Wednesday, May 14, 2008

Salam...May Allah showers His blessings upon us all the time. Be always thankful and greatful to Allah and let's ask for the real protection from Him alone. Amin Ya Rabbal Alamin.

Here is the news copied from the HALUAN web site with the intention to help widely spread the news of fund relief collection of HALUAN Malaysia.

HALUAN Aktifkan Misi Kemanusiaan Myanmar Di kemaskini pada Sabtu, 10/05/2008.

Sebagaimana yang kita maklum, Myanmar telah dilanda Taufan Nargis pada 3hb Mei baru lalu. Tiupan taufan yang mencecah sehingga 150 batu sejam tersebut telah meranapkan daerah padat yang terkenal dengan penanaman padi, iaitu Delta Irrawandy. Lima daerah di Myanmar, iaitu Pegu, Irrawandy, Rangoon, Mon dan Karen telah diisytihar sebagai kawasan darurat. Media kerajaan junta Myanmar melaporkan kira-kira 23,000 orang terkorban dan 42,000 orang lagi hilang. Bagaimanapun, terdapat juga laporan-laporan yang tidak dapat disahkan membuat anggaran lebih 120,000 orang telah terkorban atau hilang.
Taufan tersebut memusnahkan 95 peratus dari bangunan dan rumah di 7 bandar di kawasan terbabit. PBB menganggarkan sehingga 1 juta orang kini kehilangan tempat tinggal. Wabak penyakit, terutamanya malaria dan cirit-birit, kini dikatakan bertambah buruk. Manakala kekurangan bekalan makanan merupakan perkara yang mendesak. Mengikut kenyataan U.N. Flash Appeal, lebih 30 peratus kanak-kanak di bawah lima tahun di kawasan terbabit mengalami masalah pemakanan yang kronik akibat kekurangan makanan, bekalan air dan sanitasi dan kawalan kesihatan.
Mengikut dakwaan penduduk-penduduk tua, taufan tersebut adalah yang paling teruk pernah mereka alami. Sementara media-media antarabangsa menyifatkan kejadian ini sebagai bencana alam terburuk sejak kejadian tsunami tahun 2004 lalu.

HALUAN menyahut tanggungjawab untuk membantu mangsa-mangsa Taufan Nargis ini dengan mengaktifkan urusetia Misi Kemanusiaan Myanmar. InsyaAllah relawan-relawan HALUAN, termasuk kumpulan medik daripada Kelab Kesihatan HALUAN (KKH) kini bersedia untuk dihantar ke Myanmar. Pihak urusetia sedang menunggu beberapa perkara berkaitan birokrasi sebelum dapat menghantar pasukan relawan.

HALUAN sekali lagi mengajak masyarakat prihatin untuk sama-sama membantu mangsa bencana ini. Berilah apa juga bentuk sumbangan, seperti pakaian, kewangan, makanan mahupun ubat-ubatan. Untuk beberapa pasukan awal, keutamaan akan diberi kepada bantuan perubatan dan bekalan susu bayi dan kanak-kanak. Justeru, tuan puan yang mempunyai sumber ubat-ubatan atau susu, sangat dialu-alukan untuk turut membantu.

Kaedah yang paling efektif untuk membantu Misi Kemanusiaan Myanmar ini adalah melalui sumbangan kewangan. Bantuan kewangan boleh disalurkan ke
Tabung Kemanusiaan HALUANBank Islam Malaysia BerhadAkaun No 14-023-01-002571-8
Sila hubungi pejabat HALUAN tempatan untuk maklumat lanjut.
Anda juga boleh berhubung terus dengan
Pengarah Operasi Misi Kemanusiaan Myanmar, Hj Mohd Azhar Idris di talian 012 601 2743 atau
En Fadzil di talian 013 484 1309.
Semoga setiap bantuan, keprihatinan dan doa anda akan dibalasi dengan ganjaran penuh kemuliaan dari Allah Yang Maha Pemurah.

No comments: