Friday, October 2, 2009

Tips Menjadi Penulis Rabbani...

Mulai dari entri ini aku akan membahasakan diriku sebagai "saya"...lebih lembut rasanya. Menulis di mana-manapun adalah merupakan wadah dan wasilah untuk kita menyampaikan sesuatu. Ianya bukan sekali-kali menjadi matlamat kita. Kita gunakan penulisan untuk menyampaikan risalah dakwah kepada pembaca. Menyampaikan sesuatu yang mulia wajib menggunakan wadah yang mulia juga. Jadi, menulis bukan boleh dibuat saja-saja. Sepatutnya semakin banyak kita menulis semakin dekat kita kepadaNya...yakni semakin tawadu', semakin ikhlas, semakin jauh kita dari sifat riak, takabbur dan sebagainya yang mazmumah...

1- Dari hujung rambut hingga hujung kaki perlu bersedia untuk menulis. Organ yang paling penting untuk bersedia apabila kita hendak mula menulis ialah "hati". Di dalam hati tanamkan niat yang ikhlas untuk menulis kerana menyampaikan risalah dakwah...adakah menulis untuk tujuan lain? Tetapkan niat sebelum, semasa dan selepas kita menulis mengapa kita hendak menulis....
2- Sebaiknya ambillah wuduk apabila kita hendak menulis. Dengan basahan wuduk, tubuh badan kita akan merasa selesa, tubuh badan yang selesa akan menghasilkan minda yang sejahtera, minda yang sejahtera akan menghasilkan idea-idea yang sejahtera juga.
3- Menulislah perkara yang memang kita arif mengenainya...jangan menulis perkara yang bukan bidang kita. Agak sukar mengulas perkara yang tidak kita tahu. Dan yang paling dibimbangi ialah kita salah mengulas perkara tersebut. Kalau satu dunia baca dan menghayati perkara yang salah, sukar pula untuk kita memperbetulkannya.
4- Ambil tahu siapa pembaca kita, supaya dapat kita menyesuaikan penggunaan bahasa kita.
5- Sentiasalah berdoa kepada Allah supaya terpelihara niat dan perbuatan kita semasa menulis dan agar tulisan kita mencapai matlamatnya....Wallahualam.