Tuesday, November 20, 2007

Taubat


Salam...


Apabila penulis teringat diri yang dhoif, banyak dosa-dosa yang lalu, yang sekarang, yang mungkin berlaku lagi di masa hadapan, yang kecil yang besar, yang nampak dan yang tak nampak, tiba-tiba sahaja datang rasa gementar sama ada taubat nya diterima atau tidak. Namun dalam bermunajat, kita perlu sentiada bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah kalau kita menjalankan usaha kita, lambat laun Allah akan beri jua jalan untuk kita, insyaAllah. Di bawah ini aku sertakan sedikit tulisan dari seorang sahabat mengenai Taubat, semoga dapat berkongsi manfaatnya.



Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia. Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ...Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. ..Semoga kita tergolong alam golongan yang sentiasa ertaubat kepada Rabbnya.

Wednesday, November 7, 2007

Mood Swing


Salam...
Hari ini rasa serba tak kena, semuanya gara-gara ketenangan pagi telah tergugat. Sebelah pagi sebenarnya merupakan quality time bagi penulis tapi bila suasana itu telah terganggu, kesannya sepanjang hari. Bila balik ke rumahpun rasa serba tak kena tu masih menghantui, akhirnya penulis mencari ubat yang paling sesuai untuk menghilangkan rasa serba tak kena itu dengan membasuh hati dengan zikiruLLah...
Satu diantara kekuatan yang Allah kurniakan kepada umat islam ialah zikrullah. Saya merasakan orang-orang islam pada hari ini tidak begitu memanafaatkan aktiviti yang amat penting ini. Dalam kitab sohih Muslim, Nabi saw pernah bersabda " Sabbaqal mufarradun " yang bermaksud "Telah mendahului mereka yang tersendiri ". Lantas Nabi memuji golongan ini. Golongan yang di gelar oleh baginda sebagai Al mufarradun. Golongan yang tersendiri. Kata Nabi mereka mendahului orang-orang lain.
Lantas para sahabat ra bertanya kepada baginda. Siapakah sebenarnya golongan Al mufarradun ini. Maka Nabi menjawab mereka ialah golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah swt. Itulah golongan istimewa yang mendapat pujian. Lantas di zaman dahulu khususnya di zaman Nabi , para sahabat dan di peringkat awal islam, zikir terutamanya zikir dengan hati ini amat diutamakan. Sebab itu ketika itu umat islam berjiwa tenang. Umat islam sentiasa di kurniakan ilham sehingga mereka mampu menghadapi masalah-masalah yang besar dan kemudiannya dapat menewaskan musuh mereka dan menegakkan empayar islam.
Mereka dapat melakukan demikian kerana mereka memperolehi kekuatan dari dalam bukan dari luar. Mereka tidak mengadu tentang orang lain berhubung dengan kesilapan diri sendiri tidak seperti kita orang islam pada hari ini. Jika berlaku apa-apa masalah pada umat islam kita dengan cepat salahkan barat, salahkan yahudi, salahkan yang itu dan ini tetapi tidak pernah salahkan diri kita sendiri yang cuai, leka, alpa, yang tidur banyak dan seumpamanya. Semuanya orang lain salah dan kita tidak pernah bersalah. Umat dahulu mereka banyak bermuhasabah tentang diri mereka sendiri. Ia benar kadangkala musuh pun memainkan peranan untuk menghancurkan islam. Itu tidak boleh kita nafikan, tetapi umat dahulu, mereka lebih banyak memberikan tumpuan tentang dalaman, diri dan kecuaian mereka sebab mereka menyedari jika mereka terus menerus cuai, mereka akan kalah.
Justeru mereka banyak berzikir, muhasabah diri sendiri, perbaikki diri mereka, akhirnya alhamdulillah Allah memberikan pertolongan dan bantuan kepada mereka. Seperti apa yang saya katakan tadi satu diantara aktiviti yang amat mereka utamakan ialah zikrullah. Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan yang di muliakan, jika kita benar-benar berzikir, memberi tumpuan kepada zikir sebagai contoh kita berkata Allah, ataupun subhanallah, mengulang-ulanginya secara berterusan mungkin sehari memakan masa 8 - 10 minit tetapi dengan penuh khusyuk. Yang paling penting yang hendak ditekankan pada pagi ini ialah zikir dengan penuh khusyuk. Bukan zikir dengan lisan tetapi mata terbeliak melihat kesana kesini. Bukan zikir dengan lidah tetapi hati menerawang kesana sini, tetapi dengan penuh khusyuk,masyaallah otak kita akan menjadi lebih cemerlang dan kemudiannya seluruh badan kita menjadi lebih baik.
Mengikut satu kajian yang di buat oleh seorang Professor daripada Harvard Medical School iaitu Professor Herbert Benson. Mereka yang meditasi, ini bahasa orang barat. Mereka tidak faham zikrullah. Mereka hanya faham meditation. Tidak mengapa sebab zikrullah yang di lakukan dengan khusyuk menyamai dan melebihi meditation. Ada yang sama tetapi sudah pasti ada yang berbeza dan malah lebih. Tapi kita sekadar nak berbincang bab meditasi untuk kita faham perubahan biologi yang berlaku dalam diri kita ketika kita berzikrullah dengan penuh khusyuk. Maka berkata Dr. Benson mereka yang bermeditasi secara mendalam, mereka sebenarnya sedang menghilangkan tekanan pada diri mereka sebab ketika meditasi yang sedang mereka lakukan otak menggunakan 17 % lebih rendah oksigen daripada biasa. Ini satu yang cukup luarbiasa. Denyutan jantung mereka juga lebih rendah daripada orang lain. Maksudnya tekanan pada jantung tidak ujud. Ketiganya otak mengeluarkan satu gelombang, gelombangnya bernama Gelombang Theta ataupun Theta Wave.
Kebiasaan jika kita sedang berfikir sekarang, kita sedang mengeluarkan Gelombang Beta, tetapi jika kita sedang berzikir dengan penuh khusyuk dan ketika itu kita melupakan kesemua apa yang berlaku diluar sana, itu yang kita maksudkan zikir yang khusyuk. Ketika itu otak kita mengeluarkan gelombang baru yang bernama Theta. Gelombang inilah gelombang ketenangan. mengikut pakar-pakar yang mengkaji ketika itulah sistem badan kita berubah. Disamping otak kita berubah dan mendapat kekuatan baru, badan kita keseluruhannya juga berubah. Antara kajian yang menarik ialah, kajian yang berkaitan dengan sistem Imiul atau sistem pertahanan badan. Mereka dapati golongan yang banyak bermeditasi mereka sebenarnya mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih mantap daripada orang lain terutama orang yang sentiasa sibuk kesana kemari dan sentiasa sibuk hendak mengambil tahu tentang orang lain. Mereka hidup dengan jiwa yang tidak pernah tenang dan hidup dalam keadaan penuh tekanan, sistem pertahanan mereka rendah dan mereka senang di timpa penyakit. Sebaliknya orang yang banyak bermeditasi sistem pertahanan mereka mantap. Mereka jarang mendapat penyakit.
Ada satu kajian bagi wanita yang banyak berzikrullah atau bermediatasi, mereka mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan yang wujud di payudara mereka. Ini satu kajian khas dan penemuannya juga kita anggap special. Ketika bermeditasi darah mengeluarkan satu bahan khas yang dapat membunuh sel-sel tumbuhan dalam payudara. Itulah kehebatan yang ada pada meditasi dan zikrullah yang dilakukan dengan penuh khusyuk ialah meditasi di tahap yang tinggi. Saya mengatakan tadi mereka yang berzikrullah menyamai orang-orang yang bermeditasi dan juga mengatasi golongan ini. Sama sebab perubahan badan yang berlaku tadi akan dirasai oleh orang bermeditasi dan zikrullah dengan khusyuk. Dimana lebihnya. Lebih kerana mereka akan mendapat ilham special. Ilham ini berpandukan janji Allah yang berbunyi " Waman ja hadu fiina lanah diyannakum subulana" " Orang yang bersungguh-sungguh membersihkan dirinya melawan hawa nafsunya, kami yakni Allah akan tunjukkan jalan-jalan kami kepada mereka. Itu yang lebih, dengan cara demikian mereka mendapat petunjuk, ilham dan juga jalan keluar daripada masalah yang mereka hadapi setiap hari.
Lantas tuan-tuan dan puan-puan yang saya muliakan, marilah kita sama-sama mendekati Allah dengan banyak berzikir dan sudah pastinya zikir yang paling pokok ialah solat yang dilakukan dengan khusyuk , jangan abaikannya kerana jika dilakukan kesemuanya ini dengan khusyuk, kita akan menjadi insan yang special, kita akan mendapat banyak faedah dalam diri kita sendiri dan kita akan mendapat ilham dan petunjuk daripada Allah. Jangan abaikan kekuatan ini dan kemudian mencari kekuatan yang lain. Inilah kekuatan yang paling asas yang perlu kita manafatkan insyaallah, penulis memetik hal berkaitan zikrullah dari laman web:
http://www.personal.psu.edu/azd131/Tazkirah/KekuatanHati.htm

Sunday, November 4, 2007

Nikmat AidilFitri


Salam...
Hari ini telah masuk hari ke-23 bulan syawal bagi umat Islam di negara Malaysia. Namun bulan syawal yang makin menghilang dan zulkaedah yang makin menjelma merancakkan lagi suasana rumah terbuka di mana-mana sekalipun. Penulis sendiri menerima lima undangan pada hari semalam namun yang sempat ditunaikan hanyalah dua sahaja memandangkan yang tiga lagi itu berada di lokasi yang agak jauh dan sukar untuk mengejar ruang masa yang dihadkan. Walau bagaimanapun, apa yang hendak diperkatakan oleh penulis adalah berkenaan limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah kepada kita begitu banyak sekali. Dalam kemehawan yang kita kecapi ini seharusnya kita tidak lupa bahawa ujian yang Allah datangkan kepada hamba-Nya tidak hanya berupa kesusasahan, kesulitan dan kesakitan semata-mata. Malah, manusia perlu berwaspada kerana ujian dan cubaan akan datang kepada mereka dalam bentuk kesenangan, kemewahan dan kekayaan. Ini secara terang difirmankan oleh-Nya bermaksud: “Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbia, ayat 35). Sebenarnya ujian Allah ke atas hamba-Nya dengan nikmat harta kekayaan dan pelbagai kesenangan, pada hakikatnya lebih berat daripada ujian dengan bencana, seksaan dan kesusahan. Ini kerana berapa ramaikah orang yang memiliki kekayaan, tetapi hidupnya penuh dengan kecelakaan kerana gagal mengguna atau menyalurkannya pada tempat sewajarnya.Kekayaan yang dimiliki diuji oleh Allah. Ini jelas diterangkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh at-Tarmizi bermaksud: “Sesungguhnya bagi setiap umat ada ujian dan ujian bagi umatku ialah harta kekayaan.”Demikian juga dengan orang yang diuji dengan pangkat dan kekuasaan, hinggakan mereka menyangka mereka telah berkuasa sepenuhnya dan memiliki segala-galanya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya bermaksud: “Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas ketika menganggap dirinya serba cukup. Sesungguhnya hanya kepada Tuhanmu tempat kembali.” (Surah al-Alaq, ayat 6-8)Ayat ini menegur sikap manusia yang angkuh dan sombong yang menganggap mereka memiliki segala-galanya dan boleh melakukan apa saja selepas mendapat kekuasaan dan pangkat dalam masyarakat. Pada hal, apa yang dimiliki hanya sedikit daripada kurniaan Allah kepada hamba-Nya. Rasulullah bimbang umatnya yang diulit dengan kemewahan yang tidak ingatkan Allah. Ini kerana kehancuran umat terdahulu adalah kerana kemewahan. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Bukhari bermaksud: “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang aku khuatirkan atas kamu, akan tetapi aku khuatir sekiranya kemewahan dunia yang kamu dapat sebagaimana yang telah diberikan kepada orang sebelum kamu, lalu kamu bergelumang dalam kemewahan itu hingga binasa, sebagaimana bergelumang dan binasanya umat terdahulu.”a untuk mensyukuri segala nikmat pemberian Ilahi. Walaupun kita tidak diuji dengan kesusahan kita harus merasa bimbang juga bahawa kita diuji di dalam bentuk kesenangan.