Friday, November 12, 2010

Ikhlas - jernihkan hati semuanya untuk Allah
Ikhlas Oleh : BroHamzah
Hari ini saya belajar tentang ikhlas.Ikhlas ia mudah disebut-sebut, dicanang-canang, digembar-gembur, dihebah-hebah, dan diulang-ulang.Namun, ikhlas itu sukar dan payah untuk dijelmakan dalam kehidupan.Entah mengapa, begitu sukar untuk mengikhlaskan niat dalam beramal.Ikhlas itu jernihIkhlas adalah ibadah hati yang pertama, terpenting, tertinggi dan merupakan asas utamanya. Ibadah yang memerlukan kesungguhan dan perhatian khusus. Ia adalah asas penilaian antara diterima atau ditolak sesuatu amal perbuatan.
Iklas - ia melambangkan ketulenan dan keaslian keimanan seseorang hamba Allah SWT
Ikhlas - ia adalah jalan menuju kebahagiaan atau kerugian yang sebenar.
Ikhlas - ia adalah laluan ke arah syurga mahupun neraka
Apa makna ikhlas ya?
Ia berasal daripada bahasa arab – Khalaso ; ertinya murni, jernih dan hilang campuran-campurannya. Kata-kata ikhlas menunjukan kesucian, kejernihan, kebersihan dan bebas dari segala campuran dan kotoran.Ikhlas adalah asas daripada semua ibadah. Kata Ibnu Hazm : “ Niat ialah rahsia dan merupakan sebahagian daripada sifat penghambaan. Dia adalah niat dari amal ibadah zahir dan nyawa dari suatu jasad. Tidak mungkin, dalam sebuah penghambaan ada amalan yang tidak disertai niat. Amal yang seperti itu sama dengan jasad yang kosong, tanpa nyawa.”
Ayat skema?
Eh, nampak beratkah huraian di atas. Saya cuba permudahkan.Ikhlas, ialah amalan hati. Ikhlas itu kita buat suatu perkara kerana Allah, untuk Allah, hanya Allah dan semuanya adalah Allah SWT. Tiada tujuan lain.Itu ikhlas.Kita fahami kata-kata Ibnul Qayyim tentang ikhlas :“ Ikhlas adalah menjadikan Allah SWT sebagai matlamat dalam melakukan ketaatan, iaitu anda memiliki matlamat hanya pada Dia sahaja, bukan kepada selain-Nya.”Maknanya, apa sahaja yang kita buat dalam kerangka ketaatan adalah diniatkan kerana Allah SWT.Kita hidup ini kerana Allah, makan nasi kerana Allah, minum kerana Allah, belajar kerana Allah, membeli barang keperluan harian kerana Allah, membantu orang kerana Allah, melayari internet kerana Allah, mengajar di kelas kerana Allah, dan semuanya kerana Allah.Kenapa semuanya perlu kerana Allah?Sebabnya, ini adalah suruhan dan arahan Allah SWT.
Di dalam surah Bayyinah (98) ayat 5 yang bermaksud :“ Dan mereka tidak diperintahkan, selain untuk beribadah kepada Allah mengikhlaskan agama hanya untuk-Nya dengan penuh ketundukan.”
Apa yang dilakukannya, semua kerana Allah SWT. Dengan pengharapan untuk memperolehi keredhaan-Nya.Ikhlas dalam beramal, adalah kerana Allah tanpa berharapkan harta kemewahan, bentuk-bentuk ganjaran pembalasan, kemashsyuran yang menggiurkan, darjat pangkat yang gah, dan dipuja-puja oleh manusia.
Tanda-tanda Ikhlas
Setiap sesuatu yang kita laksanakan ada indikatornya, ada tandanya ; begitu juga dengan ikhlas. Antara tandanya :(1) Takut akan kepopulariti dan kemasyhuran dikhalayak ramai, bimbang namanya tersebar dan disebut-sebut dengan amalan yang dilakukan. Hatinya gusar.
(2) Sentiasa menuduh dirinya dengan kelemahan, kekurangan, ketidak upayaan dan penuh dengan keaiban di sisi Allah SWT. Dia sentiasa berwaspada dengan tipu daya dengan amalan dan bangga diri.
(3) Beramal secara senyap, diam, tersorok itu lebih disukainya daripada amalan yang dikelilingi dengan kegemparan perancangan, diheboh-heboh dan kebingitan kemasyhuran. Makna, mulut hebah mencanangkan apa yang akan dibuat, dijanji dan sebagainya, tetapi perbuatan dan janji yang ada umpama tin kosong tanpa amalan nyata.
(4) Tidak kisah dengan kata-kata, dan pandangan manusia sekiranya dibelakangnya adalah kemurkaan Allah SWT.(5) Cinta dan bencinya, memberi dan sekatannya, keredhaan dan kemarahannya ; semuanya adalah kerana Allah SWT.
(6) Berusaha untuk mengikhlaskan diri dengan sedaya mungkin. Insafi diri selalu bermuhasabah dan mengelak untuk ujud dan riyak.Jalan menuju keikhlasan
Pernah saya ditanya oleh seorang pelajar.“ Ustaz, jika saya belajar kerana ibu bapa saya itu ikhlas kan ustaz?“ Tidak”“ Kenapa?”“ Ikhlas itu, kita belajar dan beramal kerana Allah”“ Tidak sama ka”“Tidak”Belajar kerana Allah ialah hati kita bulat dan sepenuhnya adalah kerana Allah. Kita didik hati dan proses untuk semuanya kerana Allah.Tiada percampuran niat.Harus ikhlas dan belajar untuk ikhlasBagaimana hendak memahami erti hakikat IKHLAS?Kita perlu ikhlas. InsyaAllah. Dengan keikhlasan, kita akan merasai kemanisan dan kenikmatan beriman, menyakini dan menagungi kebesaran serta kehebatan Allah SWT.Salam menuju keikhlasan yang murni dan hakiki