Saturday, February 21, 2009

Pengalaman Di Jogjakarta, Indonesia

6 Februari, 2009...semasa menunaikan solat musafir aku memohon doa kehadrat Allah semoga perjalanan ini akan mejadi ibadah buatku sambil mempelajari hal yang baru serta dapat menimba pengalaman yang berguna di dalam perjalanan ini...Jogjakarta adalah destinasiku, selamatkan Ya Allah perjalanan kami ini.
Dari paras "eye-view" di tingkap pesawat, aku sudah dapat mengagak bahawa kota Jogjakarta juga mempunyai struktur penduduk yang agak padat. Sampai di Bandara Internasional Adipsut Jipto, kami disambut mesra oleh dua orang sahabat Jogja. Jogja terkenal dengan jolokan Kota Pendidikan kerana terdapat begitu banyak universiti (universitas) di sana termasuk universiti yang terkenal iaitu Universitas Gadja Mada. Di kota ini banyak sekali motorsikal digunakan sebagai pengangkutan oleh penduduknya terutama sekali oleh para penuntut universiti-universiti yang terdapat di sana.
Schedule semasa di Jogjakarta:
1-Menginap di Hotel Kusuma yang terletak di Condong Catur selama tiga malam
Hotel tiga bintang yang selesa dilengkapi dengan satu katil puteri dan satu single bed, kipas, aircond, tv, water heater dan sarapan pagi selama menginap.

2-Tempat-tempat yang sempat disinggahi:
  • Shopping Complex untuk makan dan membeli-belah
  • Gunung Merapi di Kaliurang (masih aktif dan kali terakhir meletuskan pada tahun 2006).
  • Istana Karaton-Indonesia tidak lagi diperintah oleh pemerintahan beraja namun istana ini masih merupakan kediaman Raja Karaton yang kesepuluh yang masih hidup dan istana ini dibuka untuk kunjungan para pelawat mengetahui warisan sejarah peninggalan Raja Karaton.
  • Pekan Bantul yang terkenal dengan barangan kulit.
  • Pasar-pasar yang menjual hasil kerja tangan penduduk tempatan.
  • Pasar menjual pakaian terutamanya batik Indonesia.
  • Candi Borobudur-Walaupun pada asalnya merupakan binaan yang digunakan oleh penganut agama Budha tetapi sekarang ianya telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai harta warisan dan dibuka kepada para pelawat untuk melihat sendiri binaan tersebut.

3-Makanan terkenal di Jogja:

  • Nasi Gudeg-nasi biasa berlaukkan nangka, telor dan jangat dimasak cara tertentu yang langsung tidak sama dengan Malaysia, rasanya agak manis.
  • Nasi Padang-dari Padang namun ada dijual di Jogja.
  • Pecal Leleh-lebih kurang sama dengan pecal yang terdapat di Malaysia yang dimasak oleh orang Jawa di Malaysia.
  • Bakpia Patuk (Pia-pia)-seakan-akan sama dengan tart Malaysia rasanya.
  • Pelbagai jenis kuih-muih tapi yang uniknya orang Jogja makan kuih berulamkan cili api hijau
  • Bakso
  • Dll

Satu yang harus kita berhati-hati ialah walaupun layanan yang diberikan sangat istimewa dan terasa mesra tetapi mereka masih mengharapkan tip dari pelancong...kemesraan tidak bererti persahabatan.