Tuesday, October 5, 2010

Apa dah jadi....


Saya sempat memberikan benchmark kepada sahabat saya yang bekerja sebagai "peon" di sebuah pejabat. Dia pernah diajak bersekongkol mengkhianati amanah yang diberikan kepadanya. Apabila saya tanya mengapa bersekongkol? Jawabnya "saya orang bawah...serba salah".
Sahabat...taatlah sebenar-benar taat selagi mana orang atas menyuruh kamu berbuat kebaikan dan berhentilah kamu dari taat bilamana arahannya itu di sebaliknya. Biarlah kamu miskin, biarlah kamu di bawah, biarlah kamu rendah kedudukannya tapi kamu akan mulia kerana boleh bersabar dari menurut perintah yang fasik. Sebaliknya kamu akan menjadi bertambah hina kalau membuat perkara fasik keranan kamu miskin, di bawah dan rendah.