumpul semasa padi dituai di sawah. Cara manual yang digunakan oleh petani di zaman dahulu. Sekarang sudah ada mesin penuai yang siap mengasingkan kekotoran tersebut.Saya sebenarnya nak menulis tentang pemerhatian saya terhadap kerjaya yang saya ceburi ini dan bukan kerjaya petani seperti di dalam intro di atas. Apabila saya bertukar-tukar pendapat dengan seorang kawan dari New Zealand; beliau mengatakan guru dipandang tinggi di New Zealand dan gaji guru di sana sangat tinggi dan kerjaya ini sangat high profil. Dengan rakan dari Australia pula kerjaya guru memerlukan sekurang-kurangnya master degree walaupun guru tersebut berada di primary school. Semasa saya mendengar taklimat dari wakil sebuah sekolah di Singapura; guru-guru mereka diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi seperti master degree atau PHD degree dengan cara membawa masuk pensyarah dari Universiti di seluruh dunia semasa cuti sekolah dan mengajar guru-guru tersebut waktu cuti sekolah. Masa cuti bagi guru-guru tersebut dipenuhi dengan program menambah khazanah ilmu di dalam diri mereka. Tujuannya supaya guru-guru lebih berfikiran luas kerana yang mereka hendak didik itu adalah "future leaders", menurut pandangan mereka.
Semua input dari rakan-rakan luar saya itu membuat saya teruja sekiranya perkara yang sama dapat berlaku di dalam kalangan guru kita. Saya masih ingat semasa saya belajar di peringkat master, ada rakan-rakan yang terpaksa bergaduh dengan pengetua kerana hendak pergi menuntut ilmu pada hari Sabtu. Saya pernah menasihatkan Penolong Kanan saya supaya memberi kelonggaran kepada penuntut-penuntut ilmu kerana darjat orang menuntut ilmu ini tinggi di sisi Allah. Di sisi Allah dia tinggi apalagi di sisi kita. Sudah bertahun NUTP memperjuangkan supaya tangga gaji guru yang mempunyai master di naikkan tetapi hingga sekarang, cadangan tinggal cadangan. Bukan saya bermaksud mengatakan ilmu itu boleh dibeli dengan wang ringgit tetapi kita nak menggambarkan bertapa pentingnya ilmu itu dan motivasi perlu diberikan dalam apa jua bentuk bagi menggalakkan guru-guru mencintai ilmu pengetahuan. Di samping itu orang yang menuntut ilmu ini tergolong dalam fisabilillah dan berhak mendapat wang zakat menggambarkan bertapa sukarnya seseorang yang menuntut ilmu dan bertapa mulianya juga menjadi seorang yang berilmu pengetahuan. Duduk dalam majlis ilmu juga digambarkan oleh Rasulullah sebagai duduk di dalam salah satu taman di antara taman-taman syurga, mengapa kita tidak berusaha mengambil peluang itu atau sekurang-kurangnya memberi laluan mudah kepada orang-orang yang hendak menuntut ilmu.
Saya tak pasti kalau pandangan saya ini tepat tetapi kalau diperhatikan guru-guru kita ini hanya ramai mengupgradekan dari segi kenderaan, rumah kediaman dan pakaian. Sistem yang ada membentuk mereka jadi demikian. Tak salah mengupgrade perkara-perkara tersebut tetapi ilmu pengetahuan juga perlu diberi keutamaan untuk diupgrade. Pihak yang mempunyai authority pula perlu memikirkan bagaimana caranya membantu guru-guru ini mengupgradekan ilmu pengetahuan mereka. Mungkin salah satunya memberi recognition kepada guru-guru yang mempunyai master dan PHD tanpa membiarkan ilmu yang ada itu tidak digunakan. Selain itu menyediakan ruang mereka mencurahkan kembali ilmu yang ada, contohnya syarat sekolah kluster ialah guru-gurunya mesti ada master atau PHD. Contoh lain, syarat menjadi Pengetua mestilah mempunyai PHD dan sebagainya. Wallahualam...sekadar pandangan dan tidak berniat menyentuh mana-mana peribadi.