Tanggal 26 ogos 2008, genap 12 tahun ibu tercinta meninggalkan aku. Aku sentiasa berdoa buatmu ibu agar kau sentiasa di tempatkan bersama golongan orang-orang yang soleh dan rohmu senantiasa dicucuri rahmat dariNya. Kasih sayang serta pengorbananmu yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata dan tidak dapat digambarkan dengan lukisan kekal abadi buat selama-lamanya di dalam hati sanubariku ini. Ya Allah Ya Tuhanku, rahmatilah ibuku...Ameen.
Al Fatehah...