Monday, December 17, 2007

Bumi Ini Bukuku


Salam...

Cuti dari tugas seharian pada kebiasaanya dimanfaatkan oleh penulis untuk melakukan sebuah physical and soul journey (PNSJ). Tahun lepas penulis telah berkesempatan untuk melakukan PSNJ ke Makkatul Mukarramah untuk menunaikan fardhu haji. Segala catatan ada dibuat namun walaupun sudah setahun berlalu penulis belum berkesempatan meletakkan catatan itu di dalam blog untuk dikongsikan bersama, insyaAllah apabila penulis berkesempatan penulis akan memaparkannya di dalam blog ini.

Aku sebenarnya baru sahaja kembali dari kota Darul Iman, apa lagi kalau bukan negeri Terengganu yang indah itu. PSNJ kali ini banyak juga meninggalkan kenangan paling berharga buat aku. Pelawaan rakanku untuk ke sana aku terima sebagai sebuah peluang keemasan. Aku ke sana pada 10 Disember 2007 dengan menaiki pesawat mas MH 1338 (KUL-KT) yang bertolak dari KLIA jam 1950 dan tiba di KT 2035 lebih kurang. Perjalanan yang pendek itu agak mendebarkan juga namun seluruh tubuh, jiwa dan ragaku telah kuserahkan sepenuhnya pada ALLAH, Dialah yang memelihara seluruh perjalananku, aku sendiri tidak berupaya. Aku sedikit berdebar sebenarnya kerana cuaca yang agak tidak menentu kebelakangan ini tapi syukurlah aku selamat sampai seperti yang dijadualkan....bersambung

No comments: