Sunday, March 9, 2008

Erti Persahabatan Sejati




Penulis terpanggil untuk meluahkan rasa hati di atas kalimah persahabatan ini kerana penulis merasakan bertapa seninya ciptaan Allah kerana mengurniakan seseorang insan itu dengan sebuah persahabatan dan lebih indah sekiranya ia datang dari sebuah jalinan persahabatan yang dihiasi dengan rasa keikhlasan dan kejujuran kerana Allah.




Selain dari nikmat kasih sayang yang tertumpah kepada ahli keluarga yang mempunyai peredaran darah yang turun dari punca keturunan yang sama, persahabatan juga merupakan kurniaan Allah yang walaupun seringnya tidak mempunyai unsur pertalian darah namun rahmat kasih sayang itu kadang kala lebih hebat untuk dinikmati dan disyukuri.




Erti persahabatan seharusnya tidak dipersendakan kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat yang sanggup mengorbankan segalanya untuk kita. Persahabatan yang begitu erat punya pengertian yang dalam bagi yang menghargainya. Tapi bagaimana mengenal sahabat yang sejati...Itu persoalan yang sering ditanyakan...namun tidaklah dapat dikenali orang lain melainkan dalam tiga waktu.Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah. Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu berjuang. Tidak dapat dikenal sahabat melainkan waktu kesusahan. Sahabat sejati adalah seseorang yang turut berkongsi kesedihan apa lagi kegembiraan...Mungkin agak sukar menjalin persahabatan yang sejati kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran, lebih-lebih lagi bukan hubungan kebendaan.

No comments: