Sunday, January 24, 2010

Kursus Membina Blog

Semalam (23/01/2010) saya telah mengendalikan satu kursus membina blog untuk guru-guru AJK Unit Dokumentasi dan Rekod Sekolah dan AJK Pusat Akses sekolah. Kaunselor, guru Bahasa Inggeris serta guru KHB juga turut serta memenuhkan tempat yang masih ada. Kursus telah diadakan dari pukul 12.30 pm hingga 2.30 pm. Alhamdulillah nampaknya 80% objektif telah tercapai. Saya percaya dari semasa ke semasa mereka yang telah menghadiri kursus ini akan terus meneroka teknik-teknik pembinaan blog.
Saya beritahu mereka perkara pertama yang perlu ada ialah minat, selain itu ialah kemahiran asas komputer dan kemahiran asas internet. Perkara lain yang saya telah beritahu ialah bahawa penulisan dalam blog ini juga mempunyai etika-etikanya juga. Saya mengingatkan mereka bahawa tulisan kita akan dibaca oleh orang serata dunia jadi jagalah etika-etika tersebut dan jangan menulis dalam mode memfitnah, mengumpat, mengeji dan sebagainya. Saya juga berpesan agar tidak membenarkan "Adult Materials" dipaparkan di dalam blog mereka. Semoga kursus ini telah memberi sedikit sebanyak manfaatnya kepada saya dan juga mereka. Selamat Memblog...