Thursday, March 25, 2010

Indikator Penting...

(Humblenya dahan buah mata kucingni...)

Pernah tak kita berkomunikasi dengan Allah melalui perbuatan berdoa dan kita berdoa sehingga mengalirkan airmata? ada tak perbezaan apabila kita berdoa tetapi tidak mengalirkan airmata. Saya secara peribadi merasa puas dan nikmat bila berdoa beserta dengan airmata. Cuma saya terfikir tentang hikmah fenomena menangis ini. Di bawah ini saya sertakan sedikit mengenainya.

Bayi menangis sebagai indikator dia adalah normal dan dari sudut spiritual bayi menangis kerana keluar dari pakaian yang mulia di alam perut ibunya sebagaimana Nabi Adam bertaubat ketika di keluarkan dari SYURGA.

Daripada Ibnu Abbas r.anhuma katanya, aku telah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda;“Dua (jenis) mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka: Mata yang menangis akibat ketakutan kepada Allah dan mata yang tidak tidur berjaga di jalan Allah.” (At-Tirmizi).
Dalam satu hadith yang lain: “Wajah yang dibasahi oleh air mata kerana takutkan Allah s.w.t.., walau bagaimana sedikit pun air mata itu, terselamat dari api neraka.”Bukan sahaja wajah yang terselamat, tetapi seluruh badannya dan orang itu ialah ahli syurga. Airmata memberi syafaat kepada tuannya di hari kiamat dengan izin Allah.
Menangislah kerana Allah.
Pelepah tamar dan buraq pun menangis. Pelepah tamar menangis kerana Nabi tidak lagi menggunakan sebagai mimbar masjid, akhirnya dimasukkan ke dalam syurga. Bura’ menangis kerana takut nabi tak pilih dia jadi tunggangan.

Pelepah tamar menangis
Jabir RA meriwayatkan seperti disebutkan dalam hadith Bukhari, “Nabi SAW selalu bersandar pada sebatang pohon tamar, ketika menyampaikan khutbah Jumat, Sayyidina Abu Bakar mencadangkan agar dibina mimbar yang baru. Nabi SAW bersetuju dan sebuah mimbar yang terdiri dari 3 anak tangga dibangun.
Ketika Nabi SAW duduk di atas mimbar yang baru untuk berkhutbah, para Sahabat mendengar pelepah tamar itu menangis seperti anak kecil. Nabi SAW mendekati pelepah kurma yang sedang menangis ini dan bertanya kenapa ia menangis. Pelepah tamar tersebut mengatakania menangis kerana ia tidak digunakan lagi untuk mengingat Allah SWT.Rasulullah saw kemudian menyuruh agar dikafankan pelepah tamar dan mengatakan bahawa ia akan dibangkitkan di dalam syurga. Inilah satu-satunya pokok tamar di syurga yang berasal dari dunia.
Buraq menangis
Semasa peristiwa Israk Mikraj, Allah swt menyuruh Malaikat Jibrail memilih seekor Buraq untuk dijadikan tunggangan Baginda naik ke langit. Kemudian Jibrail A.S. pun pergi dan dia melihat 40,000 buraq sedang bersenang-lenang di Jannatu Adnin (taman Syurga) dan di wajah masing-masing terdapat nama Muhammad. Jibril bertanya kepada Allah, buraq manakah yang harus dipilih kerana semuanya elok, maka Allah menyuruhnya memilih Buraq yang menangis.
Di antara 40,000 buraq itu, Jibrail A.S. terpandang pada seekor buraq yang sedang menangis bercucuran air matanya. Jibrail A.S. menghampiri buraq itu lalu bertanya, “Mengapa engkau menangis, ya buraq? “Berkata buraq, “Ya Jibrail, sesungguhnya aku telah mendengar nama Muhammad sejak 40 tahun, maka pemilik nama itu telah tertanam dalam hatiku dan aku sesudah itu menjadi rindu kepadanya dan aku tidak mahu makan dan minum lagi. Aku laksana dibakar oleh api kerinduan.”Berkata Jibrail A.S., “Aku akan menyampaikan engkau kepada orang yang engkau rindukan itu.” Kemudian Jibrail A.S. memakaikan pelana dan kekang kepada buraq itu dan membawanya kepada Nabi Muhammad S.A.W. Buraq yang diceritakan inilah yang membawa Rasulullah S.A.W dalam perjalanan Israk dan Mikraj.
Para Nabi dan umatnya juga menangis
Nabi Adam adalah nabi yang paling banyak menangis, beratus-ratus tahun lamanya setelah dikeluarkan dari syurga. Nabi Yaakob juga menangis selama 80 tahun setelah kehilangan anaknya, Nabi Yusuf. Selain itu, umat Nabi Muhammad juga menangi seperti para wali iaitu Hassan Al-Basri dan Ali Zainal Abidin, anak kepada Sayyidina Hussin.

Wednesday, March 24, 2010

Mencari Ikhlas...

'Sebaik-baiknya amal adalah yang dilakukan secara terus menerus meskipun hanya sedikit (HR. Bukhari & Muslim).

Kadang-kadang hati ini merasa sangat rendah kerana amal yang sedikit. Tapi sebenarnya yang Allah lihat adalah pada istiqamahnya kita dalam beramal dan pada keihklasan kita beramal itu tetapi bukan pada banyaknya amal itu.

Friday, March 19, 2010

Mudah Tetapi Berkesan...


Salah satu kriteria penting seorang da'e adalah, berbicaralah dengan setiap orang yang kita temui. Paling kurangpun kita bertaaruf dengan bertanyakan perkara yang paling penting bagi diri seseorang iaitu namanya. Banyak kajian telah dijalankan mengenai nama seseorang. Ia memberikan kesan yang sangat mendalam apabila kita dapat mengingat nama seseorang dan sering pula memanggilnya dengan nama yang disukainya itu.

Bayangkan sahaja nama yang sering diulang-ulang itu adalah nama kita atau kawan yang telah lama tidak kita temui tiba-tiba dia memanggil nama kita semasa kita sedang berada dikhalayak ramai. Apa perasaan kita waktu itu? Saya sendiri pernah mengalami perkara sedemikian dan saya akui kesannya adalah sangat mendalam. Semasa saya belajar di universiti dulu, pensyarah sering memanggil nama saya semasa di dalam kelas, walaupun subjek itu sukar namun saya telah memperolehi pencapaian yang baik dalam subjek tersebut, Alhamdulillah.
Maksudnya ialah mengenali nama seseorang itu adalah mekanisme yang mudah tetapi praktikal untuk kita menarik mad'u kita. Saya pernah, di sapa oleh anak murid saya yang sekolahnya telah lama saya tinggalkan dan sayapun sudah tidak mengenalinya lagi tetapi apabila dia tiba-tiba memanggil nama saya semasa saya membeli sayur di sebuah pasar tani, saya berasa begitu teruja.

Jadi saranan berbicara dengan sesiapa sahaja orang yang kita temui dalam adab-adab yang tertentu dan berusaha mengetahui namanya secara ikhlas dan kerana Allah adalah merupakan satu strategi penting yang perlu kita praktikkan supaya dapat menyentuh hati-hati mereka, insyaAllah.

Thursday, March 18, 2010

Hikmah Disebalik Mengucapkan lafaz La ilahaillallah

Bila hamba Allah mengucapkan Laillahaillallah maka keluarlah dari mulutnya yang menggucapkan perkataan yang mulia itu seekor burung hijau. Maka burung hijau akan naik ke Arasy Allah dan berkicauanlah burung-burung tadi dibawah Arasy. Melihat kejadian itu malaikat yang menjaga Arasy Allah memerintahkan kepada burung-burung tadi supaya diam tetapi tidak dipatuhi oleh mereka. Oleh kerana arahan yang diberi tidak dipatuhi, malaikat yang menjaga Arasy mengadap Allah SWT menceritakan kejadian itu. Maka Allah memerintahkan malaikat tersebut supaya memberitahu burung-burung supaya diam. Apabila perintah itu diberitahu kepada mereka. Maka berkatalah burung-burung itu... 'wahai malaikat yang menjaga Arasy Allah, kami boleh mendiamkan diri kami tetapi dengan satu permintaan'. Bertanya malaikat 'Apakah permintaan itu?'.. Berkata burung-burung itu' Jika Allah ampunkan dosa-dosa orang yang mengucapkan kalimah Lailahaillallah sehingga terciptanya aku, barulah aku akan tidak membuat bising disini'. Berkata malaikat itu, 'Baiklah aku akan sampaikan kepada Allah'. Beredarlah malaikat dan menyembah Allah dan disampaikan permintaan tadi kepada Allah. Maka Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang menerima permintaan tersebut. Malaikat pun pergi berjumpa dengan burung-burung itu dan mengatakan bahawa Allah telah menerima permintaan mereka. Maka dengan segera mereka tidak membuat bising dan mereka bergantungan di Arasy Allah sambil berzikir dan memohon keampunan untuk orang yang mengucap Lailahaillallah tadi sehingga hari kiamat. Oleh itu kita manusia sepatutnya tidak melepaskan peluang yang diberi oleh Allah itu. Dengan hanya mengucap kalimat yang disukai oleh Allah maka balasannya berterusan hingga hari kiamat. Maha Suci Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Tuesday, March 16, 2010

Tanda-tanda Kebesaran Allah

Saya memetik berita mengenai penemuan ini dari yahoo news.Berita mengenai penemuan makhluk seperti seekor udang, 600 kaki di dalam ais di kawasan Antartika yang membuatkan saintis NASA begitu teruja dengan penemuan ini. Berikut adalah sebahagian daripada beritanya.

WASHINGTON – In a surprising discovery about where higher life can thrive, scientists for the first time found a shrimp-like creature and a jellyfish frolicking beneath a massive Antarctic ice sheet.
Six hundred feet below the ice where no light shines, scientists had figured nothing much more than a few microbes could exist.
That's why a NASA team was surprised when they lowered a video camera to get the first long look at the underbelly of an ice sheet in Antarctica. A curious shrimp-like creature came swimming by and then parked itself on the camera's cable. Scientists also pulled up a tentacle they believe came from a foot-long jellyfish.
"We were operating on the presumption that nothing's there," said NASA ice scientist Robert Bindschadler, who will be presenting the initial findings and a video at an American Geophysical Union meeting Wednesday. "It was a shrimp you'd enjoy having on your plate."
"We were just gaga over it," he said of the 3-inch-long, orange critter starring in their two-minute video. Technically, it's not a shrimp. It's a Lyssianasid amphipod, which is distantly related to shrimp.

Lalu saya teringat kepada Surah Ar-Rahman yang boleh diteliti sebagai menerangkan kejadian ini. Dari terjemahan Surah Ar-Rahman, menggambarkan bahawa setiap kejadian itu adalah di bawah kekuasaan Allah dan manusia hendaklah melihat setiap kejadian Allah itu sebagai tanda-tanda kebesaranNya dan janganlah mendustakan nikmat yang telah Allah kurniakan.

Terjemahan dari Surah Ar-Rahman (Ayat 19 - 25):
19. Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, 20. antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing [1443]. 21. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 22. Dari keduanya keluar mutiara dan marjan.23. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? Dan kepunyaanNya lah bahtera-bahtera yang tinggi layarnya di lautan laksana gunung-gunung 25. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Sunday, March 14, 2010

Niche Area

Niche area kepada orang islam yang masih luas untuk diterokai ialah mengeluarkan barang makanan berkeperluan harian yang suci lagi halal. Yang banyak orang Islam usahakan ialah produk kecantikan. Mengeluarkan makanan lebih awla kerana apabila kita makan makanan yang halal lagi baik, insyaAllah ia akan membentuk kita menjadi seorang manusia yang sihat dan cantik. Uruskan pemakanan kita akan dapat banyak kebaikan i.e kacantikan dan kasihatan. Fikir-fikirkan dan laksanakan menempatkan diri kita di dalam niche area ini. Ingat siapakah yang menyuapkan makanan ke mulut-mulut kita dan mulut-mulut anak-anak kita, halalkah, sucikah?

Hubungan Istikharah dengan Tauhid

Di dalam istikharah terkandung makna ketauhidan yang sangat agung. Dalam istikharah Rasulullah mengajar kita agar memutuskan perkara dengan selalu mengadu kepada Allah, bersungguh-sungguh memohon kepadaNya, berharap agar dengan ilmuNya Allah memberi kita hidayah kepada kebaikan dan kelurusan perkara tadi, dan dengan kehendakNya menjauhkan kita dari keburukan dan kesesatan.

Cara yang diajarkan oleh rasulullah ialah Istikharah dimulakan dengan solat supaya kita boleh berbicara dengan Allah dengan menyatakan bahawa hanya Allah yang berkuasa di atas segala sesuatu dan kita tidak mempunyai daya maupun kekuatan apa-apa. Oleh itu meminta apa yang terbaik untuk kita. Nyatakan rasa kehambaan kita sepenuhnya dan kita memohon sesuatu yang terbaik kepadaNya dengan ketinggian ilmu yang dimilikiNya. Inilah bentuk ketauhidan yang berhubungkait dengan istikharah.

Membiasakan diri beristikharah dapat mendidik jiwa kita untuk yakin bahawa hanya Allah yang akan memberi kepada orang yang meminta kepadaNya, yang akan menjawab orang-orang yang menyeruNya, memberi pertolongan kepada orang yang meminta kepadaNya, memberi perlindungan kepada orang-orang yang meminta perlindungan kepadaNya.

Tidak ada seberat biji sawipun yang terdapat di bumi mahupun di langit, yang lebih kecil maupun yang lebih besar daripada itu melainkan telah tertulis di dalam kitab Lauh Mahfuz.

Bersambung...