Wednesday, March 18, 2009

Action Speaks Louder Than Words










Salam to anyone who drop by...

Orang yang baik itu bukan sahaja baik tetapi dia nampak baik. Orang tengok dia sahaja orang sudah boleh kata dia baik apa lagi kalau berhubungan dengan dia. Tapi macamana nak sampai ke peringkat itu? Yang selalu kita lihat, orang nampak baik tapi bila kita kawan dengan dia, dia sebenarnya tak sebaik yang kita sangkakan. Ataupun dia sebenarnya baik tapi luarannya kita nampak dia tak baik, dia tak senyum dengan kita, dia tak pandang kita, dia buat tak tahu dengan kita.
Nak masuk di dalam golongan yang pertama itu, bukan sahaja baik tetapi juga nampak baik, perlukan usaha, perlu bermujahadah, perlu ikhlas, perlu bersihkan hati, perlu menjaga kebersihan luaran juga. Perlu merapatkan diri dengan Allah, perlu baik hubungan dengan manusia, insyaAllah boleh capai ke peringkat itu.
Sebenarnya itulah akhlak yang dibawa oleh Rasulullah. Akhlak Rasulullah memang superb. Memang Allah mengutuskan Rasulullah untuk membina akhlak yang mulia sebagai contoh kepada umat manusia. Kesempurnaan agama banyak bergantung kepada kesempurnaan akhlak.
Teringat kisah akhlak mulia Rasulullah...setiap hari pergi menyuapkan makanan kepada seorang tua dari golongan yahudi sehinggalah baginda wafat. Sehingga baginda wafat orang tua yahudi itu tidak pernah diberitahu oleh baginda siapa dirinya.
Maka pergilah Saidina Umar menggantikan tempat baginda setelah kewafatan baginda Rasul s.a.w. Suatu hari yahudi itu bertanya kepada saidina Umar siapakah dia?...Saidina Umar menjawab "akulah orang yang selalu menyuapkan kamu", yahudi itu terus makan dan bertanya lagi buat kali keduanya dan Umar memberikan jawapan yang sama. Yahudi itu terus makan sehingga keluar soalan yang sama buat kali ketiga dan yahudi itu seterusnya berkata kepada Saidina Umar bahawa kamu bukan orang yang dahulu itu kerana orang itu apabila menyuapkan aku, dia akan menguli terlebih dahulu makanan ini sehingga terasa lembutnya bila dimakan dan apabila dia menyuapkan ke mulut aku terasa lemak dan manisnya makanan tersebut....terdengar itu menangislah saidina Umar mengenangkan bertapa mulianya akhlak Rasulullah dan mengakui beliau bukanlah orang yang dimaksudkan itu. Lalu yahudi itu bertanya, siapakah orang itu?
Lalu saidina Umar menerangkan bahawa orang itu adalah Muhammad Rasulullah, terkejutlah yahudi itu kerana selama ini dia selalu mengutuk Muhammad dengan perkataan yang keji tanpa menyedari orang yang berbuat baik dengannya itulah orang yang selalu dikejinya...lalu akhirnya yahudi itu melafazkan kalimah tauhid di hadapan saidina Umar Amirul Mu'minin, mengakui keesaan Allah dan yakin Muhammad itu pesuruh Allah.