Tuesday, October 27, 2009

Constructive Criticism

(Gambar Sungai Nil di Mesir diambil semasa trip ke Mesir)

Saya sedang memuhasabah perilaku sendiri. Rasanya terlalu banyak mengkritik orang sejak kebelakangan ini. Saya mengkritik pelbagai golongan seperti orang atasan saya, rakan-rakan saya, keluarga saya dan juga orang di bawah saya (dalam erti kata kesenioritian dari sudut umur dan pekerjaan). Saya berpendapat mengkritik secara berhadapan lebih baik kerana orang yang dikritik boleh membela diri mereka. Walau bagaimanapun di dalam mengkritik itu saya mendapat pelbagai respon yang pastinya berbeza-berbeza:

1- Ada yang tak boleh terima walaupun perkara yang saya kritik itu benar.
2- Ada yang boleh terima kritikan saya tetapi kritik saya balik.
3- Ada yang terima kritikan saya tapi lepas itu menyepikan diri seolah-
olah merajuk.
4- Ada yang tak respon langsung dengan kritikan saya.
5- Ada yang menerima kritikan saya dengan hati yang terbuka dan
berterima kasih pada saya lalu melakukan perubahan.

Dengan pelbagai respon itu saya faham bahawa tidak semua orang boleh menerima kritikan secara ikhlas dan terbuka. Oleh itu meskipun mengkritik untuk membina namun kritikan mesti mempunyai adab-adabnya tersendiri:

1- Berikan kritikan dengan ikhlas:
(a) kerana hendak memperbaiki bukan memburukkan keadaan
(b) kerana perkara yang dikritik jelas bertentangan dengan hukum syarak dan kita yang nampak, wajib menegur.
(c) untuk membuka mata dan fikiran pengkritik dan orang yang dikritik.

2- Berikan kritikan secara hikmah dengan cara:
(a) minta kebenaran terlebih dahulu sebelum mengkritik
(b) terangkan dahulu kesilapannya kemudian cadangkan cara penambahbaikan.
(c) berikan penghargaan dahulu sebelum mengkritik kerana manusia secara tabie'nya tidak suka dikritik tetapi suka dipuji.
(d) Pilih masa, tempat dan suasana yang sesuai untuk mengkritik.
(e) Mengkritik secara "heart to heart" atau "face to face'
(f) Jangan mengkritik di khalayak ramai, bimbang memalukan orang yang dikritik dan dia langsung membenci kita.

3- Mengkritiklah sekirannya memang perlu mengkritik.

4- Jangan megkritik hanya sekadar untuk mencari kesilapan orang lain sebaliknya mengkritiklah atas dasar semua manusia bukan perfect dan kita memang perlu ditegur dan diingatkan selalu.

5- Jangan hanya pandai mengkritik, beri peluang juga diri sendiri
dikritik supaya dapat juga merasa bagaimana perasaan kita bila dikritik.

Sekiranya berhadapan dengan orang seperti nombor 1 hingga 4; rendahkan diri dan minta maaf serta jelaskan semula kenapa kita terpaksa mengkritik mereka supaya dengan kritikan kita tidak memutuskan sebarang perhubungan kita dengan mereka.

Monday, October 12, 2009

Terima Kasih di atas khidmat cemerlangmu

Kau tidak pernah gagal memberikan khidmat terbaik buatku, sebuah perkhidmatan yang cemerlang kau berikan kepada aku selama ini selaku tuanmu...ziarah, dakwah, menuntut ilmu, keluar mencari rezeki yang halal, menghubungkan silaturahim, semuanya sudah kau lakukan dengan cemerlang. Semoga kau berkhidmat dengan cemerlang juga atau lebih cemerlang pula terhadap tuanmu yang baru. Thank you Allah that He has provided me with good transport to move from a place to another without any or big problem...Alhamdulillah.

Baraan...Taman Bernam Jaya With Blossom Nights

Sekali lagi syawal 1430 H diraikan dengan berselawat dari rumah ke rumah di Bernam Jaya. Seawal 7.30 petang iaitu selepas solat maghrib para muslimah telah sedia
untuk keluar baraan...tentu sahaja telah diizinkan baraan oleh suami masing-masing.
Matlamat baraan di sini adalah selain memuliakan junjungan besar kita Rasul s.a.w. dengan alunan selawat, baraan ini juga bertujuan untuk menguatkan ikatan silaturahim di lokus kejiranan serta meraikan kedatangan eidulfitri yang tiba setahun sekali ini secara berjemaah. Kumpulan baraan sempat baraan di lima buah lorong selama lima malam berturut-turut yang mana setiap lorong mempunyai lebih kurang 13 buah rumah. Diakhiri baraan jemaah baraan dihidangkan dengan juadah yang enak. Semoga matlamat dan objektif yang telah ditetapkan itu tercapai seterusnya baraan ini mendapat keredhaan Allah s.w.t....Ammen.

Sunday, October 4, 2009

Terdapat Perubahan...

Terima kasih kerana sudi datang meraikan hari raya di rumah cikgu. Kalau tahun lepas mereka datang naik bas kali ini datang naik kereta...Alhamdulillah sudah ada perubahan yang positif meskipun berbentuk material dan kereta dipinjam dari ibu bapa. Nanti bila dan habis belajar dan mempunyai pekerjaan dan datang sudi lagi datang menziarahi gurunya ini, mereka datang memandu kereta sendiri pula...Selamat Hari Raya dan Selamat Maju Jaya. Looking forward to see positive change in our lives...Ameen.

Kepemimpinan Berkesan (LDP SMKAP/4/2009)

Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kali ini (3 Oktober 2009) mengupas tajuk Kepemimpinan Berkesan. Ustadz Anhar Bin Opir dari UPSI sangat bertenaga sekali menyampaikan tajuk tersebut dan terlalu banyak perkongsian dan percambahan ilmu yang dapat diperolehi dari ceramah beliau. Antara yamg disebut di dalam ceramah beliau, kita tidak perlu meminta-minta jawatan. Kerana di dalam sebuah hadith nabi, Rasullulah pernah menyatakan pada sahabat sekiranya mereka meminta-minta jawatan dan mereka memperolehinya maka Allah akan membiarkan mereka menyelesaikan sendiri urusan mereka. Sebaliknya pertolongan Allah akan datang kepada pemimpin yang dipilih oleh kerana kelayakannya memimpin.

Antara sifat-sifat yang wajib ada pada pemimpin ialah:
1- Kuat dan amanah
2- Taqwa (Berhati-hati)
3- Adil
4- Tauladan yang baik
5- Lembut dan mengasihi
6- Menerima dasar musyawarah

Tiga kemahiran asas kepemimpinan:
1- Kemahiran Konseptual
2- Kemahiran Teknikal
3- Kemahiran Berkomunikasi

Ketrampilan yang diperlukan oleh seorang pemimpin:
1- Berkomunikasi
2- Merancang dan mentadbir
3- Kerja Berpasukan
4- Pengetahuan yang global
5- Tindakan Strategik
6- Pengurusan Kendiri

Kami semua guru-guru mengucapakan jutaan terima kasih kepada Tuan Penceramah.

Friday, October 2, 2009

Tips Menjadi Penulis Rabbani...

Mulai dari entri ini aku akan membahasakan diriku sebagai "saya"...lebih lembut rasanya. Menulis di mana-manapun adalah merupakan wadah dan wasilah untuk kita menyampaikan sesuatu. Ianya bukan sekali-kali menjadi matlamat kita. Kita gunakan penulisan untuk menyampaikan risalah dakwah kepada pembaca. Menyampaikan sesuatu yang mulia wajib menggunakan wadah yang mulia juga. Jadi, menulis bukan boleh dibuat saja-saja. Sepatutnya semakin banyak kita menulis semakin dekat kita kepadaNya...yakni semakin tawadu', semakin ikhlas, semakin jauh kita dari sifat riak, takabbur dan sebagainya yang mazmumah...

1- Dari hujung rambut hingga hujung kaki perlu bersedia untuk menulis. Organ yang paling penting untuk bersedia apabila kita hendak mula menulis ialah "hati". Di dalam hati tanamkan niat yang ikhlas untuk menulis kerana menyampaikan risalah dakwah...adakah menulis untuk tujuan lain? Tetapkan niat sebelum, semasa dan selepas kita menulis mengapa kita hendak menulis....
2- Sebaiknya ambillah wuduk apabila kita hendak menulis. Dengan basahan wuduk, tubuh badan kita akan merasa selesa, tubuh badan yang selesa akan menghasilkan minda yang sejahtera, minda yang sejahtera akan menghasilkan idea-idea yang sejahtera juga.
3- Menulislah perkara yang memang kita arif mengenainya...jangan menulis perkara yang bukan bidang kita. Agak sukar mengulas perkara yang tidak kita tahu. Dan yang paling dibimbangi ialah kita salah mengulas perkara tersebut. Kalau satu dunia baca dan menghayati perkara yang salah, sukar pula untuk kita memperbetulkannya.
4- Ambil tahu siapa pembaca kita, supaya dapat kita menyesuaikan penggunaan bahasa kita.
5- Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya terpelihara niat dan perbuatan kita semasa menulis dan agar tulisan kita mencapai matlamatnya....Wallahualam.