Tuesday, November 20, 2007

Taubat


Salam...


Apabila penulis teringat diri yang dhoif, banyak dosa-dosa yang lalu, yang sekarang, yang mungkin berlaku lagi di masa hadapan, yang kecil yang besar, yang nampak dan yang tak nampak, tiba-tiba sahaja datang rasa gementar sama ada taubat nya diterima atau tidak. Namun dalam bermunajat, kita perlu sentiada bersangka baik dengan Allah. InsyaAllah kalau kita menjalankan usaha kita, lambat laun Allah akan beri jua jalan untuk kita, insyaAllah. Di bawah ini aku sertakan sedikit tulisan dari seorang sahabat mengenai Taubat, semoga dapat berkongsi manfaatnya.



Ketika terbit matahari pagi dan cahaya bersinar, pasti terdapat orang yg jujur imannya kembali kepada Allah. Ketika terbenam matahari dan muncul bintang yang cahayanya mampu menembus kegelapan malam, pasti terdapat orang yang bertaubat kembali taat kepada Allah.Orang yang bertaubat terbebas dari perasaan ujub, tidak punya rasa takabbur (sombong), dan tidak banyak bicara yang sia-sia. Orang yg bertaubat berada di antara harapan dan rasa takut, antara damai dan bencana, antara keselamatan dan kebinasaan. Orang yang bertaubat di dalam hatinya terdapat sesuatu yg membara. Di dalam jiwanya terdapat bara cinta, di dalam air matanya terdapat berbagai rahsia. Orang yang bertaubat mengetahui bagaimana melepaskan dan menghubungkan, bertemu dan berpisah, menerima dan menolak.Dalam setiap peristiwa, orang yang bertaubat selalu memperoleh pelajaran berharga. Maka, ketika merpati berkicau, ketika ayam berkokok, ia meratapi kesalahan-kesalahan nya, ketika kilat berkilau, ia gementar, ...Apakah kita sudah bertaubat dan merasai perasaan sepertinya.. ..Semoga kita tergolong alam golongan yang sentiasa ertaubat kepada Rabbnya.

No comments: