Sunday, March 27, 2011

Strategi yang baik boleh membantu mencapai kejayaan

Gambar ini adalah matawang Korea iaitu won.

Orang benar yang tidak berstrategi boleh dikalahkan oleh musuhnya yang berstrategi















Gambar ironing board ini saya ambil semasa saya menginap di asrama BTPN Selangor. Saya tertarik dengan rekaan ini kerana beberapa faktor seperti cantik, kemas, jimat ruang dan praktikal. Bagi mereka yang mendiami rumah dengan ruang yang agak terhad strategi rekaan ini bagi saya sangat praktikal. Selain itu, locker tersebut boleh juga memuatkan barang-barang kecil di sebelah dalamnya sementara di atas locker pula boleh diletakkan tin bedak, shampoo dan sebagainya. Saya suka mencadangkan cermin muka dipasang pada pintu luar locker ini supaya ia dapat mempelbagaikan fungsinya. "Hendak Seribu Daya"


Wednesday, March 23, 2011

Riadhah Keluarga

Cuti penggal pertama kali ini saya mengambil kesempatan ke Pusat Bowling di SP untuk main bowling. Abah vs mama vs kakak vs adik. Tahniah pada Abah sebab dia juara. Bila mama tanya rahsia Abah, apa dia baca untuk jatuhkan semua pin in one go Abah jawab, "baca SubhanaLLah". Abah sangat tepat, siapa yang mampu menggerakkan sesuatu selain DIA.
Tiga jenis sukan yang sangat digalakkan ialah memanah, berkuda dan berenang. Pada pendapat saya yang jahil ini sukan bowling ada sedikit persamaan dengan sukan memanah kerana ia memerlukan ketajaman minda untuk lebih fokus semasa menjatuhkan pin, kemahiran tangan untuk menggolekkan bola dan keseimbangan badan kerana menggolekkan bola memerlukan keseimbangan badan. Saya masih perlu banyak belajar untuk lebih mampu menjatuhkan banyak pin.

Wednesday, March 16, 2011

Cari tahu untuk menambah ilmu dan iman...




Dipetik dari http://www.isuhangat.net/2011/03/gempa-bumi-dan-tsunami-dalam-al-quran/

1-Kalau kita cari perkataan gempa bumi dalam Al Quran:

Perkataan gempa bumi secara tegas dinyatakan sebanyak 4 kali, iaitu pada Surah Al A’raaf (ayat; 78, 91 dan 155) dan Surah Al-Ankabut ayat 37. Dalam Surah Al An’aam ayat 65 kalimat gempa bumi hanya ditemui dalam penjelasan.

2- Seterusnya kalau dikembangkan lagi dengan perkataan “Bumi bergoncang”:

Maka akan ditemui sebanyak 4 kali juga, iaitu pada Surah Ar Ra’d ayat 31, Al Waaqi’ah ayat 4, Surah Al Fajr ayat 21 dan Surah Al Zalzalah ayat 1.

3- Seterusnya dari laporan Integreted Tsunami Database for the Pacific menjelaskan bahawa gempa bumi bumi:

Telah mula tercatat pada tahun 416 sehingga sekarang. Keadaan ini menunjukkan bahawa jauh sebelum itu,Al Quran telah menjelaskan tentang peristiwa gempa bumi.


4- Secara etimologi,definisi gempa bumi adalah merupakan peristiwa alam, terjadi secara mendadak, kerana pelepasan energi, akibat daripada pergeseran relatif batuan/lempeng tektonik/kerak bumi.

Merujuk kepada definisi tersebut, maka dalam Al Quran dalam Surah Al Zalzalah ayat 1 dan 2, secara jelas dikatakan Apabila bumi digoncangkan dengan goncangannya (yang dahsyat), dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung) nya,

Berkenaan dengan Tsunami pula, sudah pasti perkataan Tsunami tidak akan kita temui dalam Al Quran, kerana tsunami berasal dari bahasa Jepun iaitu (tsu = pelabuhan, nami = gelombang laut), tetapi kalau dihubungkan dengan definisi tsunami itu sendiri adalah sebagai gelombang laut dengan jangka masa panjang yang ditimbulkan oleh gangguan impulsif dari dasar laut, tsunami ini menimbulkan gelombang besar ke kawasan pantai.

Memerhatikan definisi dari tsunami tersebut, maka dalam Al Quran akan ditemui 2 ayat iaitu dalam Surah Al Infithar ayat 3,”dan apabila lautan menjadi meluap” dan Surah At Takwiir ayat 6 “dan apabila laut dipanaskan”. Makna kedua Surah tersebut, adalah menegaskan, dimana laut akan meluap kerana kerana adanya proses pemanasan didasar bumi.

5- Menurut teori, gangguan implusif adalah seperti gempa bumi tektonik, erupsi volkanik, dan gelongsoran (land slide):

Tsunami menyebabkan terjadinya bencana di darat dan dilaut, sebagaimana yang dijelaskan pada Surah Al An’am ayat 63, dimana Allah menanyakan kepada manusia iaitu,

Katakanlah: “Siapakah yang dapat menyelamatkan kamu dari bencana di darat dan di laut?.

Fenomena terjadinya patahan, dan terbentuknya gunung-gunung akibat pergerakan kerak bumi ini dapat ditemui dalam Al Quran pada 1). Surah Ar Ra’du ayat 41

“dan apakah mereka tidak melihat bahawa sesungguhnya Kami mendatangkan daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya? Dan Allah menetapkan hukum (menurut kehendakNya), tidak ada yang dapat menolak ketetapanNya; dan Dia-lah Yang Maha cepat hisabNya”.

2) Surah An Naba ayat 6 dan 7, iaitu

“Bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan? Dan gunung-gunung sebagai pasak?

Manusia diseru dalam Surah Thaha ayat 81, iaitu

“Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaanKu menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia”.

6- Kesimpulannya:

Pesanan Allah ini selalu diabaikan oleh manusia, sehingga terjadinya sumber daya yang berlebihan, contohnya pengeluaran minyak bumi, gas cairdan sebagainya, sehingga telah menimbulkan kesan kepada generasi berikutnya.

Bukan saja eksploitasi terhadap sumberdaya yang dilakukan oleh manusia, manusia itu sendiri juga telah mengeksploitasi dirinya sendiri, sehingga telah menimbulkan kehidupan yang tidak harmonis antara manusia dengan lingkungan, dan manusia dengan manusia, apalagi manusia dengan Sang Khaliq, seperti yang digambarkan dalam Surah Ar-Ruum ayat 41 iaitu

“Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)”.

Semua bencana ini tidak akan terjadi, apabila semua manusia itu tunduk dan patuh untuk melaksanakan seluruh perintah dan menghentikan semua larangan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, sebagaimana yang disampaikan pada Surah Al Hadid ayat 22, iaitu “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah”.

Dari berbagai tinjauan yang disampaikan di atas, terjawablah bahawa gempa bumi bumi dan tsunami merupakan proses dari Allah untuk penyempurnaan ciptaan-Nya. CiptaanNya yang sempurna ini, bukan hanya berlaku kepada bumi, tetapi juga kepada penghuninya.

Friday, March 4, 2011

SPECIAL CALL FOR 3G SEMEKAP NOT 3G CELCOM

So sorry that teacher could not teach you in class but please read for your Test One on Monday....

To all 3gs and 3is, please read...

Major Characters


1- Mr. Gabriel John Utterson:
An old lawyer and Dr. Jekyll's good friend of many years, Mr. Utterson is a bit dull, but well respected and known in his community as a person of quality character. His distant kinsman, Mr. Enfield, tells him a story of a mysterious Mr. Hyde. Reminded that Hyde is the main beneficiary of Dr. Jekyll's will, Mr. Utterson seeks to uncover the strange connection between his friend Dr. Jekyll and the notorious Mr. Hyde.

2- Mr. Richard Enfield:

Mr. Enfield is a young businessman, a distant cousin to Mr. Utterson's, and his walking companion. They get along because they share a similarly dull and regular nature. While on one of their scheduled Sunday walks, Mr. Enfield begins the narrative by telling a story about his encounter with a mysterious Mr. Hyde. Later, Mr. Enfield and Mr. Utterson witness Dr. Jekyll's strange behavior as he talks to them from his window.


3- Mr. Edward Hyde:
A small, hunched man with a disagreeable manner, Mr. Hyde comes and goes by the connecting laboratory wing of Dr. Jekyll's home. Upon hearing from Mr. Enfield about Hyde, Mr. Utterson recognizes the name as the main beneficiary on Dr. Jekyll's will. Mr. Hyde disappears after he is seen murdering Sir Danvers Carew. In the end, Mr. Utterson finds out that Mr. Hyde is a physical manifestation of Dr. Jekyll's evil alter ego.


4- Dr. Henry Jekyll:
A well-respected doctor and Mr. Utterson's good friend, Dr. Jekyll undergoes extreme changes in his behavior. Mr. Utterson is convinced it has something to do with the mysterious Mr. Hyde, who is the main beneficiary of Dr. Jekyll's will. As it turns out, Dr. Jekyll has invented a chemical formula that can turn a person into his alter ego. Dr. Jekyll uses his Hyde persona to live a secret life of depravity.


5- Dr. Lanyon:
An old friend of Mr. Utterson and Dr. Jekyll, Dr. Lanyon has, over the years, clashed with Dr. Jekyll on certain scientific matters. After the murder of Sir Danvers Carew, when Jekyll unexpectedly turns into Mr. Hyde, he sends a desperate letter to Dr. Lanyon requesting materials from his lab. In front of Dr. Lanyon, Mr. Hyde changes into Dr. Jekyll. After witnessing the transformation, Dr. Lanyon falls ill and dies. He leaves behind a letter addressed to Mr. Utterson, explaining the details of what he saw.


6- Poole:
Dr. Jekyll's faithful butler, Poole aids Mr. Utterson in uncovering Hyde's true identity. Poole helps Mr. Utterson break down the laboratory door where they find Hyde dead.


Minor Characters


7- little girl:
In Mr. Enfield's story, he witnesses a strange man run over a little girl who had been called to fetch a doctor. To compensate for his dastardly deed, the stranger agrees to pay the little girl's family a sum of one hundred pounds.


8- maid servant:
While looking out her window one night, the maid servant witnesses the brutal murder of Sir Danvers Carew. She identifies the murderer as Mr. Hyde.


9- Sir Danvers Carew:
Mr. Utterson's client, Sir Danvers Carew is an esteemed, kindly old gentleman . One night, a maid servant looking out her window witnesses Mr. Hyde clubbing Sir Danvers Carew to death.


10- (officer) Inspector Newcomen:
The Scotland Yard officer in charge of the Carew murder, Inspector Newcomen goes with Mr. Utterson to Soho to search Hyde's residence.
Mr. Guest: Mr. Utterson's young clerk, Mr. Guest is a student of handwriting. When asked by Mr. Utterson to analyze Mr. Hyde's letter, Mr. Guest notices that the handwriting is similar to Dr. Jekyll's dinner invitation.


11- Bradshaw:
Dr. Jekyll's footman, Bradshaw is called upon to help Poole and Mr. Utterson break down the laboratory door and catch whoever is inside. In Dr. Jekyll's confession, Bradshaw is mentioned as one of his servants who saw Mr. Hyde one moment, and Dr. Jekyll the next.

Wednesday, March 2, 2011

Bila penyapu digerakkan...

Apabila penyapu mula digerakkan, sampah pula mula menepi, hati saya terasa lapang, lega dan mendamaikan. Fikiran juga mula merasa tenteram dan akhirnya idea-idea yang baik mula menjelma, hati pula mula merasakan kasih sayang, kerinduan, kesyukuran dan kesyahduan. Wajah pula mula menampakkan kemanisannya. Saya berkata kepada diri saya sendiri, sapulah setiap hari agar sampah sarap itu pergi dan seluruh kawasan akan mekar dengan kedamaian dan kesucian. Saya akan menyapu setiap hari, insyaAllah.