Sunday, December 27, 2009

Strategi Melakarkan Perubahan


Umat islam baru sahaja menyambut maal hijrah...hari ini genap sepuluh hari kita yang duduk di dalam sinaran iman melalui bulan muharram ini. Jika kita menyingkap sejarah, banyak peristiwa-peristiwa penting sejarah islam yang berlaku di dalam bulan ini. Kita perlu mengambil iktibar dari semua peristiwa itu untuk melalui hari-hari yang baru ini agar ianya memberikan kita motivasi yang tinggi untuk terus menambah iman dan taqwa kita kepada Allah s.w.t.

Pernahkah kita berazam untuk melakukan sesuatu yang baik atau meninggalkan sesuatu yang tidak baik tetapi akhirnya azam tinggal azam. Islam ada menggariskan banyak panduan bagaimana kita boleh kekal istiqamah dalam usaha kita. Salah satu strategi yang dianjurkan kepada kita ialah dengan mengambil langkah pertama selama 40 hari untuk sentiasa mengikhlaskan hati kita kepada Allah s.w.t. InsyaAllah kita akan mendapat istiqamah dari Allah untuk kita meneruskan usaha amal yang ingin kita laksanakan itu. Amin.