Monday, March 17, 2008

Kenangan yang tidak mungkin dilupakan...



Salam...





Gambar di sebelah kanan di atas adalah gambar poster yang aku ambil semasa aku membuat PNSJ ke Padang, Sumatera, Indonesia. Aku ke sana betul-betul semasa sambutan Maulidul Rasul S.A.W iaitu 12 Rabiulawwal 1427 H. Ianya sudah hampir dua tahun, namun ingatan dan kenangan itu sukar aku lupakan kerana keindahan alam semulajadinya yang cukup mengkagumkan. Walau bagaimanapun, sedang rakan-rakan aku yang lain sibuk membeli belah aku dan travel mate aku berehat saja di grand stand sambil menyaksikan saudara kita di sana membuat persiapan sambutan tersebut. Ianya dilakukan dalam keadaan yang sederhana namun aku dapat merasakan ianya sungguh bermakna dari segi penghayatannya.


Sementara gambar yang disebelah atas kiri pula adalah gambar keindahan Tasik Maninjau yang aku ambil semasa aku berada di puncak gunung di Nuansa Maninjau Resort. Keindahan alam ciptaan Tuhan yang sangat menyentuh hati dan perasaan aku dan juga sesiapapun yang menyaksikannya...Allahumma Anta Rabbi Lailahailla anta...



Melaka tinggallah sayang,
Beta nak pergi ke Pulau Perca.
Walau laut luas terbentang,
Tasik Maninjau dikenang jua.....



Pantun yang sempat aku pelajari semasa di sana. Tasik maninjau ini adalah berhampiran dengan tempat kelahiran Allahyarham Pak Hamka iaitu di Sungai Batang Maninjau di Kancung Raya. Aku juga sempat ke muzium tempat kelahiran Pak Hamka semasa aku di sana sambil membeli beberapa buah buku peninggalan karya Pak Hamka. Aku dapat membayangkan apa yang tercatat di dalam buku Di Bawah Lindungan Kaabah setelah melihat dengan mata kepala aku sendiri keadaan di sini.

No comments: